indah, penat, peluh-peluh

tadi, i bangun agak awal juga lah, sebab bersemangat mahu check result untuk semester lepas. lagi satu sebab kelmarin dapat 'surat cinta' daripada TNB mengenai 'blackout' dari pagi sampai la ke maghrib nanti. tapi result masih tak keluar. dalam pukul 10 lebih member message tanya result, kelam kabut i masuk website unisel, agak berjanggut tunggu loading result, akhirnya.....

sila click untuk besar punya

i lulus dengan cemerlang gemilang terbilang. agak kembang kucup bila tengok resullt tadi. naik juga pointer i, setelah bersusah payah, pahit getir pengorbanan, haha. dengan muka cuak tak ingat lepas jawab exam. lecturer pula buat muka relax siap cakap, awak tak payah amik 3rd test. markah tinggi, fuyoh! subjek repeat tuh, mana i tak cuak secuak-cuaknya. suka, suka, suka!

ALHAMDULILAH, SYUKUR!

disebabkan juga i terlalu teruja, bajet result 3 pointer je. hehe. tak apa, sikit saja lagi. go for L.I pula. mahu grad dengan 3 pointer, tambah azam ni boleh? i kena yakin boleh! SEMANGAT!! lagi satu sebab rumah ketiadaan elektrik, i terus bersiap nak pergi hantar adik bujang i masuk form1. lepas settle semua, balik rumah makan dulu then baru pergi unisel seksyen 7 nak bayar yuran pendaftaran semester akhir.

banyak berjalan dan berpeluh hari ini. rimas juga. tambah dekat rumah tak ada letrik, terus ajak adik i pergi sacc mall sebab nak merasa aircon mereka yang agak kuat bila hari weekdays. kaki pun terus melangkah pergi plaza alam sentral. naik sampai tingkat 4, terus melepak makan sizzling mee(time kaseh kat cik yah banje i) sebab kelaparan tahap dewa. dalam pukul 5 lebih, mama sudah call bising suruh balik, sampai rumah terus elektrik wujud semula. haha.

so, kesimpulan cerita hari ini, hari yang cukup indah, penat, peluh-peluh.

okaylah, nak tidur dengan nyenyak dan mimpi indah-indah belaka.

6 comments: