Semua rezeki itu datangnya dari Allah. Syukur!

aktiviti sangat padat, ditambah pula baru lepas ambil stok baru untuk blogshop. tugasan mengedit pun masih terjalan sejak hari isnin lalu. ambil gambar shawl pun ikut batch by batch. tak sempat. balik office, mandi, solat terus ambil gambar. malam pula selepas makan, kena proses edit gambar. nasib baik tugasan di office tak banyak. just kena proceed payment untuk supplier. berpinar mata sebab kena kira satu per satu berpandukan DO (delivery order) material on site.

short update sebab nak teruskan kerja tertangguh. by end of this month, which is 31 july 2010, siapa-siapa yang ada area shah alam, boleh datang jenguh ke booth Triolicious Enterprise di Dewan MBSA section 7, shah alam selangor. sempena Huiyo Bazaar. macam-macam promosi kitorang akan jalankan. so pada siapa-siapa nak tengok stok-stok terbaru kami, boleh lah singgah dan beli.

singgah tau! banyak juga aktiviti yang akan dijalankan di sana. boleh la kita beramah mesra dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.

salam sayang semua!

maklumat lanjut, klik di sini.

Mari dekat, mari dekat. sila buat dengan nada Sheila Rusly ye?

hah, saya nak habaq ni, kalau siapa-siapa mahu cari shawl yang murah dan berpatutan dengan berkualiti, boleh lah jenguk blogshop saya, Triolicious Collection. sekarang tengah update shawl-shawl terbaru yang pasti akan buat kamu rambang mata and akan rembat semuannya. lagi saya suka. kalau nak beli banyak dengan harga borong pun boleh, minima 10 helai. apa lagi, cepat tau, sebelum design kesukaan korang dirembat orang lain.

mari cuci mata sedikit...

Inner 4 tone - RM12 each

Inner 2 tone - RM10 each

Inner Plain - RM9 each

shawl abstrak Gorget - RM8 each

Shawl Pashmina Corak - RM10 each

Shawl English Style - RM8 each

kain pasang japanese cotton - RM45 each free postage, buy 2 above RM85 free postage

shawl pashmina plain - RM12 each

shawl I Am Gorgeous restock - RM10 each

shawl lycra yang tengah in giler - RM15 each. ada 2 design bulat-bulat and garis.

nak tengok koleksi lain?

klik disini

atau

http://triolicious.blogspot.com

Update Tom Raja Farah, naik traffic blog ku!

baru semalam update blog pasal kes bergaduh Tom Raja Farah penyanyi realiti Mystar LG, terus naik traffic blog saya. hint terus sampai ratus sedangkan sebelum ini payah. hehe. by the way, nak update story Tom lagi.....

tadi baru lepas baca kat website Murai.com adik kepada mangsa sudah buat pengakuan dan tunjuk bukti sms serta myspace antara dia dan Tom, OH! sungguh tidak sangka, penuh dengan caci dan maki. ingatkan lepas keluar melodi ahad lepas, sudah settle semua, rupa-rupanya its all FAKE!! plastik! mangsa yang bagitahu adik mangsa. apa sudah terjadi. makin parah nampaknya.

kalau korang nak tahu cerita selanjutnya, klik kat website Murai.com ini.

tadi jenuh juga nak memahami jalan cerita mereka. complicated! macam matematik.

kesimpulannya, kenapa suami mangsa sentiasa bersama Tom Raja Farah? Apakah status hubungan mereka sebenarnya?

notakaki: alamak, tiba-tiba jadi mamarazi :)

susah dan perlu diperhalusi lagi

apabila tiba betul-betul di penghujung simpang, hanya ada 2 atau 3 saat untuk berfikir samaada ke kiri atau ke kanan. di kiri mungkin ada kejayaan ternanti kerana diri telah tersedia untuk menempuh onak duri rintangan yang sudah pasti ketahui, manakala di kanan terbentang impian dan harapan yang baru bermula. impian yang tidak memerlukan pahit getir bertarung selama berpuluh tahun kerana beranggapan dahulu ianya sekadar angan kosong.

payah untuk diterima dan ditelan.

mungkin diri ini terlalu tamak akibat kerakusan nafsu sendiri untuk memperolehi keduanya.

ah, perlu diulang masa lampau??

berbaloi atau tidak?

panas, panas!! Tom Raja Farah Juara Mystar LG cedera kena pukul? Gosip la pula.


baru tengok semalam kat melodi pasal pengakuan dia, sekali keluar paper hari ini bagitahu kena pukul, siap sepak terajang. takut! ingatkan sudah settle dan everything sudah terbukti, rupa-rupanya bangkit kemarahan pihak lagi satu. masing-masing cakap masing-masing tabur fitnah. kenyataan berat sebelah, tidak boleh dipercaya sama sekali. susah nak cakap. apa-apa pun sudah jadi kes polis. biarlah polis selesaikan.

klik sini untuk berita selanjutnya.

Ramalanku benar belaka, maafkan aku....

apa salah kau ye? tak pasal-pasal ada orang nak bunuh kau? apakah salah kau diperlakukan sedemikian rupa? kau hanya jalankan tugas, orang tanya kau jawab lah kan? kalau tak jawab nanti orang kata kau sombong.

susah juga hidup kau.

tapi kau jangan lah risau dengan ancaman tu, kemungkinan dorang tu kalah judi. sebab tu sanggup nak bunuh kau. kau hanya ada otak tapi tak mampu fikir dengan waras.

mungkin kau tertekan dikeliling oleh orang yang terdesak dengan jawapan kau.

BERTABAHLAH!






dorang tak ada fikir ke kerana kau hanyalah seekor sotong...

OH Paul sotong psikik...


paul says: maafkan aku, aku hanya makhluk biasa...


HA-HA-HA

Perodua Myvi LE Pink Color! I LIKE!




wow! sakit hati tengok myvi limited edition (LE) baru launching hari ini. itupun lepas tengok paper tadi petang. teruja okay!! sangat cantik PINK color! OMG!! kenapa masa zaman saya dulu mereka tak keluarkan warna PINK! tapi bagi pendapat saya la, kereta terbaru Myvi ini mungkin mengfokuskan kepada golongan wanita muda terutamanya untuk student-student lah yang mungkin merasakan mereka sangat comel ketika memandu kereta berwarna pink. oh! sangat comel. tapi kemungkinan juga para jejaka agak segan silu untuk tumpang kereta pink. hehe.

saya sangat teruja dengan design dalamannya terutama di bahagian audio! ada corak-corak okay? sangat stylo disitu. tak percaya mari usha...

agak-agaknya cik merah saya boleh ditukar tak dengan design audio kat atas ni? huhu.

KESIMPULAN: sangat comel! comel! dan comel!

kalau cik merah saya tak ada, sudah lama rembat warna ini sebab saya memang suka kelainan dari orang lain.

Price? dalam RM48,600.00 lebih kurang dengan harga cik merah saya. tapi cik merah trasmisi manual ye kawan-kawan. myvi LE ini hanya ada trasmisi automatik.

oh, cik merah tetap dalam hati sanubariku! kalau cari kat tempat parking senang jumpa sebab senang detect!



antara design myvi yang paling saya suka, design lama myvi SE sebab nampak ganas! i like!

huwaaa, macam mana boleh terlupa ni....

Image from Google Image

peristiwa semalam (3 julai 2010) pukul 3 petang macam tu lah...

mama: along, lupa ke roadtax kereta dah mati hari ni?

me: hah? yeke? adoi lupa lah mama!


kononnya nak kepastian, pergi lah check roadtax cik merah. hah 3 julai 2010! ALAMAK! hari ni lak sabtu, macam mana mahu renew!

me: yelah mama, along dah check. boleh lupa lak, mana mama tahu?

mama: tadi orang insurance hantar sms kat hp abah.

me: yeke? abah tahu tak?

mama: entahlah.


masa tu pukul 5.30 kena keluar sekejap pergi ambil barang...

abah: along nak pergi mana? kereta roadtax mati.

me: dekat komuter je.

abah: isnin nanti nak pergi renew. kereta tak boleh bawa tau?

me: yelah. nada-nada sedih.


ADOI! PATAH KAKI kejap!
besok pergi kerja kenalah tumpang mama.

PADAN muka! sendiri lupa siapa suruh.

:p

disebabkan Belanda menang, hari ini WAJIB pakai baju Belanda!

Belanda 2 vs Brazil 1

Menang! Menang!

Jaja, big Apple 1 dozen! cepat-cepat!

Ayam Penyet, korang mesti pernah rasa kan? saya baru rasa. lambat seminit.

Hari selasa minggu ni, saya dan mama pergi lunch untuk rasa ayam penyet kat seksyen 9. dulu perasan ada restoran ayam penyet baru buka. dah lama gila nak pergi rasa sebab tengok kawan-kawan dan blogger lain selalu cerita kesedapan ayam penyet tu.

kesimpulan agak sedap! tang ayam tu. ada rangup-rangup. sambal dia sangat pedas! macam sambil belacan. meragam gak perut lepas makan. tapi rasa nak try lagi lepas ni!

mula-mula blur nak order apa, last-last kitorang order ayam penyet dan sup bakso. sup bakso agak kurang sedikit dengan selera kami.

Ayam penyet

sup bakso

so for those yang duduk area shah alam, nak rasa ayam penyet tanpa perlu pergi jauh-jauh, boleh try kat sini. restoran deret kedai sebelah Shah alam mall seksyen 9, dekat-dekat dengan mc donald.