Fashion Bonggol Unta, sharing is charing


sebenarnya, dah banyak kali i terbaca entri dari blogger mengenai fashion sekarang terutama untuk wanita muslimah bertudung. Fashion Bonggol Unta, i panggil la. i rasa fashion ni datang dari wanita-wanita arab kot. memang nampak cantik sebab boleh buat muka bulat nampak lonjong. but from Islamic view, trend ini sebenarnya tergolong dalam wanita yang dilaknat oleh ALLAH. MasyAllah. hari ini baru sampai niat untuk sampaikan kepada rakan muslimah yang lain. semoga kita terpelihara dari azab-azab diakhirat kelak.

diceduk dari blog http://aishahtur.blogspot.com Dear, sharing is caring. Thanks :)

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
notakaki: semoga sebaran ini akan dapat dijauhi yang terlarang selagi mana kita mampu. AMIN!

4 comments:

  1. haah dr dulu dah sedar. sekarang trend ni makin menjadi jadi

    ReplyDelete
  2. lor ni salah pemahaman kot... rasanya yg pakai tudung tapi nipis dan nampak jambul dan bonggol sanggul kat atas tu kot

    ReplyDelete
  3. salam epa... k.hajar pun skang ni biase dah nampak ramai yang pakai tudung wat trend camni... mujur la xterikut... :) thanks for info...

    ReplyDelete
  4. i ada baca benda ni dalam 8 jenis aurat wanita..

    ReplyDelete