internship, bersedia atau tidak?


kalau buat contdown boleh? oh, sangat teruja sebenarnya. hehe. hari ini hari jumaat. minggu terakhir untuk i bersenang lenang di rumah. tinggal 2 hari sebelum i memulakan latihan industri hari isnin ni. sangat sangat sangat teruja. yelah, first time i buat internship. masa diploma dulu tak pernah masuk dalam sylibus pun internship ni. hanya ada final year project. time tu, rasa diri macam tak layak dan bersedia untuk ke alam pekerjaan. now, sangat bersedia! oh, entri kali ini banyak menggunakan ayat SANGAT. nampak excited kan? doakanlah i berjaya harungi alam internship ini. nanti nak kene sediakan report LI dan juga perlu isi log book. kasi warna warni sedikit. biar teruja supervisor. siapa lah lecturer yang akan datang tengok LI i kan? semua dah fikir.

hah, first day nak pakai baju apa ye? baju kurung atau kemeja? nanti amik gambar first day LI. by the way. i akan praktikal di Bina Utama Timur Sdn Bhd. office nya terletak di section 13. sederet dengan klinik umra dan kedai kain. haha. kalau i hilang sila cari di kedai kain okay? dekat saja. 15 minit dari rumah. mungkin menjelang tengahari i akan pulang makan di rumah. mama sudah pesan bangun awal pagi untuk siapkan makan tengahari. site mereka ada di seremban dan bangi. but tak sure samaada turun site or tidak. mungkin turun tapi tak tahu bila.

ramai kawan-kawan lain sudah mula berpraktikal. hari-hari i check website BCI untuk tengok siapa kawan yang dah mula hantar report duty form. form itu akan hantar dalam masa first week kita start. hehe. teruja kan? good luck la kat kawan-kawan yang dah mula LI terutama cik bear. i dan cik hawe start isnin ni. yey, kerja kerja kerja. nanti dah kerja, sibuk nak belajar pula kan? haha


image from Google Image

2 comments:

  1. hurm tau tak pew..
    ble dah start teja windu plak nk studi..
    gud luck oke untuk first day nnt..

    ReplyDelete