kalau mak bapak tak bagi keluar, jangan keluar tau tak?

Macam biasa, tulis blog guna word. Sebab bos masuk pulak dah.

Disebabkan minggu ni parent tak ada kat rumah, then pukul 8 malam I kene hantar adik I pergi tusyen kat section 7, lepas tu confirm tak tengok berita dah. Kalau parent ada, dorang akan bawak balik paper. I malas gila nak pergi beli. Kan dah tak pasal-pasal jadi orang ketinggalan zaman. So sekarang nak tulis berita yang agak serius.

Sekarang ni hangat cerita polis tembak mati budak 15 tahun. I baru tahu pun lepas jenguk 1 blog yang cerita. Kat office ni pun bising-bising jugak. Kesian kat budak tu. Kat sini I bukan nak menuding jari, pihak-pihak mana yang patut dipersalahkan. Takut maa, kalau salah cakap boleh masuk ISA kot. Dahlah sekarang taraf blogger agak goyah dan selalu kene hentam kalau bagi pendapat lain sikit. Hehe.

By the way, I nak bagi pendapat, apa yang I rasa but bukan tuduh satu pihak saja. Apa kata kita put our self on the shoe.

Polis, kemungkinan polis tu tak perasan kot yang ditembak tu just seorang budak remaja yang baru berusia 15 tahun. Yelah. Dah selalu terlibat untuk mencegah jenayah kan? Malam pulak tu. Nampak CURIGA sikit dorang akan usha. Dah memang tugas seorang polis untuk melindungi persekitaran kita kan? Yang silap adalah polis tu terlepas tembakan kena belakang kepala mangsa. Itu yang buat masyarakat sekarang dah rasa curiga dengan polis sekarang. Yelah, takut tersalah tembak lagi kan? Itu silap besar polis tersebut. Apa yang I harap, pihak atasan polis dapat selesaikan kes ni dengan adil dan saksama. Jangan ada pihak yang akan terasa teraniaya.

I ada baca orang komen dan salahkan family dia. Cuba korang letakkan diri dalam keluarga mangsa. Budak 15 tahun, lelaki, bongsu pula itu. Lelaki, mesti ada sifat nakal dia kan? Lagi-lagi 15 tahun. Susah nak di kawal. Mak bapak tak tegur?! Peh, bukan tak tegur, tapi dah banyak kali tegur. If dinding, perabot kat rumah boleh cakap, dorang boleh ulang balik apa yang parent dah bising. So, janganlah salahkan ibu mangsa yang konon dikatakan biarkan anak dia memandu kereta tanpa lesen. Sebagai parent, takkan kita nak ikut anak 24 jam kan? mak bapak kita dah bagi cukup didikan. terpulang pada kita untuk fikir buruk baiknya kehidupan ini.

Budak 15 tahun. Kita semua pernah merasa usia 15 tahun kan? Masih tak kisah dengan dunia dan permasalahan luar. Kita dengan dunia kita saja. Fikir enjoy! Tanpa fikir buruk baiknya, padah sekiranya perbuatan jahat kita lakukan. Serius. I memang suka usia 15 tahun. Hidup ceria, hanya tahu parent bebel suruh belajar pandai-pandai bagi masuk university. Tapi bila dah buat salah, confirm cuak dan gelabah macam dunia nak kiamat kan? I rasa kemungkinan mangsa ketakutan bila Nampak polis dah pandang semacam kat dia. Budak sekolah confirm takut! So dengan hanya baru hidup 15 tahun, fikiran tak matang, hanya fikir melarikan diri untuk selesaikan masalah. Tup tup, bende buruk terjadi.

So, ni semuanya dari perspective dari kaca mata i. yang paling penting, kita tunggu keputusan mahkamah. Semoga ALLAH beri petunjuk kepada mereka.
Nasihat I kat adik-adik yang baru nak naik remaja tu yang tahu fikir enjoy tanpa fikir masa depan, sentiasa jaga diri. Apa yang kita nak buat, kita kena fikir NEGATIVE dulu. Jangan fikir diri sendiri saja, fikir orang di sekeliling yang sentiasa sayang akan kita. Kalau parent, kakak or abang tegur, jangan muncung je, tegur untuk kebaikan, untuk hindar benda-benda tak baik macam nilah ye?

Ok adik-adik? JAGA DIRI, HIASI PERIBADI. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Notakaki: orang tua ada cakap, JANGAN CARI NAHAS!

3 comments:

  1. kesian... budak tu, tak pasal pasal mati katak, tapi kakak die lawa gak... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. nama pun budak2...
    mase kita baya2 macam tu, bile mak bapak bising, kita dah tau ape yang kita nak buat tu salah, tapi still nak jugak buat... kan?

    bile dah berlaku perkara yang diluar jangkaan kita, baru la kita kata "owh, betul ape mak bapak aku cakap, nyesal tak dengar cakap diorang"

    sesetengah orang, dia hanya dapat belajar melalui praktikal (pengalaman), kalau setakat teori (bebelan mak bapak, leteran cekgu2), takde kesannyer...

    ReplyDelete
  3. huzairy: ajal maut semua kat tgn Tuhan...
    cik kala: zaman sekarang mmg kene belajar melalui pengalaman...selagi xkene btg idung sendiri, selagi tuh xinsap...

    ReplyDelete