siapa pernah buat kitar semula di rumah?


hari ini mata i teruja tengok Environment Management Plan yang ada kat office ni. dulu masa belajar (haha, bajet lama la tinggal belajar), lecturer ada ajar sedikit masa subjek Environmental Management. so far yang i faham, bila kita mula buat pembangunan, kita kene consider segala macam impact terhadap alam sekitar. sebab kalau tak dikawal, of course pencemaran bertambah teruk. sekarang pun malaysia dalam kategori negara membangun. apa-apa pun semua pihak kenelah bersama-sama jaga alam sekitar kita. hari tu i ada terbaca segala waste yang kita buang setiap hari untuk tahun lepas sudah hampir sama tinggi dengan KLCC tau! OMG! sebab itulah kerajaan kita sangat galakan untuk kitar semula. by the way, famili i memang mengamalkan program kita semula. just food waste saja tak dijalankan. tapi sebenarnya sebab adik i lelaki tu suka collect duit dari kitar semula tu saja. haha. padahal tak banyak mana pun. janji ada inisiatif untuk buat.

so, berbalik topic kat atas tu, bila construction nak buat, benda-benda yang paling mustahak adalah environment. ada 2 jenis. satu dikenali EMP iaitu Environment Management Plan dan lagi satu EIA iaitu Envirnment Impact Assessement. EMP biasanya untuk projek kecil-kecil dan EIA untuk project besar. report dia sangat-sangatlah tebal. consider semua jenis pencemaran termasuk Air pollution, Water pollution, Noise pollution, traffic flow etc. setiap bulan pihak-pihak dari Jabatan Alam Sekitar akan buat inspection di tapak projek. kalau siapa nak tahu lebih lanjut, boleh cari detail guna pakcik G o o g l e

2 comments:

  1. baju yang lama...aku bagi adik aku lak pakai.
    kira recycle lah gak kan kan kan kan .hhe

    ReplyDelete