kenapa zaman sekarang putus tunang boleh buat duit?

hah, kenapa ye? kalau putus tunang mesti ada saman-saman. kenapa perlu saman? macam tunang kena paksa je. tanpa kerelaan hati. punyalah tak best. tuntutan saman tu pula kadang-kadang macam tak logik je. ada 1 kes masing-masing dalam 1 negeri yang kecil tapi minta tuntutan sampai rm3k sebab ulang alik je dari rumah masing-masing.

owh, sampai sekarang masih tidak faham. minta simpang lah benda tu jauh-jauh. sebab tu i rasa mungkin dorang ada muslihat kan? ada udang disebalik mee kan? sebenarnya nak buat duit je. yelah, pulangan kalau putus tunang sampai beratus ribu siapa tak nak kan? tapi tak baiklah macam tu. nampak sangat buruk siku. hah, pergi check siku dorang tu, mesti menggerutu kan? minta balik sampai berjuta-juta. huhu.

antara petikan berita putus tunang from Berita Harian Online

Kes tuntutan ganti rugi putus tunang hampir RM1 juta selesai

SHAH ALAM: Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta yang difailkan seorang pengarah syarikat terhadap bekas tunangnya, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini selesai selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik berdasarkan terma yang dipersetujui.


Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 54, memberitahu mahkamah terma yang dipersetujui anak guamnya dan defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, termasuklah, anak guamnya bersetuju menerima RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan terhadap tuntutan itu.

"Wang itu akan dibayar kepada Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari daripada tempoh pembeli hartanah sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya, dan/atau peguam wang pertaruhan pembeli hartanah itu membayar baki jualan hartanah itu kepada defendan.

"Plaintif (Mohamad Fahizul) akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah itu dalam tempoh tiga hari selepas perintah meterai mahkamah diperolehi dan kedua-dua pihak, termasuklah wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada mengganggu antara satu sama lain dan keluarga serta rakan masing-masing selepas ini," katanya.

Azmi berkata, kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kes hadanah (penjagaan anak) di antara Nor Daliya dengan bekas suaminya dan mana-mana pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah boleh diambil tindakan menghina mahkamah.

Beliau berkata, Mohamad Fahizul dan Nor Daliya turut bersetuju untuk tidak membuat tuntutan terhadap satu sama lain, sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil selepas ini melainkan terhadap pelanggaran perintah mahkamah itu.

Peguam syarie, Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Nor Daliya kemudian mengesahkan tujuh terma yang dibacakan oleh Azmi kepada mahkamah.

Selepas mendapatkan pengesahan daripada Mohamad Fahizul dan Nor Daliya dan membacakan semula terma itu, Hakim Syarie Mohammad Adib Husain kemudian mengesahkan dan menjadikannya satu perintah.

Mohamad Fahizul sebelum ini memfailkan tuntutan ganti rugi kewangan akibat putus tunang dengan Nor Daliya, seorang pegawai bank sebanyak RM871,186.57, ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 selaras dengan Seksyen 15, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 selain meminta defendan melepaskan hasil jualan rumah teres dua setengah tingkat itu kepada beliau, kos guaman dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun, pada 8 Julai tahun lalu, Nor Daliya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Mohamad Fahizul dengan alasan antaranya, segala wang dan hadiah pemberian plaintif diberikan kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu semasa proses "pikat-memikat". - Bernama


5 comments:

  1. nek tkowt nk kawen pown ada.. eshk23
    (err.. sy ni.. calon pown xde, byk bunyik lak)

    hhehe, meh tlg click link jutawanclick kat blog sy..
    hehe thnkssss

    ReplyDelete
  2. rujuk berita :
    laki = 54 tahun
    pempuan = 35
    rasenya kalau laki tu sengkek punye orang, takde mana pempuan ndak lah!

    kes saman bile putus tunang ni pernah mak aku bincangkan, dia pun kata, kalau terjadi kat aku pun, mak aku nak saman laki tu (kalau bukan salah aku la)
    woooo....sekarang zaman main duit eh?
    sebenarnya benda2 macam ni ade bagus dan tak bagusnya. yang bagusnya, supaya sesiapa yang bertunang tu biarlah serius, bukan main suke suki je nak putuskan. kalau kena yang dah siap prepare barang2 kawin, kad kawin dah jalan, tetiba putus tunang? hah? cemana? malu, duit habis, etc etc la....

    yang tak bagusnya, takut kalau ade yang teraniaya pulak...

    ReplyDelete
  3. sebenarnya, fahizul bukanlah heran sgt dgn tuntutan tu. dia ambil tindakan untuk buat tuntutan bila dapat tau dia kena tipu hidup2 dek daliya tu, sebab nak bagi pengajaran kat minah senget tu. lepas ni kita tgk pulak perebutan hak penjagaan anak antara daliya dengan bekas suami dia. harapan untuk dia menang pun sangat tipis. itulah dia kalau orang kampung kene culture shock. ;)

    ReplyDelete
  4. macam tu ke citernya....
    ni kira memang jenis pempuan tarah la ek (bukan kikis lagi...)

    ReplyDelete
  5. mungkin saudari tak pernah merasai pertunangan yg bermasalah kot...,
    mcm mana klu pihak lelaki yg beria2 nak bertunang..,skali jumpa permpuan lain..blah gitu je..
    sy mengalaminya..n alhamdulillah..ketika pertunangan keluarga sy awal2 sudah letak syarat2 utk byr sgala kos sekiranya diputuskan oleh pihak lelaki..,

    mungkin 1day saudari boleh gunankan undang2 nie bila kawan saudari,saudara atau sesiapa yg senasib dgn sy..

    sy doakan supaya saudari tak merasai apa yg saya lalui...perit..tp terpaksa hadapi..
    btwy,undang2 kita benarkan utk menyaman pertunangan putus tanpa sebab


    Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan 'jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.'

    ReplyDelete