Shah Alam to Pasir Mas to Jeli to Gua Musang to Shah Alam again

Salam semua. oh lama sungguh tak ber-update blog ni. sentiasa busy sepanjang 2 minggu ini. untuk pengetahuan semua i dah habis praktikal. alhamdulilah. dapat juga habis dan settle kan report LI sebelum habis praktikal lagi. sebab nak collect semua data-data yang ada kat office untuk masukkan dalam report. semalam i dengan cik bear pergi unisel untuk hantar report. sempat juga jumpa dekan untuk minta surat pengesahan tamat belajar. senang nanti nak selit dalam resume. oh, cerita pasal resume, i masih pegang status penganggur terhormat also known as surirumahtangga berijazah yang berjaya. tak apa baru 2 minggu. tapi i yang tension lebih-lebih. nasib baik mama i bagi kata semangat, mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik untuk along. baik mama. hehe.

dari minggu lepas rumah i internet sudah kena potong sebab nak upgrade. tapi seksa nak menunggu bila lah orang TM nak datang rumah pasang modem baru. dengar cerita 1 bulan. memang gilalah. i dah lah pengguna tegar internet. tak boleh hidup tak ada internet. nak surviosr dengan broadband yang macam siput, lagilah tension. minggu lepas nak update blog shop pun terpaksa menapak pergi Mcd section 3. tapi yang tak bestnya, setiap 1 jam line internet kat Mcd akan disconnect. memang macam tu ke? sebab 1st time try online kat sana.

minggu pertama habis praktikal, i terus follow mama outstation ke kelantan. dari hari isnin sampai lah khamis. jadi pembantu tanpa gaji. mama bagi ceramah celik kualiti untuk sekolah di kelantan. sebenarnya mama dah ulang alik kelantan 1 bulan. tiap-tiap minggu. so memang terror kecek klate lah. haha. 1 daerah 1 sekolah. masa i ikut, kitorang pergi daerah Pasir Mas, Jeli dan Gua Musang. cepatnya memang tak ingat! dahlah panas gila. dengan i tak berapa faham dorang cakap lagi. tapi sekarang yang i tengok kelantan dah banyak maju. last i pergi masa tengah belajar kat KLIUC lagi. sekarang banyak construction, i tengok ada tesco, tengah buat jambatan dan macam-macam lah. mama siap suruh i kerja kat kelantan taw.

kitorang duduk kat Hotel Grand River View, Kota Bahru. memang best lah hotal ni. betul-betul kat kawasan bandar. kitorang nak keluar berjalan sangatlah susah sebab tak ada transport. so kitorang jalan kaki saja pergi Pasar Siti Khadijah. dengan bantuan Garmin okay? nasib baik tak sesat. tapi tak shopping sangat pun sebab ongkosnya tak ada.

first sekolah kat daerah Pasir Mas.

Pasar Siti Khadijah. bersebelahan dengan KB trade Center dan tengah ada construction untuk pasar tu kot.

meja ni hanya ada 1 je kat dunia. ada kat Hotel Grand River View ni. dorang siap patternkan dan ada nombor serial okay?

then hari rabu kitorang check out untuk pergi area Gua musang sebab perjalanan agak jauh untuk pergi Gua Musang dari Kota Bharu. 2 jam okay? so duduk kat Goa Inn. 1 malam saja. hari khamis lepas ceramah terus cabut balik shah alam. penat memang tak ingat!

notakaki: nak masuk gambar boleh berjanggut tau. cepatlah datang pasang modem baru!

4 comments:

  1. lama tak singgah sini..

    teringin plak nak balik kampung kat kelantan..

    ReplyDelete
  2. hehe, itulah...nak singgah pun story tak ada...sibuk concentrate kat blogshop. balik la kampung tuh....

    ReplyDelete
  3. ak pun baru balik dari kelate huhuu~

    ReplyDelete
  4. wah...yeke?? g blah mane kt klate tuh?

    ReplyDelete