salam maulidur rasul

salam maulidur rasul kepada semua!

niat di hati nak tulis pendek-pendek saja entri kali ni tapi macam tak berapa best kalau tak celoteh dalam blogku tersayang ni kan? cewah, sayang lah sangat.

by the way, hari ini hari jumaat, 12 rabiulawal 1431 hijrah. tema maulidur rasul untuk tahun ni ialah 'Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah' tapi untuk tahun ni i dapat rasakan maulidur rasul kali ni sangat bermakna sebab ianya jatuh pada hari jumaat penghulu segala hari.

kalau kita sedia maklum, Nabi Muhammad kesayangan kita semua diputrakan pada tarikh ni pada hari jumaat, Nabi kesayangan kita meninggalkan ummatnya pada hari jumaat, hari terakhir iaitu hari kiamat juga pada hari jumaat. memang Allah itu maha Agung!

suasana sangat-sangat tenang, nyaman, sejuk sedangkan beberapa hari sebelum ni kita mengalami panas yang tersangatlah panas tiba-tiba pada kelahiran Nabi Muhammad suasana berubah seketika.

oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berselawat kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. semoga kita dapat mempelajari segala sifat-sifat terpuji baginda.


day: friday
date: 26/02/2010
time: 6.42pm
venue: at home

2 comments:

  1. salam maulisudrrasul juge epa :) sama2 lah kita berselawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W :)

    ReplyDelete