agak-agak kalau meja kerusi boleh bercakap, dah boleh sembang dengan aku tau

hari ni tak banyak aktiviti yang boleh i buat kat office ni. dari semalam macam ni. i ni pula jenis tak boleh duduk diam. kalau i diam, mula lah i jadi tak betul. haha. boring gila lah. bos-bos i tak ada. semua pergi site. supervisor i pula MC. kalau dia ada boleh juga bising-bising minta kerja.
sekarang ni i duk minta kerja dengan officemate 2 orang ni, dapat la kerja sikit-sikit macam fotostat 10 muka surat. habis fotostat i mula la tempek bosan depan pc ni. tahap kronik dah i ni. sampai fotostat pun i boleh buat dengan cara perlahan sekali tau! sekarang ni dah tahap tak de kerja. pagi ni konon-kononnya bos i nak bagi kerja. tunggu punya tunggu tak timbul pun kerja.
sekarang ni mula la fikir nak buat apa. teringin makan MCD pun ada tau! nak pergi shopping tapi tak tahu nak beli apa. online shopping, tak jumpa baju yang menarik. akhirnya i amik keputusan berceloteh dalam blog kesayangan ni.
cepat-cepatlah pukul 5. nak balik! tengok sinderela. hah, sepatutnya minggu ni supervisor kat unisel nak datang, tapi dah hari rabu, bayang msg pun tak timbul. supervisor kat sini pula tak tau MC sampai berapa hari bulan. huh, naik muntah dah asyik online tanpa hala tuju ni. tak ada life! boring!

bila rindu ku sebut namamu :p

korang pernah tak mimpi sampai terbawa keluar. bangun tidur terus sengih sorang-sorang atau pun buat korang nak sambung balik mimpi tu. cepat-cepat angkat pc tu. haha. malam tadi syok gila i mimpi indah! tapi jalan cerita tak berapa ingat. yang pastinya lelaki tu sangat femes! dan mempunyai girlfriend yang sangat jelita. tinggalkan girlfriend jelita untuk i! owh! syok habis! dah la memang i minat sama itu artis! pernah bertembung dengan beliau masa jalan-jalan di downtown cheras. masa tu beliau kat kedai jam. eh, artis pun pakai jam uptown ke? huhu. i memang dah nak masuk kedai tu, sekali terpandang beliau sampai bertentang mata. wakakakak! ayat tak boleh blah! menyebabkan i terkedu lalu meneruskan perjalanan ke gerai sebelah! oh, RUGI, RUGI! tapi ada hikmah, akhirnya i termimpikan beliau! siapakah beliau? jeng jeng jeng!
************
*********
******
***
**
*

beliau okay? Kamal Adli! tapi tak ada lah die hard fan pun. just suka tengok saja. tapi sekali tengok macam muka adik laki i si jaja pun ada.

Samsung Beat DJ

Samsung Beat DJ to let go...
RM 650 (including charger, earphone, 2G memory card)

handphone baru guna 8 bulan..full set(earphone,charger..masih dalam keadaan baru..
boleh nego harga..

handphone touch screen..2gig memory card,3g,speaker yg direka khas utk dj..mmg puas hati bunyi.byk lagi la..for more information


contact me (efa)-COD only (shah alam area)
email : triolicious@gmail.com
call / sms : 0122808147

google translate, korang pernah cuba tak?

disebabkan i guna pc office ni, suka sesangat facebook i terlog out sendiri tanpa sebab yang i sendiri tak ketahui, i nak cerita pasal google translate. peh! memang cool gila benda ini. semalam baru i cuba try :p dulu macam tak ambil kisah dengan google translate ni, tapi disebabkan i kena juga tulis report LI dengan english, data kat office pula bahasa melayu, kenalah i cari cara nak translatekan from BM word to english word. gila mampus nak translate ayat yang panjang gila. tapi yang tak bestnya dan kelakarnya, kena check 1 per 1 takut ayat yang ditranslate merepek meraban. contohnya, BUKIT PUTUS, dijadikan BUKIT DISCONNECT. hah, tak ke pelik ayat tu. haha. by the way, tetap nak kasi 8 bintang kat google translate berjaya mengubah ayat i. eh, boleh tukar ke macam-macam ayat tau! thai, cina, jepun, etc. korang nak cuba?



contoh dia, ayat yang i perlu buat. klik untuk tumbesaran yang gemilang

bila diriku sudah jadi isteri orang

tersebutlah kisah cerita sebelum ni, klik disini. mari sambung entri untuk hari ke2. disebabkan bos-bos i tak ada kat office ni, makin rancak i nak berblog. malam tu i punyalah penat sampai nak tidur pun susah ditambahkan sepupu kecik i tu asyiklah menangis! huh, bengang gila juga! parent i dengan adik i 2 orang dah selamat tidur kat hotel seri malaysia. bestlah dorang! besok pagi dalam pukul 6 makcik i tuh dah gerak suruh mandi. cadangan nak ikut dia pergi makeup bagai kat pekan jitra. malam tu konon-konon nak pergi 2 biji kereta, last-last pergi dengan kereta i saja. letih betul drive kelmarinnya, sambung drive lagi. before pukul 7 kitorang dah gerak. sampai sana kitorang yang tunggu juru makeup, lambat sangat nak datangnya. makeup je dah 2 jam. lama gila, i makeup sekejap jek.

dalam pukul 8.30 baru siap terus rushing pergi masjid meleleh, jitra untuk majlis akad nikah, yang bestnya kitorang yang sampai dulu. haha. memang tak sabar makcik i tu. lepak-lepak kejap then baru rombongan sebelah laki datang. sebelah pompuan ada 2 biji kereta je termasuk kereta i. dalam pukul 10 habis majlis nikah. terus je pecut balik butik tadi untuk tukar persalinan sanding and makeup sikit-sikit. kali ni dengan pak uda kitorang sekali diangkut. lama juga duduk kat kedai tu, sebab berderet pengantin nak bersiap. layan gambar jela. nanti sambung acara sanding pula.

tengok, awal sangat kan kitorang?

nasib baik tukang makeup boleh tahan orangnya, silapnya lembut sedikit. huhu

hah, kakcik dengan abangnya, long paiz, sebagai wali kakcik

sah2, sekali lafaz je taw

yang haram sudah menjadi halal. amin!

cik efa, puan fairus, cik na. wakaka

inilah, paksu kami! paksu din. otak memang sempoi gila! dulu mama cakap paksu din masa budak kecik dan kurus jek, sekarang sudah besar punya!! :p

notakaki: ececeh, tajuk tak boleh blah. saja kasi up. by the way, entri ni baru siap ditulis pada 26/3 tapi masuk draft, then 28/3 baru edit and tambah gambar. malas nak ubah mukadimah, so proceed sudah!

yeah, jangan malas-malas, update cerita dari 2 minggu lepas

macam cerita back to the future. kita rewind ke story yang i tertinggal 2 minggu lepas. jangan tanya kenapa i malas nak update blog. seminggu dari entry yang lepas jaraknya sebabnya i pun tak tahu kenapa jadi malas. okay, full stop!

bermula hari sabtu gerak pagi-pagi buta untuk jelajah konvoi 2 biji kereta ke Kodiang, Kedah. kendurinya hari ahad. masa sampai, eh, bukan sampai kampung, tapi sampai Alor Setar sebab mama sudah bookingkan hotel seri malaysia. katanya, ramai sangat kat kampung tu. susah nak tidur. lepak-lepak, rehat-rehat sebab perjalanan makan masa yang terlampau-lampau, sampai Alor Setar pukul 3! dasyat kan? kaki i tak payah cerita, cramp! lenguh. letih tak hingat. dekat-dekat pukul 6 baru gerak pergi kampung. hujan lebat yang sangatlah membataskan mata i untuk melihat. gelap lagi 1 hal. i drive ikut bontot kereta parent i aje. tak nampak garisan kat jalanraya. sampai kampung terus kena 'dera' masukkan telur dalam bunga telur. hah! korang pandai tak? mama siap dah berkira-kira kononnya untuk kenduri kawen I. ape? calon pun tak ada lagi. macam mana mahu kawen? sila lah masuk meminang wahai anak raja. haha! taste tinggi macam burj dubai!

nampaknya story i ni kene disambung entry akan datang. pasal cerita dia, BESAR PUNYA!! a.k.a panjang gila ditambah dengan gambar-gambar terlampau kami sekeluarga. layan gambar first day dulu ya?

pekena sarapan pagi kat kopitiam restoran jejantas sg. buloh. layan

muka masing-masing berminyak tak ingat, lepas juga kalau guna nak goreng ikan.

first time tidur kat hotel seri malaysia. best juga!

nampak tak? banyak kan? mak cik boleh tinggalkan special kerja ni untuk kitorang.

pelamin anganku tak musnah. hehe

dorang ni dah praktis belajar kipas pengantin. maklumlah kat sekolah cikgu tak ajar. haha.

hah, ni lagi sengal tak ingat. lepas tu bising-bising kat i bila nak kawen? ada ke patut? jawab cepat!

katil pengantin. kalau buat kenduri kat rumah memang kena siapkan ini cantik-cantik. tapi nanti i buat biasa-biasa sudah sebab nak kawen kat de palma grand ball room shah alam. haha. siapa boleh sponsor?!

notakaki: kita berjumpa di episod akan datang. kalau siapa malas nak tunggu, boleh tengok kat facebook i sudah. haha. poyo, banget ada orang mau baca bebelan i ni kan kan?

kalut, malut, karut marut


tak tahulah kenapa tajuk entri kali ni mengarut sikit. yang kena dengan isi hanya kalut jek. balik dari kampung i masih tak sempat nak update blog. penat pun tak hilang, datang opis tak sempat nak blogwalking, balik opis terus tidur. nanti i marathon update blog kisah kawen makcik i sorang ni. almaklumlah first time i jadi pengapit. haha, segan seh..kalah pengantin.... kasi refreshment sedikit gambar masa lepas akad nikah. jumaat ni i cuti, sabtu maybe pergi rombongan hantar pengantin kat pahang. tengoklah mana yang sempat.

lintas langsung dari hotel seri malaysia alor setar

hai, i kat alor setar dah. Besok baru kenduri kawen mak cik i kat kodiang. Nak rehat-rehat dulu kat hotel ni. Letih gila drive dari kul 7 pagi tadi. Maybe petang sikit singgah kg tengok preparation. Besok i kena jadi pengapit. Haha. Oklah take care!

macam gempak kalau update blog guna handphone ber-wifi

macam gempak ayat di atas ye? I saja-saja cuba try test update guna e66 i. Owh, sedikit berlagak ye? Maaf. Nak bagitahu i demam, selsema, sakit tekak. Gara-gara berjangkitan dengan teman sekerja. Tidak mengapa teman, saya maafkan anda. :p besok kalau larat mahu ke site meeting. Supervisor ajak. Kalau tak mc la besok..

special promotion

firzie roses

untuk pengetahuan semua, blogshop i TrioLicious tengah ada promotion! semua postage untuk pos express dan pos laju hanya RM3 saja kecuali stated free postage. murah sangat-sangat! cepat rembat sebelum terlambat. ada syria, pashmina, shawl abstrak, shawl jaring, shawl net. semuanya below RM15. ada juga kain pasang japanese cotton dan italian silk yang free postage! cepat taw sebelum terlambat. promotion RM3 postage sah sehingga hujung bulan mac sahaja!

episod terjah kenduri kawen orang di putrajaya

hello! hai semua! kita ketemu dalam rancangan serkap jarang. haha. merepek sudah. akhirnya dapat juga i update laman sesawang i. kalau siapa tak tahu laman sesawang tu, maksudnya blog lah. bahasa melayu dia laman sesawang. pelik bukan? entah siapa lah yang bagi idea laman sesawang. fakta itu. kot-kot lah sesiapa yang tahu datang dari mana nama tu, boleh bagitahu kat komen bawah ni okay?

entri kali ini i nak cerita aktiviti sabtu minggu lepas. oh so long! baru nak cerita almaklumlah busy women. haha. ada je aktiviti i sekarang. macam pagi tadi, Justify Fullkeluar pergi usha handphone untuk adik laki i, then beli barang untuk masak stimboat petang tadi. balik je terus cuci kereta kesayanganku, cik merah! cuci kereta mama. pergi cari 'cermin mata baru' cik merah(actually tukar bingkai lampu depan yang dah hilang sebelah, sekarang warna hitam gitu. macam pakai celak) lepas tu masak stimboat. makan, mandi, sembahyang then sekarang menghadap lappy. busy kan mak, nyah? sampai mak sempat nak jenguk blog korang.

okay, penat bebel sampai 2 perenggan. kita masuk cerita minggu lepas. minggu lepas my bestfriend masa diploma dulu, kak sya, dah selamat mendirikan rumahh serta tangganya. awat panggil dia kak? pasai dia tua 3 tahun dari i. pandai-pandai lah korang kira umur dia ye? kawen dengan siapa? bf lama dia juga lah. kejap putus kejap sambung. akhirnya kalau dah jodoh, memang tak kemana kan? konon-kononnya nak buatlah mini gathering dengan collegemate yang lain, alih-alih, i dengan shena je yang sempat datang. kitorang datang pun kenduri dah habis. meja kerusi dah siap simpan okay? kitorang memang diwajibkan datang sebab nak tengok kak sya sanding! tak percaya wooo. lepas dah sorang rakan ku. tinggalkan i sorang-sorang. huh, keluar dah ayat sedih.

i angkut sekali adik i yang dua orang tuh. iya and wani. pergi amik shena kat ktm serdang. oh, lama gila tak datang sana. dulu mines and ktm tuh kira rumah ke 2 lah bagi kitorang. tiap-tiap minggu mesti lepak mines karaoke 20 lagu ok? kak sya selalu main sponsor kitorang. suara sedap. of course lah gatai tekak nak nyanyi kan? asah bakat. huh, lama gila lah tunggu mak cik shena tu. dia lagi gila, sanggup dari pahang rushing balik semata-mata nak tengok kak sya tu sanding. by the we, memang tak puas lah jumpa. rindu sesangat dengan dorang tu. nama jek duduk area lembah klang, tapi nak jumpa sebulan sekali haram. last jumpa dorang tuh tahun 2007 la. lama kan? okaylah layan gambar pulak.

me with ms shena kaki gosip. haha

ni amik berkat taw! mana taw leh ni turn i. :p

wani, toksah lah amik berkat. baru nak PMR tahun ni. sekeh kang

iya. tak tahu lah nak cakap pe. bf pon xde


p/s: semoga kak sya dan krol akan bahagia ke akhir hayat. cepat-cepat kasi kami anak buah okay? banyak-banyak!!

p/s/s: minggu depan i pulak punya turn. nebes beta! kene cari baju cepat-cepat ni. alah, tudung nak warna pe ye? hehe suprise!!

cara-cara naikkan traffic dan earning nuffnang dan blog anda

okay. apa kita nak cerita untuk entri kali ni? so far lepas entri yang agak geram sebelum ni, i masih tak ada idea nak buat karangan apa. baru-baru ni ada orang tanya kat i tips untuk naikkan earning dan traffic. sebab masih belum sampai seru untuk cerita aktiviti i, apa kata i sedekahkan dan share kan sedikit ilmu yang i tahu pasal nak naikkan earning dan traffic blog anda.

by the way, banyak cara yang korang boleh buat untuk naikkan angka kat akuan nuffnang korang. salah satu cara, naikkan traffic singgah ke blog korang. selalunya jangan pula harap orang nak singgah blog anda. apa kata korang tinggalkan jejak-jejak korang dalam shout box blog kawan-kawan yang korang singgah. sebab lagi banyak visitor and traffic masuk dalam korang punya blog, nuffnang akan bagi buffered earning. biasanya buffered earning ni dikira berdasarkan traffic korang. so apa kata dalam 1 ari korang tinggalkan jejak ke 10 blog orang lain. mesti makin lama makin ramai orang datang singgah. kadang-kadang korang akan dapat unique visitor yang lagi masyuk. unique visitor ni pun boleh naik earning just i sendiri yang kurang faham nak terangkan kat korang. yang penting, sambil tinggal jejak, korang sendiri boleh tambah kenalan kan kan?

cara kedua untuk naikkan traffic dan earning sekaligus, sambil korang tinggal jejak tu apa salahnya korang click iklan nuffnang yang mungkin akan keluar dari blog yang korang singgah tu. hah, bayaran dia akan dapat per click. tapi jangan lupa la bagitahu korang click iklan apa, senang nak detect sebab takut karang ada orang ambil kesempatan dari niat baik korang kan? macam biasa, setiap hari buat masuk 10 blog dan tinggal jejak. tapi yang paling penting, masuk dan tinggal jejak tu, kenalah ada adab dan sopannya. yelah, macam masuk rumah orang kan kita beri salam. so ringan-ringanlah jari nak menaip tu dengan tanya khabar ke? buat-buat bz body sedikit. beramah mesra. tak rugi apa-apa pun tahu?
Blogger Malaysia


tips yang lain, apa kata korang join lah mana-mana team or community yang bercambah kat dalam blogger ni. contohnya Geng Blogger (korang blog ping entri dalam blog korang dan pamerkan dalam website geng blogger. dalam ni ramai rakan-rakan datang lepak sebab boleh baca entri-entri terbaru yang menarik. kadang-kadang blog korang boleh direview dan features dalam front page dia), FCU Community (dalam ni banyak aktiviti menarik yang boleh korang join dan boleh tambah kenalan. dorang siap dalam buat list geng. ada blogshop yang join juga tau?), Bloggers Malaysia dan Blog Malaysia (kedua ni macam directory untuk blogger-blogger yang join) so far yang ni senarai yang i tahu lah. kalau korang tahu senarai lain, boleh share dengan i okay?

so, diharap saudara kasih dan cinta yang minta tips dari i berpuas hati la dengan tips-tips yang i tau ni. kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah google cari tips, sebab banyak blogger otai yang dah beri tips-tips macam ni. akhir kata, jaga diri semua!