Melayu 1, bukan melayu 40

semalam masa belek-belek paper Berita Harian kat office ni mata terus terpandang dengan berita muka depan paper tuh. Nisbah pengundi baru 1:40 (1 melayu, 40 bukan melayu) kalau betul lah berita tu, saya nak serulah kepada semua pengundi baru melayu yang belum daftar mengundi, cepat-cepatlah jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat kepada negara. ingat, masa depan negara tertakluk pada kita. fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya artikel tersebut benar. nanti kita yang susah.

Eksklusif: Melayu 1, bukan Melayu 40
Oleh Hassan Omar, Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Idris Sulaiman
bhnews@bharian.com.my
2010/06/28

KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

(Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini).

bukan susah pun nak daftar, bagi IC, mengundi pula empat tahun sekali sahaja.

saya? pastilah sudah mendaftar dan mengundi pada pilihanraya yang lepas. insyallah akan datang masuk kali 2 saya pergi mengundi.

siapa mahu dapat free gift boleh join giftaway ni. mudah sahaja.


sebenarnya nak update kat blog shop dulu. tapi nantilah. saya sangatlah busy minggu ini. kesian blog ni dianaktirikan. just nak bagitahu, blogshop saya Triolicious Collection tengah buat giftaway! sesiapa pun boleh join. senang! tak perlu jawapan soalan mahupun slogan. just bagi komen di entri Triolicious 1st giftaway bersertakan detail wajib. itu sahaja. apa lagi join cepat. giftaway berlangsung sekarang sehingga 30 jun 2010 sahaja. hari rabu next week last. nanti korang boleh dapat hadiah. free gift. yang penting ikut syarat-syarat yang diperlukan tau. thanks all.

Selamat Hari Jadi

Happy birthday to you...



Happy birthday to you...



Happy birthday to......





ME!!!




Happy birthday to ME...

Selamat hari jadi untuk diri saya sendiri yang ke 25!! apa? 5 tahun lagi untuk menikmati saat-saat indah 20-an. cepatnya masa berlalu.....

tarikh lahir: 17 June 1985
Masa: 4.02 petang
Berat: 2.56 kg (paling ringan dalam family)
di: Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya

8 petanda dia adalah soulmate(Jodoh)

Credit: Google Image

"Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiriJustify Fulltual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Alhamdulilah. Majulah sukan untuk negara

Assalamualaikum semua.

akhirnya dapat juga saya online and update blog kesayangan. sangat busy minggu ni sebab saya dah mula kerja. akhirnya masuk juga alam pekerjaan. so for my first job, saya tak memilih sangat sebab niat untuk cari pengalaman. insyallah kalau ada rezeki mungkin akan ke tahap seterusnya. kerja ditempat LI dahulu sebab menggantikan seorang staff yang nak berhenti sambung belajar. so memang rezeki saya di sini. tak ada apa yang menariknya sebab mungkin dah biasa dengan staff dan boss kat sini. cuma skop bekerja bertambah. itu saja. oh, saya interview hari isnin lepas, selasa terus masuk kerja. banyak juga benda kena belajar dari staff lama sampai pening juga lah sebab terlalu banyak ilmu di dada. nak kena serap dalam masa 1 minggu. nasib baik dorang sangat rajin untuk mengajar.

terima kasih.

oh, lupa nak cerita, dah 3 kali edit entri ni, hari selasa hari tu saya juga officially sudah tamat pengajian. result LI semester lepas pun dah keluar. Alhamdulilah dapat A-. Pointer pun naik. tapi tak banyak lah. sedikit kecewa but nasib baik lepas. nanti nak amik day off untuk settle everything dan convocation this year juga. maybe lepas raya kot. OH, sangat tidak percaya akhirnya habis juga belajar selama bertahun-tahun ni. baru habis belajar dah ramai tanya tak nak sambung lagi ke? jawapan MESTILAH nak. tapi bukan sekarang sebab nak rasa puas-puas kerja. excitednya lebih sedikit. kumpul duit itu penting sebab lepas ni ada banyak commitment yang perlu diselesaikan. NO NO NO, jangan membazir ye?

oh, minggu ni bermula World Cup Africa 2010 dan juga Sukma di Melaka. selamat bersukan semua! confrim 1 bulan ni ramai yang mata lebam-lebam sebab tengok bola. saya? kurang berminat tapi masih boleh layan juga sekali sekala.

FIFA World Cup South Africa 2010

Sukma XIII 2010 Melaka

Credit: Google Image


Ucapan untuk peminat bola sekalian. sila klik untuk tumbesaran yang melampau.




HA-HA. Any Comment?

Musim Mengawan sudah tiba.

Oh, entri ni nak buat ucapan pengantin baru untuk kawan-kawan. sorry kawan yang send kad. Thanks alot. tapi tak berkesempatan untuk pergi. sorry. tapi aku tetap doakan korang bahagia ke akhir hayat. amin. cepat-cepat keluarkan anak-anak yang soleh dan solehah. aku? boleh tolong cari calon tak? HA-HA tettt... muda lagi baru dua belas tahun. oh! i'm on the way 25 years old this upcoming thursday. reveal everything. apa lagi. mau hadiah. haha.

Credit: ILuvIslam

Special wish pengantin for:

1) Shiken Idris & Dhiki
2) Amah & Aeim

YA ALLAH, Kau selamatkanlah dan permudahkanlah urusan mereka. Amin.

Misi ke2 untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza tertangguh lagi. Selepas kapal Mavi Marmara ditawan sehingga mengorbankan aktivis dan sukarelawan, pertumpahan darah berlaku. diharap kapal MV Rachel Corrie tidak terjadi sedemikian.

Ya ALLAH, kami bermohon agar urusan dan keselamatan mereka terjamin.
Sesungguhnya, Kau yang menentukan jalan terbaik dan kami tahu ada hikmah disebaliknya.

Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel

2010/06/05

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan
kemanusiaan ke Gaza, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira
2.45 petang (waktu Malaysia)
hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.


Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata
jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar
menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera
yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata
itu," katanya.

Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan
bagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online

JIKA ISLAM BERSATU, KITA MAMPU TAKLUK DUNIA

Triolicious Collection ada buat Jualan sempena Cuti sekolah dan hari raya. harga runtuh gila-gila.

okay, nak bagitahu kepada peminat cotton sekalian. Triolicious Collection tengah buat sales harga runtuh gila-gila untuk kain pasang Japanese Cotton dan English cotton. kain 4 meter. material sangat sejuk dan berkualiti tapi harga murah. tak percaya pergi survey kat tempat lain, murah but kain keras dan panas. harga sangat berbaloi.

Kain pasang Cotton. ada banyak design, boleh tengok kat blogshop ye?

RM45 free Pos Laju.

dulu saya jual RM55 free postage. turun RM10. yang bestnya kalau korang beli lebih akan dapat diskaun lagi. deduct RM5 dari total kain yang dibeli.


Kain pasang 1Malaysia pun ada. kain 4 meter juga.

Kain 1Malaysia Washable Silk. tinggal 2 corak ini sahaja tau. siapa cepat dia dapat.

harga RM50 free Pos Laju.

dulu RM55 free postage.Kalau beli kat kedai, harga RM60-RM70 tau. macam biasa diskaun RM5 akan dapat kalau beli banyak. cepat! sebelum corak pilihan hati dirembat dulu. korang boleh guna time raya ni. mesti anggun bergaya nanti.

untuk pilihan blog jenguk blog.

isk, wa malas nak cerita banyak, baca dan faham sendiri. Cik Ayu, we proud to be Lady Engineer, oh!

haish, hari ini baru terniat untuk update blog kesayangan setelah blog ini dianaktirikan untuk beberapa hari. maaf kan saya *cry* terfikir-fikir nak update cerita apa, lalu menjenguk blog rakan sekalian mana tahu terbit idea atau pun salin dan tampal idea orang. haha.

tiba-tiba terpandang tajuk entri terbaru Cik Ayu senior ku berbunyi 'I'm Proud Being A Lady Engineer' lantas mempunyai aura engineering yang telah semulajadi ada dalam darah ini, cewah! sila muntah dan jangan lupa sediakan plastik, terus menekan tetikus untuk ke entri beliau. bila habis baca, terasa kembang kuncup apabila entri terkena batang hidung sendiri.

eh, ada link untuk entri asal. apa lagi, terus salin dan tampal dari entri Berita Harian Online. saya letak sedikit sahaja sebagai intro. yang lain baca sendiri kat sini.

Teliti dan kemas, jadi aset jurutera wanita

TELITI dan kemas. Dua perkataan itu menjadi kelebihan utama jurutera wanita sekiranya dibandingkan dengan jurutera lelaki. Lebih menarik, ia disuarakan Pengarah Projek Bahagian Pembinaan, MMC-Gamuda Joint Venture, Yeoh Hin Kok, ketika ditanya mengenai kelebihan dimiliki wanita dalam kerjaya yang didominasi lelaki itu.

Lebih menarik, apabila kelebihan itulah, sebenarnya yang mampu menyokong kekurangan jurutera lelaki, sekali gus mampu ‘berdiri’ menghasilkan produk terbaik dan membanggakan.

lalu teringat beberapa hari yang lalu Yahoo! Education pernah mengeluarkan artikel mengenai 'Degree That Get You Hired. Find out which 6 degrees rank highest in terms of employment'.
Macam biasa kalau nak tahu lebih, sila tengok sendiri di link yang telah diberikan. saya hanya ambil yang berkaitan sahaja dengan saya. Engineering Degree berada di tangga ke 5.

#5 - Engineering Degree

It might surprise you to learn that engineering degrees are ranked fifth in terms of employment - and not first - but don't start feeling sorry for engineers just yet. According to a survey by the National Association of Colleges and Employers, eight of the top 10 best-paid majors are in engineering.

Desirable Degrees:
Biomedical Engineering
Civil Engineering
Electrical Engineering
Mechanical Engineering
Network Engineering and Administration
Programming and Software Engineering

Average Starting Salaries:
Petroleum Engineering: $86,220
Computer Engineering: $60,879
Mechanical Engineering: $58,392


Mungkin disesetengah negara, rank tersebut sedikit berbeza.

Macam Cik Ayu, I also Proud being A Lady Engineer. ecececeh. huh, penat godek gambar masa belajar nak cari bukti engineer. kang tak ada orang percaya pula.

Moga-moga cepatlah saya dapat kerja. amin.

saya rindu classmate saya ini.