Teruja dengan SimplySiti

hari ini aktiviti merantau ke seksyen disekitar bandar shah alam, bermula dari ASB seksyen 11, ke pejabat Pos Besar Shah alam, terus ke bangunan UMNO untuk pergi ke CIMB, pergi seksyen 9 untuk bayar bil celcom broadband, terus ke SACC Mall untuk jengah pula makhluk kuning iaitu Digi konon-konon nak bayar bil, padahal akaun adalah negatif. last ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebab nak tanya pasal guru ganti dan guru sandaran. adoi, jauh lagi ke? last beli nasi ayam kat seksyen 19 terus pulang ke rumah. tamat. haha, boleh update macam gitu sahaja tak?

malas-malas.

harap tak pening dengan jadual perjalanan hari ini. jadual tersebut tidak termasuk dengan tugasan sementara iaitu ambil mama balik dan pergi kerja sebab mama sakit kaki sehingga memerlukan tongkat untuk berjalan.

so, habis cerita. sebenarnya nak cerita pasal produk SimplySiti but melalut sehingga ke China. huhu. tadi tengok kat watson SACC Mall, sebab tengah offer. dulu pernah usha mak aih, bila tengok harga sangat mahal untuk saya yang berstatus penganggur tegar. tapi tadi siap dah try tester yang ada. teruja gila. ada 1 warna lipstik yang saya suka. kalau tak silap, warna dia guna tajuk laju Dato' Siti Nurhaliza. saya suka Nirmala. sangat sweet, warna soft pink coklat sedikit, kemudian ditambah dengan tester lagi, nama produk lipstik and gloss rasanya, combined 2 produk, warna soft choco. owh! rasa diri seperti Siti Nurhaliza. Nasib baik tak nyanyi Kau Kekasihku tadi. Line clear tau.

Harga? Lipstik tu RM29 masa offer. then gloss tu RM49.90 sebab ada lipstik dan lip gloss. oh! Mahu semahu-mahunya! namun apa daya, kocek dah kosong. frust di situ.

saya suka gloss dia sebab rasa best bila pakai, then kita tak rasa bibir macam pecah-pecah like normal lip gloss yang saya ada. tak suka, terus bagi kat Cik Yah.

Dulu saya sangat gila lipstik, tapi akhirnya hanya ada 1 sahaja lipstik yang jadi kegilaan dan habis dipakai iaitu ZA. suka sebab time tu Dayang Nurfaizah jadi model produk tu. itu sahaja, yang lain masih berbaki sehingga sekarang. siapa mahu boleh datang rembat ye?

Hans Issac Cakap Perempuan Melayu Manja

menjawab statement dari Eyra Zahira mengenai 'Hati Lelaki Hans Issac'

Hans cakap dia suka Perempuan Melayu sebab Perempuan Melayu MANJA! not CUTE! saya tergolong dalam Perempuan Melayu yang sangatlah Manja. Full Stop.

Thank You.


best juga kadang-kadang angkat bakul masuk sendiri kan? me in my OWN world. haha.

manja tak i? meowwwww.

salin dan tampal dari Flickr

promotion, jualan murah di Triolicious Collection

hah, saya nak buat pengumuman ni. oh, guna saya pula, lagi best kot. blogshop saya iaitu Triolicious Collection tengah buat sales Jualan Penghabisan Stok. Shawl Abstrak hanya RM7 sehelai dan Shawl Cotton RM9. cepat taw! hanya ada 1 shawl 1 design saja. promosi ni sah sampai stok habis. yang paling best, korang boleh beli 5 shawl ni (campur-campur design) akan dapat POSTAGE PERCUMA! berbaloi-baloi sangat. semua design cantik-cantik dan berkualiti.

shawl abstrak material chiffon hanya RM7 sehelai. Dulu RM10 sehelai.

shawl abstrak material jorget pun RM7 sehelai. dulu RM10 sehelai.

shawl cotton RM9 sehelai. dulu RM12 sehelai.

kalau nak tengok design-design lain yang cantik-cantik, boleh jenguk kat blogshop okay? lepas tu boleh isi form terus.

klik sini untuk pergi Triolicious Collection

kami bukan along, kami cuma mahu tolong.

Dulu pernah menulis di dalam Facebook. Now dikeluarkan ke blog supaya lebih jelas terang dan nyata. harap maklum.

amboi, masa nak pinjam kau pijak semut pun tak mati ye? sekarang nak bayar bukan main liat nak mati. dulu kau juga yang cakap mahu pinjam dulu kemudian bayar. tunggu duit itu lah, tunggu duit ini lah. janji hujung tahun, sekarang sudah awal tahun baru tahu? nak kena genapkan 1 tahun dulu ke baru nak bayar? duit itu aku kene bayar juga lambat laun okay?

bila nak bayar ada saja masalah yang timbul. aku ni baik sangat kot. kalau aku berkeras sedikit dulu mungkin tak jadi masalah. dan masalahnya sekarang, bukan aku kedekut nak bagi pinjam, aku bagi, cuma aku tak suka, tak mahu dengar and layan seribu macam alasan. eventhough kalau aku pinjam, aku tetap akan bayar secepat yang mungkin walaupun aku sendiri tak ada duit. hidup panas je selagi tak settle. lagi satu, memang aku sekarang tengahlah terdesak sangat-sangat ni. nak bayar itu, bayar ini. duit tu banyak okay? dah lepas duit kereta aku 1 bulan. so kalau aku tak terdesak, aku tak akan tebalkan muka minta balik duit aku sendiri.

lantaklah orang nak cakap aku kedekut ke pe? yang penting aku tak suka orang pinjam duit aku tapi tak mampu nak bayar. ataupun pinjam duit aku untuk membeli benda yang tak perlu macam pergi shopping. oh, itu memang nak kena sepak terajang aku kot. please please please. aku ni pula jenis tak tahu malu and muka tebal. aku still boleh cover untuk minta balik duit dengan cara baik serta terpelajar, tapi kalau sampai tahap, macam lari-lari dari aku, ini sudah lebih ye? pesanan aku, kalau larat nak lari-lari, aku seorang yang larat untuk tuntut sampai ke lubang cacing.

oh, benci betul. benda yang paling aku benci ialah nak minta hutang. macam mana ye ah long dengan selamber badak minta hutang dari pemuitang dorang ye?

kalau kau terasa hati, aku minta maaf bukan apa, cara kau yang membuatkan aku berfikir untuk buat tindakan sebegini rupa. aku pun tak suka nak kecoh-kecoh. but if everything is settle, depends on you, either to be remain the same, or just pretend dont know each other. have our own life. i'm just say it.

sekian, huh lega perasaan. kami bukan ah long, kami cuma mahu tolong!

Tutorial Sticky Mode Entry-for cik Ayu

Khas untuk Cik Ayu *please click image for large view

okay cik Ayu, epa bagitau cara-cara nak buat sticky mode entry...


1. klik New Post...
2. tulis entry macam biasa, normally atas entry tu, tulis Sticky Mode Entry, For Latest entry, please scroll down. Thank you! sebab nak asingkan dan bagitau entry tu sticky mode dan latest entry akan update kat bawah entry sticky.


3. Publish Post entry macam biasa....


4. bila dah publish, klik Edit Post entry tadi.


5. Klik pula Post Option.
6. Edit Date untuk letak berapa lama entry tu nak publish.
7. Edit Time. kalau tak edit pun tak pe. ikut lah.
8. dah habis, Publish Post macam biasa.


9. Tadaaa, entry sticky mode akan sentiasa ada kat atas. senang kan cik Ayu.

fashion: mix&match hijabs, shawl with inner

salam all. especially untuk all girls terutama muslimah girls yang sekarang ni berlambak-lambak fashion hijabs, selendang, tudung CT, syria, inner dan sebagainya. so entri kali ni i nak bercerita tentang tips untuk kita mix and match selendang / syria yang kita ada. asyik boring je kan style yang sama. so sekali-sekala kita tukar supaya orang pandang tak boring, kita pun tak boring juga, kan darls? wah2 cik epa sudah bertukar fashion stylizes pulakss....

hah, tak caya ye? tengoklah i rembat inner 4 tone.

sekarang ni design yang tengah 'in' giler adalah pakai inner. i nak cerita macam mana inner tu kita boleh mix and match dengan selendang dan syria plain lycra yang tengah top tu. Gambar semua diceduk dari blogshop sendiri. buat promosi juga lah ni. model i gunalah cik tipah i la, siapa lagi kan?

inner bercorak ni i rembat dari blogshop lain lah. masa ni design ni baru tengah naik. memang selalu sangat i pakai. outer tu pulak dari blogshop i lah. see? korang boleh mix and match inner ni dengan basic color(black or cream) of outer plain lycra kan? cantik kan? senang saja bila tiba musim malas korang.

contoh lain...

hah, still basic color (black & cream). inner bercorak ni sangat menarik untuk korang letakkan sedikit warna dalam pemakaian. sekarang tengah promotion 1 set lycra tu RM25 termasuk inner dan outer dia, but corak tu kena beli asing lah dear. murah saja. inner bercorak RM15 termasuk postage.

ni design mix&match untuk outer Lycra plain juga but dengan inner 2 tone dari blogshop i.

hah, cantikkan kalau korang boleh guna creativity sendiri untuk gaya tersendiri. tak tiru orang punya. hehe. untuk inner 2 tone ni murah sangat RM12 termasuk postage. kalau beli 2 helai ke atas lah. memang GREET QUALITY dan korang takkan menyesal.

okay, design kat bawah ni untuk inner 4 tone. i sendiri pun ada rembat inner 4 tone! memang superb dan cantik giler. korang try lah, jangan segan lak. kalau korang pakai confrim orang toleh 2 kali sebab nampak stylo taw!

design ni bukan set dia taw! original set untuk lycra plain ni 2 tone. harga syria lycra RM25 termasuk postage. inner ni pulak RM15 saja. sebelum ni harga RM18 tau? beli saja inner 4 tone ni 2 helai, i bagi free postage!

boring asyik plain saja ye? okay, kita try dengan shawl.

hah, kan cantik tu? boleh mix&match dengan inner 2tone or 4tone. untuk gaya lebih berani, mix&match dengan inner corak. cantik! yang penting korang kena berani dan confident dengan gaya tu. shawl berharga RM8 saja if beli 2 helai ke atas. jaminan harga termurah taw!

dalam blogshop i Triolicious Collection ada banyak lagi design shawl, syria, inner yang korang boleh tengok sendiri. boleh pilih yang mana bekenan di hati. kalau nak harga murah bagitau saja korang follow blog i ni, mesti i bagi harga menarik.

psstt.. kalau berminat dengan gaya mix&match yang i buat tu, boleh email i kat triolicious@gmail.com / 0122808147 (efa)


Benci campur Cinta sama dengan BenCinta, bagus rumus Faizal Tahir kan?

apa perasaan korang bila sesuatu yang seumpama nyawa, tak hidup rasanya bila tiada, sendu rasanya di jiwa. HILANG di saat-saat anda sangat memerlukannya. bengang? benci? tension? rindu? serabut? oh, bercampur baur kan?



bosan hidup tanpa INTERNET!!! rasanya hp kalau tak ada pun tak pe, sebab xde boyfriend :p


1 bulan pula tu. oh! terbantut semua kerja ku. Tuhan, tabahkanlah hatiku.

Baldu Biru, Sampai Syurga. bila tension terlampau, TERPAKSA layan jiwang! TERPAKSA okay?


YOU, semenjak dua tiga menjak, kenapa suka hilang-hilang?

Fashion Bonggol Unta, sharing is charing


sebenarnya, dah banyak kali i terbaca entri dari blogger mengenai fashion sekarang terutama untuk wanita muslimah bertudung. Fashion Bonggol Unta, i panggil la. i rasa fashion ni datang dari wanita-wanita arab kot. memang nampak cantik sebab boleh buat muka bulat nampak lonjong. but from Islamic view, trend ini sebenarnya tergolong dalam wanita yang dilaknat oleh ALLAH. MasyAllah. hari ini baru sampai niat untuk sampaikan kepada rakan muslimah yang lain. semoga kita terpelihara dari azab-azab diakhirat kelak.

diceduk dari blog http://aishahtur.blogspot.com Dear, sharing is caring. Thanks :)

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.
notakaki: semoga sebaran ini akan dapat dijauhi yang terlarang selagi mana kita mampu. AMIN!

.:Uniquely Tunics:.:1st Giveaway

yey! Nai dari Uniquely Tunics buat 1st Giveaway. so i pun berkesempatan nak join juga. sesiapa pun boleh join even tak pernah beli dengan dia. gambar kat atas ni saja nak tunjuk kat Nai Tunics yang i pernah beli dengan dia. selesa sangat. hope boleh dapat Tunics free Giveaway tu ye Nai? hehe. cepat ye sebab Giveaway yang ini hanya untuk 1 weeks saja.

untuk Join ---> .:Uniquely Tunics:.

Happy Teachers Day

Kami guru malaysia.... berikrar dan berjanji.... (eh hari guru semalam kan? lantaklah lewat 1 hari. hehe)

Selamat Hari Guru kepada guru i di...

sk seksyen 19 shah alam (tahun 1992 until tahun 1997)

sekolah agama seksyen 18 shah alam (tahun 1992 until tahun 1994)

sekolah agama seksyen 19 shah alam (also known as integrasi seksyen 19) (tahun 1995 until 1997)

smk seksyen 19 shah alam (tahun 1998 until tahun 2000)

sm teknik muadzam shah, Pahang (tahun 2001 until tahun 2002)

KLIUC (tahun 2003 until tahun 2005)

Unisel (tahun 2006 until tahun 2009)

dan juga guru tusyen, guru kelas memandu, guru-guru seanteronya.

tips penjagaan kereta versi epa zarifa

aktiviti untuk hari ini. i bangun awal semata-mata untuk exercise! haha. tipu sebenarnya. lebih kepada sebab cik merah telah mengeluarkan bau yang agak busuk disebabkan tuannya sangat malas untuk memandikan beliau. oleh kerana ongkos tuan punya telah berada ditahap agak nazak ditambah sangatlah sakit mata melihat keadaan cik merah agak kusut masai. i ambil peluang dihujung minggu untuk turunkan berat sebanyak 10 kg. haha. tipu lagi.okaylah. bukan nak cerita tu sangat. i nak kongsikan tip-tip penjagaan kenderaan seperti kereta. bas, lori, treler dan sebagainya i tak tahu. jangan tanya pula ye?


in progress. start pukul 8 pagi, pukul 12 baru habis. tukang cuci memang perfectionist terlampau sangat.


amacam? berkilat terbaik dari ladang right? memang ada bakat bukak carwash. sendiri punya je.
adoi, apa pasal cik merah i senget ni? maafkan tuan ambil gambar senget. seni katanya. haha.


tips yang pertama: jangan sesekali abaikan untuk servis kereta. patuhi dateline or ikut mileage yang telah ditetapkan untuk servis. itu memang penting. sebab tu kereta proton saga lama yang dah sebaya dengan i tu masih gagah berlumba di jalanraya. abah i pula jenis kalau servis kereta, dia akan pergi beli sendiri minyak hitam dan suruh dorang tukarkan. sebab mekanik ada sendiri minyak hitam tapi kualiti kurang. so faham-faham jelah kan?

tips kedua: bagi pemilik kereta untuk pastikan warna cat kereta tahan lama, terutamanya bagi yang kereta dorang guna warna solid macam cik merah i, korang kena pastikan kereta korang tidak terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama or panas sangat. ini boleh sebabkan warna jadi pudar dan kusam. kalau parking kat kawasan tak teduh, gunakan penutup plastik kereta tu. ini penting sebab cara penjagaan kereta berwarna solid dan metalic sangat berlainan. kalau boleh kereta solid, digalakan pergi wax kereta untuk 3 or 4 tahun sekali untuk dapat warna yang cantik.

tips ketiga: rajin-rajinlah basuh kereta. jangan malas! tak mahu cerita banyak part ni. sendiri mau ingat. huhu

tips keempat: pastikan tayar diisi angin. jangan biarkan tak ada angin sebab nanti akan menyebabkan lebihan penggunaan minyak. kan dah membazir tu. tak bagus!

tips kelima: sayangilah kereta anda dan belai-belai lah dia. haha. nanti merajuk also known as ROSAK, nanti patah kaki korang. tak best!

tips keenam: korang google saja lah, berlambak tips yang superb yang korang boleh dapat :)

Shah Alam to Pasir Mas to Jeli to Gua Musang to Shah Alam again

Salam semua. oh lama sungguh tak ber-update blog ni. sentiasa busy sepanjang 2 minggu ini. untuk pengetahuan semua i dah habis praktikal. alhamdulilah. dapat juga habis dan settle kan report LI sebelum habis praktikal lagi. sebab nak collect semua data-data yang ada kat office untuk masukkan dalam report. semalam i dengan cik bear pergi unisel untuk hantar report. sempat juga jumpa dekan untuk minta surat pengesahan tamat belajar. senang nanti nak selit dalam resume. oh, cerita pasal resume, i masih pegang status penganggur terhormat also known as surirumahtangga berijazah yang berjaya. tak apa baru 2 minggu. tapi i yang tension lebih-lebih. nasib baik mama i bagi kata semangat, mungkin Tuhan nak bagi yang terbaik untuk along. baik mama. hehe.

dari minggu lepas rumah i internet sudah kena potong sebab nak upgrade. tapi seksa nak menunggu bila lah orang TM nak datang rumah pasang modem baru. dengar cerita 1 bulan. memang gilalah. i dah lah pengguna tegar internet. tak boleh hidup tak ada internet. nak surviosr dengan broadband yang macam siput, lagilah tension. minggu lepas nak update blog shop pun terpaksa menapak pergi Mcd section 3. tapi yang tak bestnya, setiap 1 jam line internet kat Mcd akan disconnect. memang macam tu ke? sebab 1st time try online kat sana.

minggu pertama habis praktikal, i terus follow mama outstation ke kelantan. dari hari isnin sampai lah khamis. jadi pembantu tanpa gaji. mama bagi ceramah celik kualiti untuk sekolah di kelantan. sebenarnya mama dah ulang alik kelantan 1 bulan. tiap-tiap minggu. so memang terror kecek klate lah. haha. 1 daerah 1 sekolah. masa i ikut, kitorang pergi daerah Pasir Mas, Jeli dan Gua Musang. cepatnya memang tak ingat! dahlah panas gila. dengan i tak berapa faham dorang cakap lagi. tapi sekarang yang i tengok kelantan dah banyak maju. last i pergi masa tengah belajar kat KLIUC lagi. sekarang banyak construction, i tengok ada tesco, tengah buat jambatan dan macam-macam lah. mama siap suruh i kerja kat kelantan taw.

kitorang duduk kat Hotel Grand River View, Kota Bahru. memang best lah hotal ni. betul-betul kat kawasan bandar. kitorang nak keluar berjalan sangatlah susah sebab tak ada transport. so kitorang jalan kaki saja pergi Pasar Siti Khadijah. dengan bantuan Garmin okay? nasib baik tak sesat. tapi tak shopping sangat pun sebab ongkosnya tak ada.

first sekolah kat daerah Pasir Mas.

Pasar Siti Khadijah. bersebelahan dengan KB trade Center dan tengah ada construction untuk pasar tu kot.

meja ni hanya ada 1 je kat dunia. ada kat Hotel Grand River View ni. dorang siap patternkan dan ada nombor serial okay?

then hari rabu kitorang check out untuk pergi area Gua musang sebab perjalanan agak jauh untuk pergi Gua Musang dari Kota Bharu. 2 jam okay? so duduk kat Goa Inn. 1 malam saja. hari khamis lepas ceramah terus cabut balik shah alam. penat memang tak ingat!

notakaki: nak masuk gambar boleh berjanggut tau. cepatlah datang pasang modem baru!

selamat hari ibu mama!

selamat hari ibu, mama. semoga mama makin muda dan muda dan ceria selalu. doakan along cepat-cepat dapat kerja! nanti along belanja makan. cewah!

notakaki: short entri sahaja sebab line streamyx kat rumah ni dah kena potong. bukan sebab tak bayar ok, sebab nak upgrade! susah betul hidup tak ada internet. nak update blogshop terpaksa guna broadband yang macam siput ni. tensen!

syukur! habis juga akhirnya!

yey! akhirnya habis juga training i untuk semester ni. semester depan tak ada okay, sebab dah habis belajar! yahoo.... standby untuk konvo tahun ni. suka! suka! suka! minggu depan kenalah fikir nak buat aktiviti apa. yang paling penting, doa2kan lah i dapat kerja secepat dan pantas yang mungkin. boring duduk rumah! sekarang mungkin nak fokus dulu dengan bisnes online ni. hah, ramai kawan-kawan kalau nak rembat shawl harga yang paling murah, cari kat blogshop i ni. terjamin paling murah di pasaran. cepat-cepat sebelum terlambat. i kasi intro sedikit ye?

syria plain lycra (greet quality) RM25 only 1 set (inner-2 tone and outer)

Inner scarf RM12 each

Shawl cotton RM10 each

Shawl Abstrak RM8 each

Kain pasang english cotton and japanese cotton RM55 free postage

tudung syria RM15 free postage