Alhamdulilah. Majulah sukan untuk negara

Assalamualaikum semua.

akhirnya dapat juga saya online and update blog kesayangan. sangat busy minggu ni sebab saya dah mula kerja. akhirnya masuk juga alam pekerjaan. so for my first job, saya tak memilih sangat sebab niat untuk cari pengalaman. insyallah kalau ada rezeki mungkin akan ke tahap seterusnya. kerja ditempat LI dahulu sebab menggantikan seorang staff yang nak berhenti sambung belajar. so memang rezeki saya di sini. tak ada apa yang menariknya sebab mungkin dah biasa dengan staff dan boss kat sini. cuma skop bekerja bertambah. itu saja. oh, saya interview hari isnin lepas, selasa terus masuk kerja. banyak juga benda kena belajar dari staff lama sampai pening juga lah sebab terlalu banyak ilmu di dada. nak kena serap dalam masa 1 minggu. nasib baik dorang sangat rajin untuk mengajar.

terima kasih.

oh, lupa nak cerita, dah 3 kali edit entri ni, hari selasa hari tu saya juga officially sudah tamat pengajian. result LI semester lepas pun dah keluar. Alhamdulilah dapat A-. Pointer pun naik. tapi tak banyak lah. sedikit kecewa but nasib baik lepas. nanti nak amik day off untuk settle everything dan convocation this year juga. maybe lepas raya kot. OH, sangat tidak percaya akhirnya habis juga belajar selama bertahun-tahun ni. baru habis belajar dah ramai tanya tak nak sambung lagi ke? jawapan MESTILAH nak. tapi bukan sekarang sebab nak rasa puas-puas kerja. excitednya lebih sedikit. kumpul duit itu penting sebab lepas ni ada banyak commitment yang perlu diselesaikan. NO NO NO, jangan membazir ye?

oh, minggu ni bermula World Cup Africa 2010 dan juga Sukma di Melaka. selamat bersukan semua! confrim 1 bulan ni ramai yang mata lebam-lebam sebab tengok bola. saya? kurang berminat tapi masih boleh layan juga sekali sekala.

FIFA World Cup South Africa 2010

Sukma XIII 2010 Melaka

Credit: Google Image


Ucapan untuk peminat bola sekalian. sila klik untuk tumbesaran yang melampau.




HA-HA. Any Comment?

2 comments:

  1. semangat itu yang kita mahu kan haha

    ReplyDelete
  2. haha, betul2...yg penting semangat! jgn sampai lupa diri sudah....:p

    ReplyDelete