tips penjagaan kereta versi epa zarifa

aktiviti untuk hari ini. i bangun awal semata-mata untuk exercise! haha. tipu sebenarnya. lebih kepada sebab cik merah telah mengeluarkan bau yang agak busuk disebabkan tuannya sangat malas untuk memandikan beliau. oleh kerana ongkos tuan punya telah berada ditahap agak nazak ditambah sangatlah sakit mata melihat keadaan cik merah agak kusut masai. i ambil peluang dihujung minggu untuk turunkan berat sebanyak 10 kg. haha. tipu lagi.okaylah. bukan nak cerita tu sangat. i nak kongsikan tip-tip penjagaan kenderaan seperti kereta. bas, lori, treler dan sebagainya i tak tahu. jangan tanya pula ye?


in progress. start pukul 8 pagi, pukul 12 baru habis. tukang cuci memang perfectionist terlampau sangat.


amacam? berkilat terbaik dari ladang right? memang ada bakat bukak carwash. sendiri punya je.
adoi, apa pasal cik merah i senget ni? maafkan tuan ambil gambar senget. seni katanya. haha.


tips yang pertama: jangan sesekali abaikan untuk servis kereta. patuhi dateline or ikut mileage yang telah ditetapkan untuk servis. itu memang penting. sebab tu kereta proton saga lama yang dah sebaya dengan i tu masih gagah berlumba di jalanraya. abah i pula jenis kalau servis kereta, dia akan pergi beli sendiri minyak hitam dan suruh dorang tukarkan. sebab mekanik ada sendiri minyak hitam tapi kualiti kurang. so faham-faham jelah kan?

tips kedua: bagi pemilik kereta untuk pastikan warna cat kereta tahan lama, terutamanya bagi yang kereta dorang guna warna solid macam cik merah i, korang kena pastikan kereta korang tidak terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama or panas sangat. ini boleh sebabkan warna jadi pudar dan kusam. kalau parking kat kawasan tak teduh, gunakan penutup plastik kereta tu. ini penting sebab cara penjagaan kereta berwarna solid dan metalic sangat berlainan. kalau boleh kereta solid, digalakan pergi wax kereta untuk 3 or 4 tahun sekali untuk dapat warna yang cantik.

tips ketiga: rajin-rajinlah basuh kereta. jangan malas! tak mahu cerita banyak part ni. sendiri mau ingat. huhu

tips keempat: pastikan tayar diisi angin. jangan biarkan tak ada angin sebab nanti akan menyebabkan lebihan penggunaan minyak. kan dah membazir tu. tak bagus!

tips kelima: sayangilah kereta anda dan belai-belai lah dia. haha. nanti merajuk also known as ROSAK, nanti patah kaki korang. tak best!

tips keenam: korang google saja lah, berlambak tips yang superb yang korang boleh dapat :)

3 comments:

  1. tang servis tue ramai yg lupa~

    ReplyDelete
  2. hu.. 8 start.. siap 12.... hu.. xleh2.. ni kalo bkk carwash.. abes... satu hari 3 biji kete jer..

    ReplyDelete
  3. azuan: betul2....sgt bahaya....
    ezad: hahaha...mmg betulll...xleh bukak carwash...tak untung langsung.....:p

    ReplyDelete