myspace, ruangku


saat-saat terakhir sebelum says bye bye kat myspace ku. akhirnya secara peringkat by peringkat i delete all the data sebab mana tahu i mungkin akan ubah fikiran untuk menarik kembali keputusan i. tapi nampaknya kali ini i nekad. delete saja lah. sebab susah nak managed banyak-banyak akuan dan gambar i yang akan berterabur. jangan tak percaya, semua jenis spesis myspace, friendster, tagged, hi5 dan lain-lain i mesti ada. mungkin sebab usia pun dah meningkat, pandai fikir dah kot. lepas itu, i jumpa belog yang sangat-sangat in dengan jiwa i membuatkan i yakinkan diri sambil pujuk diri. makan masa berbulan juga tahu? sampai ada rakan pujuk jangan delete akuan itu. sorry lah, myspace tidak lagi menjadi in dalam hidupku. bukan apa, ramai sangat add sampai i tak kenal mereka. lagi 1, ramai sangat adik-adik bersekolah add i. mungkin mereka terlalu excited untuk berlawan siapa yang ada lagi ramai friend-list kan? i faham. tapi i tak boleh ikut. selamat tinggal myspace ku. since 2004-2010. 6tahun? banyak kenangan pahit manis dan juga ramai kawan-kawan yang i kenal dengan cara ini. dont worry, walaupun i tidak ada di sana, anda tidak akan i lupakan. mungkin friendster akan ikut jejak langkah myspace, siapa tahu kan? i sekarang hanya cinta gila terhadap belog ini dan juga facebook. cari saja i di sana okay?

No comments:

Post a Comment