sepetang di Fraser's Hill

semalam pagi-pagi mama i kejut bangun, katanya nak pergi mandi sungai. dengan muka mamai penuh air liur basi, hehe terpinga-pinga ajak pi mandi sungai? heran betul. suka ajak terkejut2 cam gini. mama cakap nak pi ampang pecah kat kuala kubu baru. owh, suka la time tuh pasai tak pernah pegi kuala kubu baru. teringin nak pi tengok. i terus la bangun nak tolong mama i prepare makanan and apa-apa yg patut. ringkas saja. dalam kul 9lebih kitorang gerak tanpa ditemani angah pasal dia kerja. kesian. haha. kitorang adik-beradik bersiap macam siput sedut, sebab nak tunggu abah gi isi aircon van dulu.


sampai kat RNR rawang, singgah makan pagi. i mati-mati ingat makan berkelah kat situ. haha. mamai lagi kot.


barisan belakang sekali, mestilah gadis-gadis paling vogue kan kan??


lepas dah sampai kuala kubu baru, sekali entah apa yang panah kepala abah, dia ajak pi bukit fraser. i tengok signboard bukit fraser tuh dalam 40km dari pekan kkb tu. heran gak, dekat aje kkb dengan bukit fraser. mama i dah bising-bising bincang pegi tempat lain, tempat lain kita tuju. haha. i dalam hati melonjak gumbira la pasal lama gila tak pergi sana. seingat i lah, last pergi masa sekolah rendah. adik-adik i yang kecik tuh pun tak lahir lagi kot. yuhuuu, lompat katak la time tu.

see, on the way dari kkb ke fraser's hill akan lalu kawasan empangan sungai selangor. besar punya!!! masa lalu situ teruja tahap beruk la. hehe. i pun terus teringat cerita i'm not single buat penggambaran lalu jalan yang sama lah. jalan dia memang cantik la, highway kot. sekali lalu jalan bengkang bengkok i dah tak leh handle! jalan dia memang macam ular sawa lah. pening gila. macam nak terkeluar isi peerut. jauh lak tuh. but masa balik i dah kira, lebih kurang 1 jam dari fraser's hill ke empangan tuh tadi. pergi je rasa lama sebab nak kene daki bukit sikit kan.


gambar berikut semua gambar masa kat fraser's hill.



masa ni kitorang pergi mandi air terjun jeriau. dalam 3 km dari pekan fraser's hill tu. tempat best. air dia sejuk sangat, but fraser's hill dah tak sejuk macam masa i kecik-kecik dulu. so0o0 sad kan?





habis je mandi kat sana, apa lagi, sesi bergambar sampai lebam lah. kami jelajah 1 fraser's hill tu. tak adalah besar sangat tempat dia. kecik saja. so 1 hari cukup untuk jelajah. kat atas sana ada 1 padang golf. maybe orang datang sana maen golf sekali kot. sementara tunggu jalan nak dibukak balik sebab nak naik fraser's hill ada time dia. jalan hanya 1 way. so kene ikut turn untuk naik dan turun.








dalam pukul 6 gate bukak, terus kitorang gerak balik. sampai pekan kkb dah magrib. sampai shah alam dalam pukul 9. terus mandi tido sampai tak sedar diri pagi tadi. haha. yang penting best sangat dapat pergi sana.



notakaki: i online guna lappy mama sebab adapter yang baru beli bulan 11 hari tu tak menyala. bengang ni. nak online susah. besok i nak pergi kedai tu baliik. kuang asam. btw, sedara i datang dari perlis ada kat rumah sebab besok mahu pergi register kat uitm shah alam. dorang dah start belajar. unisel bulan 1 baru start. lambat lagi. 2minggu berada kat rumah.

No comments:

Post a Comment