susah dan perlu diperhalusi lagi

apabila tiba betul-betul di penghujung simpang, hanya ada 2 atau 3 saat untuk berfikir samaada ke kiri atau ke kanan. di kiri mungkin ada kejayaan ternanti kerana diri telah tersedia untuk menempuh onak duri rintangan yang sudah pasti ketahui, manakala di kanan terbentang impian dan harapan yang baru bermula. impian yang tidak memerlukan pahit getir bertarung selama berpuluh tahun kerana beranggapan dahulu ianya sekadar angan kosong.

payah untuk diterima dan ditelan.

mungkin diri ini terlalu tamak akibat kerakusan nafsu sendiri untuk memperolehi keduanya.

ah, perlu diulang masa lampau??

berbaloi atau tidak?

1 comment:

  1. Manusia diberi kelebihan untuk membuat pilihan, tidak seperti haiwan yang tiada kuasa untuk memilih. Alhamdulillah, anda banyak pilihan, syukur. :)

    ReplyDelete