kami bukan along, kami cuma mahu tolong.

Dulu pernah menulis di dalam Facebook. Now dikeluarkan ke blog supaya lebih jelas terang dan nyata. harap maklum.

amboi, masa nak pinjam kau pijak semut pun tak mati ye? sekarang nak bayar bukan main liat nak mati. dulu kau juga yang cakap mahu pinjam dulu kemudian bayar. tunggu duit itu lah, tunggu duit ini lah. janji hujung tahun, sekarang sudah awal tahun baru tahu? nak kena genapkan 1 tahun dulu ke baru nak bayar? duit itu aku kene bayar juga lambat laun okay?

bila nak bayar ada saja masalah yang timbul. aku ni baik sangat kot. kalau aku berkeras sedikit dulu mungkin tak jadi masalah. dan masalahnya sekarang, bukan aku kedekut nak bagi pinjam, aku bagi, cuma aku tak suka, tak mahu dengar and layan seribu macam alasan. eventhough kalau aku pinjam, aku tetap akan bayar secepat yang mungkin walaupun aku sendiri tak ada duit. hidup panas je selagi tak settle. lagi satu, memang aku sekarang tengahlah terdesak sangat-sangat ni. nak bayar itu, bayar ini. duit tu banyak okay? dah lepas duit kereta aku 1 bulan. so kalau aku tak terdesak, aku tak akan tebalkan muka minta balik duit aku sendiri.

lantaklah orang nak cakap aku kedekut ke pe? yang penting aku tak suka orang pinjam duit aku tapi tak mampu nak bayar. ataupun pinjam duit aku untuk membeli benda yang tak perlu macam pergi shopping. oh, itu memang nak kena sepak terajang aku kot. please please please. aku ni pula jenis tak tahu malu and muka tebal. aku still boleh cover untuk minta balik duit dengan cara baik serta terpelajar, tapi kalau sampai tahap, macam lari-lari dari aku, ini sudah lebih ye? pesanan aku, kalau larat nak lari-lari, aku seorang yang larat untuk tuntut sampai ke lubang cacing.

oh, benci betul. benda yang paling aku benci ialah nak minta hutang. macam mana ye ah long dengan selamber badak minta hutang dari pemuitang dorang ye?

kalau kau terasa hati, aku minta maaf bukan apa, cara kau yang membuatkan aku berfikir untuk buat tindakan sebegini rupa. aku pun tak suka nak kecoh-kecoh. but if everything is settle, depends on you, either to be remain the same, or just pretend dont know each other. have our own life. i'm just say it.

sekian, huh lega perasaan. kami bukan ah long, kami cuma mahu tolong!

3 comments:

  1. mcm dah lega je lepaskan geram tu

    ReplyDelete
  2. Salam cik epa..

    Uih.. garang jugak kan cik epa ni..
    hehehe.. Sabar ye cik epa..
    Next time, kalau ade yang nak pinjam meminjam ni, cuba keraskan skit hati.. Jangan cepat kesiankan org.. Biarlah org nak kata kedekut or what, yang penting duit kita tu sah-sah tak jatuh kat tgn org lain..

    eh.. panjang pulak comment..
    hehehe..
    take care..

    ReplyDelete
  3. are-bue: hehe, lega la...dr terlepas ckp depan2, lagi naya..mcm2 kua nnt....takuttt

    cik ayu: itulah,baek sgt la cik epa, xkene tempat, dah byk kali kne, letih betul...kne kuatkan ati pasni, thanks dear

    ReplyDelete