counting please!! 5 hour only.

hari ni hari terakhir i LI kat BUTSB. sekarang nak buat counting lah konon. wakaka. tinggal 5 jam sahaja lagi. tamatlah sesi pembelajaran selama bertahun-tahun. minggu depan sure boring, fikir nak buat apa kat rumah. nampaknya i akan jadi blogger tegar and fokuskan bisnes online. tunggu ye? blogshop ada promotion!! lepas ni nak fikir masa depan pulak, mana tahu nanti berkira-kira pula nak sambung ambil master. Insyallah. ada rezeki sambung lagi ambil PHD. peh! memang best. huhu. hari ini tak banyak aktiviti pun. ni kejap lagi nak lunch sama officemate di sini. nanti kita sambung next entri ya?

kalau mak bapak tak bagi keluar, jangan keluar tau tak?

Macam biasa, tulis blog guna word. Sebab bos masuk pulak dah.

Disebabkan minggu ni parent tak ada kat rumah, then pukul 8 malam I kene hantar adik I pergi tusyen kat section 7, lepas tu confirm tak tengok berita dah. Kalau parent ada, dorang akan bawak balik paper. I malas gila nak pergi beli. Kan dah tak pasal-pasal jadi orang ketinggalan zaman. So sekarang nak tulis berita yang agak serius.

Sekarang ni hangat cerita polis tembak mati budak 15 tahun. I baru tahu pun lepas jenguk 1 blog yang cerita. Kat office ni pun bising-bising jugak. Kesian kat budak tu. Kat sini I bukan nak menuding jari, pihak-pihak mana yang patut dipersalahkan. Takut maa, kalau salah cakap boleh masuk ISA kot. Dahlah sekarang taraf blogger agak goyah dan selalu kene hentam kalau bagi pendapat lain sikit. Hehe.

By the way, I nak bagi pendapat, apa yang I rasa but bukan tuduh satu pihak saja. Apa kata kita put our self on the shoe.

Polis, kemungkinan polis tu tak perasan kot yang ditembak tu just seorang budak remaja yang baru berusia 15 tahun. Yelah. Dah selalu terlibat untuk mencegah jenayah kan? Malam pulak tu. Nampak CURIGA sikit dorang akan usha. Dah memang tugas seorang polis untuk melindungi persekitaran kita kan? Yang silap adalah polis tu terlepas tembakan kena belakang kepala mangsa. Itu yang buat masyarakat sekarang dah rasa curiga dengan polis sekarang. Yelah, takut tersalah tembak lagi kan? Itu silap besar polis tersebut. Apa yang I harap, pihak atasan polis dapat selesaikan kes ni dengan adil dan saksama. Jangan ada pihak yang akan terasa teraniaya.

I ada baca orang komen dan salahkan family dia. Cuba korang letakkan diri dalam keluarga mangsa. Budak 15 tahun, lelaki, bongsu pula itu. Lelaki, mesti ada sifat nakal dia kan? Lagi-lagi 15 tahun. Susah nak di kawal. Mak bapak tak tegur?! Peh, bukan tak tegur, tapi dah banyak kali tegur. If dinding, perabot kat rumah boleh cakap, dorang boleh ulang balik apa yang parent dah bising. So, janganlah salahkan ibu mangsa yang konon dikatakan biarkan anak dia memandu kereta tanpa lesen. Sebagai parent, takkan kita nak ikut anak 24 jam kan? mak bapak kita dah bagi cukup didikan. terpulang pada kita untuk fikir buruk baiknya kehidupan ini.

Budak 15 tahun. Kita semua pernah merasa usia 15 tahun kan? Masih tak kisah dengan dunia dan permasalahan luar. Kita dengan dunia kita saja. Fikir enjoy! Tanpa fikir buruk baiknya, padah sekiranya perbuatan jahat kita lakukan. Serius. I memang suka usia 15 tahun. Hidup ceria, hanya tahu parent bebel suruh belajar pandai-pandai bagi masuk university. Tapi bila dah buat salah, confirm cuak dan gelabah macam dunia nak kiamat kan? I rasa kemungkinan mangsa ketakutan bila Nampak polis dah pandang semacam kat dia. Budak sekolah confirm takut! So dengan hanya baru hidup 15 tahun, fikiran tak matang, hanya fikir melarikan diri untuk selesaikan masalah. Tup tup, bende buruk terjadi.

So, ni semuanya dari perspective dari kaca mata i. yang paling penting, kita tunggu keputusan mahkamah. Semoga ALLAH beri petunjuk kepada mereka.
Nasihat I kat adik-adik yang baru nak naik remaja tu yang tahu fikir enjoy tanpa fikir masa depan, sentiasa jaga diri. Apa yang kita nak buat, kita kena fikir NEGATIVE dulu. Jangan fikir diri sendiri saja, fikir orang di sekeliling yang sentiasa sayang akan kita. Kalau parent, kakak or abang tegur, jangan muncung je, tegur untuk kebaikan, untuk hindar benda-benda tak baik macam nilah ye?

Ok adik-adik? JAGA DIRI, HIASI PERIBADI. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Notakaki: orang tua ada cakap, JANGAN CARI NAHAS!

countdown ramai-ramai boleh? 3 hari saja lagi!

entri yang ditaip dalam word sebab takut kantoi dengan bos. wakaka

wah, diam tak diam tinggal 3 hari je untuk i habiskan training kat sini. pengalaman banyak lah sangat sampai dah tak larat nak simpan. so far memang seronok lah training kat sini sebab staff pun ok, supportive. kena marah tu dah jadi masam garam dalam nak menambah ilmu kan?? so, makin saki baki training nak habis, I makinlah sangat malas untuk update blog kesayangan ni, bukan apa terkejar-kejar dengan job task kat office, hujung minggu pergi cara stok untuk blogshop sebab nak pastikan sentiasa terupdate dengan design-design terkini. Cewah.
Alhamdulilah, report LI dah siap, just tinggal log book saja untuk baki 3 hari. Peh! Cuak seh. Dengan kerja 1 pun tak dapat lagi. Sedih betul. Tuhan suruh I sabar sedikit kot kan? Ada rezeki yang menarik lagi menanti dihadapan sana. Siapa tahu kan? Tapi I tetap nak sedih. So siapa-siapa kat luar sana company dia ada kerja kosong bagitahu lah kat i. especially company construction or consultant! Tolonglah I yang macam orang gila cari kerja. Eh tak dalah gila sangat tapi sangap kerja lah gak! Bulan 7 ni nak bayar road tax dan insurance kereta! Mana nak cekau duit dek non!

Cukuplah bebel pasal kerja. Doa2kanlah ye kawan-kawan? Bagi I cepat-cepat dapat kerja. Nanti I belanja gula-gula sorang 1 leh? hehe

Countdown 3 hari lagi nak habiskan training!! Yey! Tak sabar gila! Tapi sedih jugaklah nak tinggalkan dorang ni. Cewah! Baget dorang sedih kot kan? Perasan gila. Hahaha. Yang penting banyak benda I dah belajar dalam masa 3 bulan training! Dan yang paling penting I dah tahu nak gunakan Autocad! Takat nak edit serah saja kat i. haha. Berlagak! Sekarang I jugak tahu nak parking kereta masuk belakang! Eh, jangan gelak okay?? Dulu member I pernah ajar tapi fail. But now! I terer ok! Wakakaka.
Yang paling best segala apa yang belajar kat unisel dulu, contohnya macam BQ (senarai kuantiti-bill of quantity) yang paling tak suka, I dah suka bila datang sini. Belajar ok bende tu. Kat unisel lecturer tak ajar! Penting tu! Apa-apa pun thanks a lot la untuk dorang kat sini sebab sudi ajar I walaupun kadang-kadang lambat pick up. Bebal gak kadang-kadang. Tapi supervisor kat sini cakap I bagus ok? So confirm, kasi A+++++ ye? Naik pointer mak!!! Tercapai impian. Amin!

Notakaki: macam tak percaya tak update blog 2 week! 2WEEKS ok? Pernah ke? Tak kan? Tuh menunjukan I busy nak mampus dan tak ada idea langsung!! Tensen! Otak kosong lah. Xpe, next week kompom korang tengok entri I je terupdate. nilah kalau tulis guna word, habis ayat jadi lain....

training nak habis, masa cari kerja ye?

diam tak diam tinggal lagi 2 minggu je i nak habiskan praktikal training ni. cepat rasanya masa berlalu. habis je training, i habis belajar! yahooo, seronok gila akhirnya habis jugak belajar. sekarang nak masuk alam pekerjaan lepas tu cari duit, lepas tu kawen. opss, calon pun tak ada. macam mana tu? eh, bukan itu yang risau sangat sekarang. mesti cari kerja! minta-minta cepatlah dapat kerja. umur dah tua. cepat-cepat company amik i kerja. haha.

sekarang ni i pulak sibuk nak tulis report, log book je. kena fokus kat online bisnes jugak. nanti habis praktikal i nak pergi daftar perniagaan online i ni. doa-doakan sampai hajat ni ye? bisnes ni memang dah sebati dengan jiwa i sebab dari kecil sampai lah besar memang mama i dah ajar berbisnes. nak update blog kesayangan ni pun tak sempat. oklah, siapa-siapa yang tercari-cari shawl, kain pasang corak terkini yang dijamin memang termurah, boleh jenguk blogshop i ye?


kualiti dijamin and korang mesti puas hati. berbaloi-baloi lagi. kat bawah ni ada sikit highlight item yang ada. kalau nak beli boleh isi form kat blog ye? thanks semua!

kain pasang english cotton RM55 free postage(bidang 60)! berbaloi!

shawl polka dot restock, RM8, HOT ITEM!

Shawl stripe yang sangat cun! RM8 juga.
notakaki: 2 minggu ye cik epa, bukan 3 minggu. haiya...

ala, busynya saya minggu ini

minggu yang sangat sibuk! perlu bahagi masa dengan blogshop, internship, tulis report, log book, siapkan kerja yang bos kasi. belajar guna autocad. pergi pejabat pos. kemas rumah. pergi SSM booking nama Triolicious Enterprise. beli stok shawl. ambik gambar shawl. edit bubuh watermark. hantar resume. surf website cari kerja. taip application letter. update resume. tunggu supervisor dari unisel datang. update blog dan blogshop. sampai kereta pun i tak sempat nak cuci. kalau senarai, sampai besok pun tak habis

kesimpulan -----> SANGAT PENAT! MAHU TIDUR BESOK NAK PERGI AMBIK STOK SHAWL BARU.

GOOD NIGHT ALL. SWEET DREAM.

eh, dah updated? lawa-lawa lah, retro polka dot gitu.

corak retro polka dot memang tengah in sekarang. jangan ketinggalan okay?

i nak kaborkan lah yang blogshop i sudah updated! sekarang ni kan kegilaan ramai penggemar shawl dengan corak retro polka dot kan? hah, mari singgah blogshop i untuk dapatkan corak tersebut dan corak terkini. dijamin dan korang pasti akan puas hati. dapat free gift lagi. harga? paling murah, RM 8 saja. macam tak percaya kan? apa lagi? singgah cepat sebelum kehabisan.

untuk ke TrioLicious, Klik di sini

or

taip http://triolicious.blogspot.com

Lawakmu akan ku kenang ke akhirnya.

salam takziah buat keluarga Abg Din Beramboi di atas pemergian arwah semalam tepat jam 12.30 pagi. semoga roh arwah akan dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang beriman. i tahu pun lepas adik i bagitau masa tu pukul 2.30 pagi. terus tak boleh tidur. rasa sebak dan bergenang sekejap. sedih betul. dah lah i suka gila dengan lawak dia. dengar berulang kali tak jemu dan sentiasa gelak. i membesar dengan lawak arwah. sekarang pun masih rasa tak percaya beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. tidak riuh pagi i lagi. suka dengar sawancara kat era pagi pagi. pagi yang suram mesti ceria dengan lawak arwah. i sampai tak boleh tidur bila dapat tahu berita sedih ni. sempat juga sedekahkan al-fatihah kepada arwah. semoga family abg din akan tabah mengharungi dugaan. ada hikmah. kesian kan? anak-anak masih kecil. bersemadilah abang din tenang di alam sana.
Allah menyayangi beliau.
*crying*