site inspection klinik kesihatan bandar seri putra bangi

hari jumaat yang lepas, bos i dan supervisor i bawa i pergi site dekat Bandar Seri Putra, Bangi. akhirnya mereka bawa juga i pergi site. teringin nak pergi site dekat senawang projek jalan, tapi tak tahu bila. projek kat bangi ni sudah 80% siap. so i tak dapat lah nak tengok dari mula projek start. kebetulan mereka pergi sebab ada site inspection. orang JKR juga datang nak inspect sebab ini projek kerajaan. buat klinik kesihatan under projek government. so far yang i tengok company ini memang selalu dapat projek government. cuak juga masa mula-mula datang. hehe. bajet tak pernah masuk site je kan? datang sini barulah i kenal dengan staff-staff butsb yang lain. engineer kat situ ingat i budak QS jek.

yang paling teruja i kat sana, workers kat sana siap bela ayam. gamaknya senang kot kalau dorang nak makan. tangkap sembelih jek. hehe. nasib baik kat sana tak hujan walaupun masa sampai kat situ langit already gelap gelita. inilah sedikit gambar yang i tangkap. ini pun ambil curi-curi je sebab segan nak nampak sangat teruja datang site. hahaha


gambar kat atas ni kawasan office klinik lah.


yang ini pula area kuarters. itu kuarters 5 tingkat yang i sibuk isi BQ dia. lagi satu blok tak nampak pula.


ini pula kat dalam office klinik tu. sekarang dorang tengah sibuk pasang furniture segala bagai.


hah, gambar curi dari belakang. hehe. diri sendiri segan nak ambil gambar sendiri. dari kiri miss chai, supervisor i, orang JKR, hujung sekali engineer kat situ.


kitorang bertolak dari office kat shah alam dalam pukul 3 sampai kat sana dalam pukul 4 lebih. pukul 5 sudah gerak pulang. sampai rumah pukul 6 sebab singgah bank dulu bank i duit kat cousin. mama i siap tegur hah, engineer dah balik kerja. huhu

3 comments:

  1. huh.. bela ayam ek... ni ayam camne neh.. ayam import ke ayam tempatan..

    ReplyDelete
  2. la awat hang tak mai rumah ceq? rumah ceq area situ ja..
    depan sikit lg dr site klinik tu..
    huhuhu..:)

    ReplyDelete