Salam Ramadhan, walaupun terlewat, tapi harus juga ditulis dalam blog.


Assalamualaikum

puh...puh...puh... (mood: harap datang idea untuk update story, sambil-sambil dengar lagu raya)

adoi! sangat berhabuk blog saya sekarang. tersangatlah busy kalah menteri. haha. bukan apa, bila tengok blog sendiri tak ada idea nak tulis. padahal banyaklah story mahu cerita. harap tak ada kawan yang lupa sama saya. yelah, siapalah saya kan? hanya mencelah diantara ribuan blogger-blogger yang femes-femes tu. huhu.

oh. sebelum nak update story yang lain, saya dikesempatan ini nak mengucapkan selamat berpuasa lah kepada semua rakan-rakan alam maya. ye, saya sedar agak terlewat kan? tapi tak apalah janji dah ucap kan? sekarang sudah masuk puasa ke 11 ye? cepat betul masa berlalu. dah setengah bulan. next month sudah raya. persiapan raya macam mana ye? saya? hanya tempah baju kurung sahaja kot. tahun ini pun kemungkinan beraya di shah alam sahaja. mungkin lah. sebab parent saya suka buat perancangan last minit. kang tiba-tiba jadi balik kampung lak.

oh, lupa nak bagitahu, tahun ini merupakan tahun pertama menyambut ramadhan di alam pekerjaan. nak tahu apa yang paling tension sekali? adoi, bila balik kerja, jalan JEM gila!! nak balik rumah selalunya 10 minit, boleh jadi 30-40 minit tau! memang menguji kesabaran. balik for sure kaki sangat lenguh menekan cluch! dahlah saya memandu kereta manual. huh. mama hanya gelak saja. siap kata itulah pengalaman 1st rasa macam mana berpuasa sebagai seorang pekerja. dahlah tak boleh balik awal. balik still sama pukul 5. saya lambat 5 minit sahaja, jalan confrim JEM 1 km ye? sebab itu tepat pukul 5 saya dah terus cabut. haha.

oklah, nanti saya update cerita yang tertangguh. selamat bersahur & berpuasa esok hari semua! semoga ramadhan kali ini akan memberi seribu makna dalam hidup kita.

nota kaki: tiap kali bersahur pasti akan tunggu cerita Syurgamu Ramadhan. sangat best. nak tengok pukul 10.30 malam confrim dah tidur. so tengok masa sahur sahaja lah.

selamat datang cinta baruku!

dulu kau pernah menjadi idaman hatiku. memang menawan kalbu lah. tak percaya? sila baca link ini.

tapi sekarang kau telah aku tinggalkan, setelah mengetahui perihal dirimu yang sebenarnya.

maafkan aku, kerna aku tidak mampu lagi untuk bertahan. aku tidak sekuat itu. terpaksa aku melepaskan mu jua.

selamat datang cinta baru ku!





Blackberry Curve 8520

bye bye E66!

oh, tulah, bateri cepat kong! setiap hari charge! tak sampai petang hp terus padam dan tak leh on terus. sangat malang! padahal spec dan hp ini sangat best sebenarnya.

cik berry baru, walaupun surf internat, 2 hari sekali baru charge! i like that!