manusia bertopengkan syaitan, kes dera kanak-kanak paling tragis di selangor

kredit to Google Image

masyallah. mengucap panjang i tengok berita utama kat tv3 tadi. budak 3 tahun disepak terajang, pijak-pijak dengan kasut bola. bodoh bangang! budak 3 tahun tahu apa bodoh? nama je manusia ada akal fikiran. tapi perangai kalah binatang! binatang pun sayang anak tahu tak? orang lain punya lah susah nak dapat anak, bertahun-tahun tunggu, dorang ada anak buat anak tuh macam bola!

Ya Allah, apalah daya anak sekecil arwah adik safiyah nak menghalang kudrat lelaki dewasa. anak kecil di pijak-pijak dipadang bola. dengan kasut bola yang tajam tuh. sampai rosak buat pinggang, otak dia cedera. begitu berat penderitaan adik sekecil itu. mak dia pula mengandung anak luar nikah. astaga! ada benda yang tak kena dengan perihal keluarga mereka.

i doakan siapa yang berbuat demikian akan dapat balasan yang setimpalnya di dunia dan akhirat. anak itu anugerah dan tanggungjawab ibubapa. nanti kene soal di akhirat taw tak? sedih, geram, bercampur-campur perasaan sekarang ni.

dengan mak dia sekali i geram! bila anak dah meninggal baru nak sedih pengsan-pengsan. takkan tak tau anak tuh dah kene dera sejak dari dulu. boleh dibiarkan saja. hanya manusia yang tak berperikemanusian akan buat macam tu.

Al-Fatihah buat adik safiyah! semoga rohnya tenang dan damai berada di sana. amin.

salam maulidur rasul

salam maulidur rasul kepada semua!

niat di hati nak tulis pendek-pendek saja entri kali ni tapi macam tak berapa best kalau tak celoteh dalam blogku tersayang ni kan? cewah, sayang lah sangat.

by the way, hari ini hari jumaat, 12 rabiulawal 1431 hijrah. tema maulidur rasul untuk tahun ni ialah 'Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah' tapi untuk tahun ni i dapat rasakan maulidur rasul kali ni sangat bermakna sebab ianya jatuh pada hari jumaat penghulu segala hari.

kalau kita sedia maklum, Nabi Muhammad kesayangan kita semua diputrakan pada tarikh ni pada hari jumaat, Nabi kesayangan kita meninggalkan ummatnya pada hari jumaat, hari terakhir iaitu hari kiamat juga pada hari jumaat. memang Allah itu maha Agung!

suasana sangat-sangat tenang, nyaman, sejuk sedangkan beberapa hari sebelum ni kita mengalami panas yang tersangatlah panas tiba-tiba pada kelahiran Nabi Muhammad suasana berubah seketika.

oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berselawat kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. semoga kita dapat mempelajari segala sifat-sifat terpuji baginda.


day: friday
date: 26/02/2010
time: 6.42pm
venue: at home

nuffnang turns 3, dear


tadi masa blogwalking, sambil-sambil nak klik nuffnang, i singgah sebentar kat nuffnang website konon-konon nak check earning lah. huh, minggu ni traffic agak low lah. tak taw kenapa. i kurang tinggal jejak kot.

tak pelah, bukan nak cerita pasal tu, nak cerita pasal nuffnang nak sambut birthday dia yang ke 3!! happy birthday to nuffnang!! nanti kasilah banyak-banyak buffered kat saya lagi ye? sayanggg nuffnang. haha mentang-mentang nuffnang kasi duit, kalau tak kasi, tak kuasa i nak layan-layan ni.

semoga nuffnang akan naikkan earning per click tinggi-tinggi dan besar punya!! hah, merepek dah i ni. pada kawan-kawan yang tak join nuffnang lagi, jangan segan silu nak kikis duit nuffnang ye? majulah blog kerana nuffnang. hehe

kalau mak dah pesan, jangan cari jejaka lombok ok?

sebenarnya i tak ada idea nak tulis pe. haha. hari ni khamis. besok cuti!!! yahooo... suke lebih-lebih sangat aku ni. nanti sabtu kene kerja. padan muka. nasib baik half day je. sebenarnya banyak bende yang aku nak cerita, kat office ada jek idea. balik rumah pandang cik lappy terus blur. kecian kan kat i? konon-konon nak update blog kat office, tapi bila pandang je kerja terus batal niat. bukan sambung buat kerja, i suke surf dan blogwalking je. seronok baca cerita orang. konon-konon nak amik ilham(puan finie, sy tidak amik anak kamu ilham tu ye? haha), last-last sampai ke petang i tak buat kerja.


hah, lupa nak cerita minggu ni dah masuk 1 bulan i praktikal kat sini. so far oklah, tapi kadang-kadang tak ada kerja i bosan gila. bos i pulak macam tak berapa kasi pergi site. mama i lagi la tak kasi. kalau cerita pasal gadis malaysia lari dengan jejaka lombok tu, mesti kene batang idung i ni. ada ke patut mama i sound jangan cari jejaka lombok. peh, mama i tak tahu anak dia ni high taste. sebab tu tak ada bf lagi sampai sekarang. haha, kidding. isk takut gak wei, mana tahu dorang tuh ada ubat guna-guna ke pe kan?


tapi kan jejaka malaysia tak heran bin ajaib ke pasal pelah anak dara malaysia ni suka lah sesangat dengan jejaka lombok. adakah sebab pengaruh sinetron yang berleluasa dalam media masa? banyak artis-artis indon sekarang kat malaysia. nak kate jejaka lombok handsome macam jejaka dalam sinetron, tak ada la pun. jauh panggang dari api kan? kalau i la jadi jejaka malaysia, mesti rasa marah tercabar bengang, padahal aku ni 10 kali handsome dari depa!


huh. emo di situ. hari tuh jugak i baca, kononnya jejaka indon ni SANGAT RAJIN DAN BAIK HATI OK? huh, jejaka malaysia SANGAT MALAS DAN TIDAK SERIUS KOT? jawab jangan tak jawab jejaka-jejaka malaysia sekalian...

kredit to yahoo! image aka flickr.com

oh, Adam lambert BUKAN dari Lombok ok! sepak kang sape yang cakap. sebenarnya, i tengah ADDICTED dengan beliau!! beliau sangat GOJES!!! oh, jatuh tangga sayer. tak percaya tengok videoclip 'For Your Entertainment'. walaupun adam GAY!! tapi adik epa tetap suka pada anda! hahaha. lantaklah orang nak kate u ape, tapi harap-harap u berubah la k? sebab sangat rugi o0o tidak ikut jalan lurus taw! harap-harap adam faham maksud i dan juga faham BM :p

kalau hidup tak ada berkat, nak buat hidup kan?


keberkatan... hah, mesti korang semua pernah tengok cerita dunia baru yang mana mak mohd adip selalu membebal pasal keberkatan dalam hidup kan? so, mesti semua hamba yang hidup dalam muka bumi ni, mesti nak dapat keberkatan dalam hidup kan? bukan saja hidup di dunia tapi hidup di akhirat juga. bila hidup kita berkat, apa jua pekerjaan dan perbuatan atau permasalahan, kita dapat selesaikan dengan mudah. yakni dengan bantuan dari Allah, Insyallah.

baru-baru ni mama i ada forwardkan email beberapa kisah tauladan zaman moden. kemungkinan true story. so, i ingat nak letakkan dalam blog supaya dapat berkongsi dengan rakan-rakan alam maya sekalian. moga-moga dapat beri panduan serta membuatkan kita terfikir sejenak tentang apa matlamat dalam kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

untuk kisah pertama dan kedua mengenai keberkatan dalam hidup.

Kisah 1-
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.

6. Suka menolong orang Dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.


Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberktan hidup. semoga cerita tersebut dapat memberi pedoman lantas mengubah sikap dan sifat kearah kebaikan.

triolicious collection ada item baru. mari-mari cik adik, sebelum terlambat

shawl jaring


shawl abstract



shawl pashmina yuna



hah, promotion sekali lagi. Triolicious Collection ada upload item baru. so kepada gadis-gadis cantik di luar sana, jangan ketinggalan untuk bershopping kat Triolicious Collection. pasti korang akan terpesona dan nampak anggun sentiasa. fashion terbaru hanyalah di sini. jangan ketinggalan, nanti menyesal pula. harga? tak mahal dan berpatutan. cepat-cepat.


cara-cara nak berblog dengan bijak

hari itu mr Syah ada tanya i macam mana nak buat duit dengan blog? sebenarnya tak adalah buat duit yang terlampau-lampau banyaknya dengan blog. takat boleh guna untuk tampung sikit-sikit belanja boleh lah. sebab i mula berblog ni pun bukan sebab duit. just mahu berkongsi kisah hidup, tips atau apa saja dengan sesiapa. kira macam diari juga lah. tapi virtual diari. so bila dah makin lama jadi pengguna tegar dengan blog tak salah rasanya buat passive income dalam hidup kan? tapi janganlah terlampau nak kejar duit yang tak seberapa tu sampai hilang value atau rasa blog tu sebenarnya.

so ada banyak cara kita boleh buat duit dengan blog. yang paling senang dengan adanya iklan. iklan ni boleh kita buat sendiri based on syarat yang kita sendiri tetapkan. normalnya blog yang high traffic baru pengiklan sudi nak iklankan produk mereka. ataupun boleh pilih dari syarikat pengiklan yang jadi orang tengah untuk semua jenis iklan yang besar-besar. macam i pilih nuffnang. ada macam-macam pengiklan seperti ni macam google ads, adverts, dan yang terbaru innity. so korang boleh pilih lah yang mana korang rasa paling sesuai dengan citarasa korang sebab iklan mereka berbeza antara satu sama lain. ada yang dibayar dengan RM atau USD.

disebabkan i selesa dengan nuffnang, so nanti i ajarkan macam mana nak letak ads nuffnang dalam blog korang. atau pun korang boleh belajar sendiri dalam website nuffnang segala tips, macam mana nak highkan traffic, kiraan amount per click, buffered earning, advertorial dan macam-macam lagi lah. tapi perlu korang ingat, iklan-iklan ni bukan kita boleh dapat duit banyak dengan cepat. so kene ada tahap kesabaran tinggi juga.

so harap tips yang i bagi ni boleh dijadikan panduan untuk siapa-siapa yang baru nak mula blog ataupun earning duit dari blog. tapi i bukanlah pro sangat sebab nuffnang belum bagi advertorial kat i. kalau setakat buffered earning tu sekarang ada 5 jenis. mungkin sebab traffic i belum cukup layak nak dapat advertorial kan? sebab advertorial itu kita boleh dapat earning yang agak masyuk juga lah. okaylah selamat mencuba!

Triolicious Collection

tudung syria

kain pasang japanese cotton

for those yang tercari-cari shawl, kain pasang, tudung syria, bolehlah jenguk blogshop i. blogshop sudah update collection-collection terbaru dengan harga yang sangat berpatutan. kualiti semua terjamin. nantikan juga koleksi terbaru shawl pashmina yuna, shawl abstrak dan shawl jaring

perlu ke Valentine's day dalam hidup kita?


i sekarang tengah kesibukan untuk update blogshop i. banyak barang-barang terbaru yang sure membuatkan mata anda rabun untuk memilih. semua berkualiti dan cantik-cantik belaka. apa lagi, singgah la kat TrioLicious Collection sekarang dan buat tempahan sebelum terlambat tau!

hah, hari ini kan 14 february. hari kekasih. tapi kita sebagai orang islam memang tak digalakan menyambut. salah satu sebabnya, ramai yang cakap hari ni hari kejatuhan islam zaman dulu dan kematian paderi. so memang tak ada istilah valentine day dalam kamus hidup i. kita kalau nak tunjuk romantik bukan pada hari 14 feb je kan? hari-hari adalah hari kasih-sayang.

tapi janganlah sampai terover pula takut terbabas dari landasan. haram! kalau ada ikatan sah baru halal okay? lagi-lagi sekarang ni berleluasa kes-kes pembuangan bayi dan terbaru siap dibakar konon-konon nak hapuskan bukti. astaga. dorang ingat boleh lepas ke? dorang tak fikir ke akibat yang akan ditanggung. dahlah buang, bunuh, bakar. kompom-kompom kene hukuman gantung sampai mati. sedih sangat tengok bayi yang tak berdosa dibuat macam tu.

i hari ni hanya duduk kat rumah saja. lagipun orang single mingle ni just lepak-lepak kat rumah tengok tv lagi best. bukan duduk saja tapi kenelah siapkan gambar nak publish dalam blogshop. ni pun masih tak siap lagi. otak blur la plak. tak ada idea. kene buat pelan-pelan ni. okaylah jaga diri semua.

siapa kata jadi blogger tak boleh buat duit hah?


akhirnya!! kini pasti!! hah, jadi anita sarawak taw i ni. punyalah seronok sebab benda yang i nantikan selama 2 bulan tiba juga kat rumah semalam. semalam tengahari pergi lunch dengan mama kat luar, tak sempat balik rumah. mama terus call cakap checkku sudah sampai. miahahaha. tapi tak adalah banyak sangat macam blogger-blogger pro yang lain. my first check. sekarang nuff masih belum boleh cash out. earning naik macam siput sebab jarang online blog kan.
petang semalam pula bos i kasi ang paw. itu seronok macam nak terbang lah. sebab sepanjang 25tahun hidup, inilah first time dapat ang paw. eh pernah dapat la dulu, tapi 2 angka jek. bos kat nandos kasi. bos i ni kasi 3 angka. hahaha. malas nak bgtaw real amount nanti orang kata i berlagak pulak. :p owh, semalam hari sangat-sangat best! murah rezeki. syukur alhamdulilah. belanja mama makan, dapat rezeki pula. tapi nak CNY ni, 2 kali kene saman, 2 kali rezeki masuk. semuanya datang dari Allah. hikmah tu. suruh bayar saman kot. hehe

Best ke kalau ada stalker + merepek meraban

klik untuk pembesaran yang terlampau-lampau


rasa macam artis pulak kalau diri i ada stalker. tipu jek. sebab kadang-kadang i juga suka jadi stalker orang lain. haha. kantoi di situ. maaf! saja lebih suka stalker dari diketahui kewujudan diri i. tapi i halalkan saja stalker i sebab i tahu mungkin stalker itu berminat untuk mengetahui apa yang i buat, makan, dsb. adoi perasan lagi. i tak marah incik/cik stalker. sudi-sudi la singgah. kalau bookmark kan senang. tak perlu google nama i. eh, ini bukan marah, cuma bagi cadangan saja.
hah, apa ni google blog i cari gadis melayu mandi di sunway lagoon? isk isk isk. cara carian tu macam pelik jek. gatai no! nanti i babab siapa punya kerja ni. blog i ni suci tahu! untuk tontonan umum. pergi cari tempat lain. haha. ayat berikut ayat marah okay? i macam konfius dengan ayat sendiri sekarang. kene buka kamus balik. huhu
sekarang tak ada job. bende alah ini pun boleh jadi issu kan? job semua sudah setel. sekarang kene setel job dalam blogging world pula.

Al-fatihah buat blogger Hamiza

Assalamualaikum.


kali ini i nak share kan 1 berita. ini pun dapat tahu dari Baincardin terima kasih lah kasitaw ye? by the way, walaupun i tak sempat singgah ke blog Hamiza sepanjang hidup beliau, i rasa sebagai rakan seblogger kenelah ambil tahu juga. tuan punya blog Hamiza telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad yang lalu 7/2/2010. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. salam takziah juga buat keluarga arwah.


untuk ketahui berita selanjut, boleh singgah di blog beliau. klik disini


nota kaki: walaupun baru pertama kali singgah di blog arwah, i sangat-sangat tertarik dengan isi kandungan blog yang penuh dengan pengajaran. *image from yahoo! image

tunggu lah, REPEAT balik nanti

haha, ayat macam gaduh kan? sekarang memang i sangat-sangatlah busy. tapi hari ini terakhir sebab nak kena close tender today. kena stay back kot. tak tahu berapa lama. habis je kerja ni, i akan repeat semua story mory yang tertinggal. juga klik nuffnang kawan-kawan. tunggu kedatangan cerita terhangat hangit dari i.

oh, beliau sangat gojes kan? haha, gojes??!! lantaklah abang Fahrin Ahmad kan?

nota kaki: Amaran, kalau siapa sakit hati, jantung dsb, jangan baca ini entry.

kenapa warna merah itu nampak sangat menawan hati dan sanubari saya?

dulu masa kecil-kecil memang suka sangat dengan warna merah. sampai lah darjah 6. teruja la sangat. basikal i juga warna merah special request sebab dapat no 1 dalam kelas. itu dulu la. lepas tu i dah stop dengan warna merah. mula la rasa warna purple, pink, kuning dan hijau sangat menawan. tapi sejak awal tahun ini i kembali ke warna asal i. warna merah. banyak pula rasanya benda yang tak sengaja i pilih berwarna merah. yang paling nampak ialah cik merah i la. tapi time tu tak ada teruja sangat pun. sekarang pantang warna merah mesti i pegang dulu. minda macam dah control. haha. salah minda pula. mula dengan heel i warna merah, tiba-tiba terus jadi supporter MU lak tu. i letak kusyen dalam cik merah MU punya. hari tu nyaris nak beli lappy warna merah, tapi amik kaler biru.

dulu yang ini....


sekarang yang ini pula...


last, i trend in n70 warna hitam itu menawan kepada e66 merah elegan. haha. mata i nampak merah saja. macam mana tu.......

blog sudah 1 tahun. tahniah!

sila klik untuk tumbesaran yang cemerlang dan gemilang ye?

baru i perasan yang my blog sudah 1 tahun. happy birthday to my blog! semoga akan sentiasa akan diupdate oleh tuan punya dan tuan punya jangan malas-malas nak jenguk. nanti bersawang susah nak cuci. hehe. kalau ada housekeeping atau maid tak pelah kan. tapi mana cukup kaya nak ada maid sendiri. haha. artis ke? perasan sangat tuan blog ini. okaylah, majulah sukan untuk negara. eh, lama tak guna tagline tu kan? masa sekolah mesti ada. sukan lah sangat. tak ke mana pun. lain la kalau atlet oversea yang dah cukup kaya raya dengan sukan. tettt. terjun laut ni.

mahu update blog tapi masa tunggang-langgang

busy, busy, busy. minggu ini agak terabur jadual i. kene urus semua serba serbi. parent tiada di rumah, memang tersangatlah letih badan ni. macam nak pergi urut saja. kerja kat office pun makin banyak. letih menghadap pc je. broadband kene angkut. habis kerja terus balik rumah settle hal rumah pula. pinggan mangkuk, kain kene cuci. hari ini memang sangat letih sampai tak larat nak masak, angkut adik-adik pergi makan kat luar. okaylah mahu tidur. sekian luahan perasaan untuk minggu yang haru biru.

kepada rakan-rakan nuffnang, minta maaf sebab tak sempat nak balas. nanti i balik hujung minggu ni. promise!

kenapa zaman sekarang putus tunang boleh buat duit?

hah, kenapa ye? kalau putus tunang mesti ada saman-saman. kenapa perlu saman? macam tunang kena paksa je. tanpa kerelaan hati. punyalah tak best. tuntutan saman tu pula kadang-kadang macam tak logik je. ada 1 kes masing-masing dalam 1 negeri yang kecil tapi minta tuntutan sampai rm3k sebab ulang alik je dari rumah masing-masing.

owh, sampai sekarang masih tidak faham. minta simpang lah benda tu jauh-jauh. sebab tu i rasa mungkin dorang ada muslihat kan? ada udang disebalik mee kan? sebenarnya nak buat duit je. yelah, pulangan kalau putus tunang sampai beratus ribu siapa tak nak kan? tapi tak baiklah macam tu. nampak sangat buruk siku. hah, pergi check siku dorang tu, mesti menggerutu kan? minta balik sampai berjuta-juta. huhu.

antara petikan berita putus tunang from Berita Harian Online

Kes tuntutan ganti rugi putus tunang hampir RM1 juta selesai

SHAH ALAM: Kes tuntutan ganti rugi hampir RM1 juta yang difailkan seorang pengarah syarikat terhadap bekas tunangnya, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini selesai selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik berdasarkan terma yang dipersetujui.


Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili plaintif, Mohamad Fahizul Khairi, 54, memberitahu mahkamah terma yang dipersetujui anak guamnya dan defendan, Nor Daliya Mohd Daud, 35, termasuklah, anak guamnya bersetuju menerima RM600,000 sebagai penyelesaian keseluruhan terhadap tuntutan itu.

"Wang itu akan dibayar kepada Tetuan Zukifli Yong Azmi & Co sebagai pemegang wang pertaruhan dalam tempoh tujuh hari daripada tempoh pembeli hartanah sebuah rumah teres dua setengah tingkat di Bandar Utama, Petaling Jaya, dan/atau peguam wang pertaruhan pembeli hartanah itu membayar baki jualan hartanah itu kepada defendan.

"Plaintif (Mohamad Fahizul) akan menarik balik apa-apa perintah tegahan mahupun kaveat terhadap hartanah itu dalam tempoh tiga hari selepas perintah meterai mahkamah diperolehi dan kedua-dua pihak, termasuklah wakil atau ejen masing-masing ditegah daripada mengganggu antara satu sama lain dan keluarga serta rakan masing-masing selepas ini," katanya.

Azmi berkata, kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam kes hadanah (penjagaan anak) di antara Nor Daliya dengan bekas suaminya dan mana-mana pihak yang ingkar daripada mematuhi perintah mahkamah boleh diambil tindakan menghina mahkamah.

Beliau berkata, Mohamad Fahizul dan Nor Daliya turut bersetuju untuk tidak membuat tuntutan terhadap satu sama lain, sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil selepas ini melainkan terhadap pelanggaran perintah mahkamah itu.

Peguam syarie, Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Nor Daliya kemudian mengesahkan tujuh terma yang dibacakan oleh Azmi kepada mahkamah.

Selepas mendapatkan pengesahan daripada Mohamad Fahizul dan Nor Daliya dan membacakan semula terma itu, Hakim Syarie Mohammad Adib Husain kemudian mengesahkan dan menjadikannya satu perintah.

Mohamad Fahizul sebelum ini memfailkan tuntutan ganti rugi kewangan akibat putus tunang dengan Nor Daliya, seorang pegawai bank sebanyak RM871,186.57, ganti rugi keaiban sebanyak RM100,000 selaras dengan Seksyen 15, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 selain meminta defendan melepaskan hasil jualan rumah teres dua setengah tingkat itu kepada beliau, kos guaman dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun, pada 8 Julai tahun lalu, Nor Daliya memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Mohamad Fahizul dengan alasan antaranya, segala wang dan hadiah pemberian plaintif diberikan kepadanya sebelum mereka bertunang iaitu semasa proses "pikat-memikat". - Bernama