yeah, jangan malas-malas, update cerita dari 2 minggu lepas

macam cerita back to the future. kita rewind ke story yang i tertinggal 2 minggu lepas. jangan tanya kenapa i malas nak update blog. seminggu dari entry yang lepas jaraknya sebabnya i pun tak tahu kenapa jadi malas. okay, full stop!

bermula hari sabtu gerak pagi-pagi buta untuk jelajah konvoi 2 biji kereta ke Kodiang, Kedah. kendurinya hari ahad. masa sampai, eh, bukan sampai kampung, tapi sampai Alor Setar sebab mama sudah bookingkan hotel seri malaysia. katanya, ramai sangat kat kampung tu. susah nak tidur. lepak-lepak, rehat-rehat sebab perjalanan makan masa yang terlampau-lampau, sampai Alor Setar pukul 3! dasyat kan? kaki i tak payah cerita, cramp! lenguh. letih tak hingat. dekat-dekat pukul 6 baru gerak pergi kampung. hujan lebat yang sangatlah membataskan mata i untuk melihat. gelap lagi 1 hal. i drive ikut bontot kereta parent i aje. tak nampak garisan kat jalanraya. sampai kampung terus kena 'dera' masukkan telur dalam bunga telur. hah! korang pandai tak? mama siap dah berkira-kira kononnya untuk kenduri kawen I. ape? calon pun tak ada lagi. macam mana mahu kawen? sila lah masuk meminang wahai anak raja. haha! taste tinggi macam burj dubai!

nampaknya story i ni kene disambung entry akan datang. pasal cerita dia, BESAR PUNYA!! a.k.a panjang gila ditambah dengan gambar-gambar terlampau kami sekeluarga. layan gambar first day dulu ya?

pekena sarapan pagi kat kopitiam restoran jejantas sg. buloh. layan

muka masing-masing berminyak tak ingat, lepas juga kalau guna nak goreng ikan.

first time tidur kat hotel seri malaysia. best juga!

nampak tak? banyak kan? mak cik boleh tinggalkan special kerja ni untuk kitorang.

pelamin anganku tak musnah. hehe

dorang ni dah praktis belajar kipas pengantin. maklumlah kat sekolah cikgu tak ajar. haha.

hah, ni lagi sengal tak ingat. lepas tu bising-bising kat i bila nak kawen? ada ke patut? jawab cepat!

katil pengantin. kalau buat kenduri kat rumah memang kena siapkan ini cantik-cantik. tapi nanti i buat biasa-biasa sudah sebab nak kawen kat de palma grand ball room shah alam. haha. siapa boleh sponsor?!

notakaki: kita berjumpa di episod akan datang. kalau siapa malas nak tunggu, boleh tengok kat facebook i sudah. haha. poyo, banget ada orang mau baca bebelan i ni kan kan?

2 comments: