countdown ramai-ramai boleh? 3 hari saja lagi!

entri yang ditaip dalam word sebab takut kantoi dengan bos. wakaka

wah, diam tak diam tinggal 3 hari je untuk i habiskan training kat sini. pengalaman banyak lah sangat sampai dah tak larat nak simpan. so far memang seronok lah training kat sini sebab staff pun ok, supportive. kena marah tu dah jadi masam garam dalam nak menambah ilmu kan?? so, makin saki baki training nak habis, I makinlah sangat malas untuk update blog kesayangan ni, bukan apa terkejar-kejar dengan job task kat office, hujung minggu pergi cara stok untuk blogshop sebab nak pastikan sentiasa terupdate dengan design-design terkini. Cewah.
Alhamdulilah, report LI dah siap, just tinggal log book saja untuk baki 3 hari. Peh! Cuak seh. Dengan kerja 1 pun tak dapat lagi. Sedih betul. Tuhan suruh I sabar sedikit kot kan? Ada rezeki yang menarik lagi menanti dihadapan sana. Siapa tahu kan? Tapi I tetap nak sedih. So siapa-siapa kat luar sana company dia ada kerja kosong bagitahu lah kat i. especially company construction or consultant! Tolonglah I yang macam orang gila cari kerja. Eh tak dalah gila sangat tapi sangap kerja lah gak! Bulan 7 ni nak bayar road tax dan insurance kereta! Mana nak cekau duit dek non!

Cukuplah bebel pasal kerja. Doa2kanlah ye kawan-kawan? Bagi I cepat-cepat dapat kerja. Nanti I belanja gula-gula sorang 1 leh? hehe

Countdown 3 hari lagi nak habiskan training!! Yey! Tak sabar gila! Tapi sedih jugaklah nak tinggalkan dorang ni. Cewah! Baget dorang sedih kot kan? Perasan gila. Hahaha. Yang penting banyak benda I dah belajar dalam masa 3 bulan training! Dan yang paling penting I dah tahu nak gunakan Autocad! Takat nak edit serah saja kat i. haha. Berlagak! Sekarang I jugak tahu nak parking kereta masuk belakang! Eh, jangan gelak okay?? Dulu member I pernah ajar tapi fail. But now! I terer ok! Wakakaka.
Yang paling best segala apa yang belajar kat unisel dulu, contohnya macam BQ (senarai kuantiti-bill of quantity) yang paling tak suka, I dah suka bila datang sini. Belajar ok bende tu. Kat unisel lecturer tak ajar! Penting tu! Apa-apa pun thanks a lot la untuk dorang kat sini sebab sudi ajar I walaupun kadang-kadang lambat pick up. Bebal gak kadang-kadang. Tapi supervisor kat sini cakap I bagus ok? So confirm, kasi A+++++ ye? Naik pointer mak!!! Tercapai impian. Amin!

Notakaki: macam tak percaya tak update blog 2 week! 2WEEKS ok? Pernah ke? Tak kan? Tuh menunjukan I busy nak mampus dan tak ada idea langsung!! Tensen! Otak kosong lah. Xpe, next week kompom korang tengok entri I je terupdate. nilah kalau tulis guna word, habis ayat jadi lain....

4 comments:

  1. smoga berjaya diluar sana...dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. aqilah: tq2 :)
    ardinihumaira: hehehe...habis countdown dahhhh
    princeduyong: amin

    ReplyDelete