seminggu berlalu

muka cik di atas pasrah kene kerja hari sabtu. haha. by the way, i sangat enjoy dengan internship ini.

Assalamualaikum WBT. apa khabar semua blogger? sehat? so, mesti hari ahad macam ni ramai yang keluar lepak-lepak pergi shopping kan? i duduk saja di rumah sambil menikmati petang ahad yang tengah hujan. seronok kalau tidur ni. i pula malas nak keluar. rasa penat still tak hilang lagi. besok sudah start minggu baru untuk minggu ke dua i praktikal. i nak update story untuk minggu pertama i start internship.

hari isnin memang malam itu i flat gila-gila. mana tak nya, i tak boleh tidur. pukul 1 baru dapat lelap, then pukul 5 i sudah terjaga. excited kut sampai tak boleh tidur. hehe. pergi office awal sebab nak elak jem kat area rumah i. pukul 7 dah gerak. lepak kat office mama i dulu. office i masuk pukul 8.30 pagi. pukul 8 i sudah gerak dari office mama i sampai dalam pukul 8.25. masa masuk office lama juga i tunggu dorang. masa mula-mula masuk sudah ada kerja. i dapat supervisor perempuan cina. sangat baik tau! peramah gila. dari mula-mula ada perasaan tak seronok akhirnya seronok sebab semua staff baik-baik belaka. tepat pukul 5 i terus cabut balik rumah. malam tu tidur awal sangat. huhu

okaylah, so far hari selasa sampai jumaat i settle kan job task yang supervisor i bagi. i duduk depan pc saja. kadang-kadang tensen jugak. i rasa nak kerja site pun ada. hehe. tengoklah nanti sebab tugas i banyak duduk office kot. site banyak staff lelaki. harap mereka rajin nak bawa i pergi site nanti. yelah, nak rasa suasana site pula. company ini tengah handle 2 project. satu site kat bangi, lagi satu kat seremban. so masing-masing memang tengah busy. i pun ikut busy juga. perlu tolong mereka.

sekarang i sudah pandai sedikit pasal autocad. i kene mahirkan dalam masa terdekat ni. jenuh kalau tak tahu. kang kene marah dengan bos lak. takutt. haha. semalam untuk pertama kali i kene edit drawing guna autocad. hah, time tu terkontang kanting nak edit. bos tak marah pun nasib baik beliau ajar i. haha. menyesal tak belajar dari dulu. sekarang kene lah belajar sendiri. tapi kalau setakat nak edit drawing i dah terer dah. kene belajar nak lukis pula.

untuk pengetahuan, setiap sabtu i akan kerja except sabtu 1st week. boring jugak. tapi nasib baik i jarang keluar. so manfaatlah cuti sabtu dengan kerja kan. kemungkinan hari selasa ni i nak pergi site dengan supervisor. yey! suka lah. so, tengok lah macam mana pengalaman 1st time masuk site kat bangi tu.

tengok my workspace. tu hah, BQ untuk project site kat bangi. kene redo balik untuk 2 kuarters. tak settle lagi tu.

2 comments:

  1. salam di angin lalu..

    saya pun lepak2 aje kat rumah..tunggu emas jatuh dari langit..hehe

    ReplyDelete