Lawakmu akan ku kenang ke akhirnya.

salam takziah buat keluarga Abg Din Beramboi di atas pemergian arwah semalam tepat jam 12.30 pagi. semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang beriman. i tahu pun lepas adik i bagitau masa tu pukul 2.30 pagi. terus tak boleh tidur. rasa sebak dan bergenang sekejap. sedih betul. dah lah i suka gila dengan lawak dia. dengar berulang kali tak jemu dan sentiasa gelak. i membesar dengan lawak arwah. sekarang pun masih rasa tak percaya beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. tidak riuh pagi i lagi. suka dengar sawancara kat era pagi pagi. pagi yang suram mesti ceria dengan lawak arwah. i sampai tak boleh tidur bila dapat tahu berita sedih ni. sempat juga sedekahkan al-fatihah kepada arwah. semoga family abg din akan tabah mengharungi dugaan. ada hikmah. kesian kan? anak-anak masih kecil. bersemadilah abang din tenang di alam sana.
Allah menyayangi beliau.
*crying*

1 comment:

  1. Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

    ReplyDelete