episod terjah kenduri kawen orang di putrajaya

hello! hai semua! kita ketemu dalam rancangan serkap jarang. haha. merepek sudah. akhirnya dapat juga i update laman sesawang i. kalau siapa tak tahu laman sesawang tu, maksudnya blog lah. bahasa melayu dia laman sesawang. pelik bukan? entah siapa lah yang bagi idea laman sesawang. fakta itu. kot-kot lah sesiapa yang tahu datang dari mana nama tu, boleh bagitahu kat komen bawah ni okay?

entri kali ini i nak cerita aktiviti sabtu minggu lepas. oh so long! baru nak cerita almaklumlah busy women. haha. ada je aktiviti i sekarang. macam pagi tadi, Justify Fullkeluar pergi usha handphone untuk adik laki i, then beli barang untuk masak stimboat petang tadi. balik je terus cuci kereta kesayanganku, cik merah! cuci kereta mama. pergi cari 'cermin mata baru' cik merah(actually tukar bingkai lampu depan yang dah hilang sebelah, sekarang warna hitam gitu. macam pakai celak) lepas tu masak stimboat. makan, mandi, sembahyang then sekarang menghadap lappy. busy kan mak, nyah? sampai mak sempat nak jenguk blog korang.

okay, penat bebel sampai 2 perenggan. kita masuk cerita minggu lepas. minggu lepas my bestfriend masa diploma dulu, kak sya, dah selamat mendirikan rumahh serta tangganya. awat panggil dia kak? pasai dia tua 3 tahun dari i. pandai-pandai lah korang kira umur dia ye? kawen dengan siapa? bf lama dia juga lah. kejap putus kejap sambung. akhirnya kalau dah jodoh, memang tak kemana kan? konon-kononnya nak buatlah mini gathering dengan collegemate yang lain, alih-alih, i dengan shena je yang sempat datang. kitorang datang pun kenduri dah habis. meja kerusi dah siap simpan okay? kitorang memang diwajibkan datang sebab nak tengok kak sya sanding! tak percaya wooo. lepas dah sorang rakan ku. tinggalkan i sorang-sorang. huh, keluar dah ayat sedih.

i angkut sekali adik i yang dua orang tuh. iya and wani. pergi amik shena kat ktm serdang. oh, lama gila tak datang sana. dulu mines and ktm tuh kira rumah ke 2 lah bagi kitorang. tiap-tiap minggu mesti lepak mines karaoke 20 lagu ok? kak sya selalu main sponsor kitorang. suara sedap. of course lah gatai tekak nak nyanyi kan? asah bakat. huh, lama gila lah tunggu mak cik shena tu. dia lagi gila, sanggup dari pahang rushing balik semata-mata nak tengok kak sya tu sanding. by the we, memang tak puas lah jumpa. rindu sesangat dengan dorang tu. nama jek duduk area lembah klang, tapi nak jumpa sebulan sekali haram. last jumpa dorang tuh tahun 2007 la. lama kan? okaylah layan gambar pulak.

me with ms shena kaki gosip. haha

ni amik berkat taw! mana taw leh ni turn i. :p

wani, toksah lah amik berkat. baru nak PMR tahun ni. sekeh kang

iya. tak tahu lah nak cakap pe. bf pon xde


p/s: semoga kak sya dan krol akan bahagia ke akhir hayat. cepat-cepat kasi kami anak buah okay? banyak-banyak!!

p/s/s: minggu depan i pulak punya turn. nebes beta! kene cari baju cepat-cepat ni. alah, tudung nak warna pe ye? hehe suprise!!

No comments:

Post a Comment