eh, apa jiwang-jiwang ni? perlu ke?

apa nak cerita ye? petang-petang macam gini rasa mengantok tahap dewa kan? nak tidur tapi macam malas. hai, M besar sekarang makin menjadi-jadi. okaylah. i nak share beberapa ayat yang menarik ataupun marilah kita berjiwang petang-petang ni. selalu orang jiwang malam-malam, kali ni i buat lain pula.

bagi siapa yang pernah tengok cerita syurga cinta, mesti akan tahu cerita tu banyak beri pengajaran dan pedoman untuk kita. memang boleh diberi 8/10. i tak pernah jumpa lagi cerita malaysia yang macam tu. lain dari yang lain. so, dalam cerita tu banyak ayat-ayat yang boleh bagi pengajaran dan boleh buat kita fikir 2 3 kali tentang perjalanan kita selama hidup di muka bumi ni. antaranya ayat-ayat yang menjadi pilihan i,


Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari DIA datangkan petir dan kilat Kita tertanya-tanya Kemana hilangnya matahari? Rupa-rupanya ALLAH memberikan kita pelangi

part ini syuhadah(Heliza af) cakapkan kat irham (Awal Ashaari) masa teman ikmal (haziq tom-tom bak) main RC.


Jodoh kita telah ditentukan oleh Tuhan
Kita sebagai hamba-NYA perlu berusaha dan bertawakal Agar mendapat jodoh yang disengani oleh ALLAH Insyallah...

part ini, syuhadah cakap kat irham juga. masa bila, lupe..


Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca yang sukar disentuh, hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya

yang ini atok syuhadah bagi pesanan kat syuhadah. my favourite one!


Jika seseorang itu hadir dalam hidupku dan menjadi sebahagian daripadaku, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih.
Terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanku. Jadi saya redha

part ni masa irham tanya syuhadah mengenai cinta dan dikecewakan


Cinta dan hati saya hanya untuk orang yang benar-benar ikhlas menerima saya bukan untuk dipersendakan...

yang ni pula masa irham datang pujuk syuhadah lepas syuhadah dikecewakan oleh irham


Jodoh terbahagi kepada 3...
Jodoh dari syaitan-Kamu berjumpa dan bercinta, lantas berpegangan tangan dan akhirnya Syuhadah mengandung, baru kamu berkahwin.

Jodoh dari Jin-Kamu menyukai Syuhadah tetapi Syuhadah tidak, kamu sihirkan dia dan kamu berkahwin.

Jodoh dari ALLAH-Kamu berjumpa, bertentangan mata lantas menusuk ke hati, kamu meminang Syuhadah, dan Syuhadah menerimanya, kamu berkahwin dan berkekalan. Inilah yang dinamakan Syurga Cinta....


ni pula atok syuhadah cakap kat irham masa irham sibuk mencari syuhadah

itulah serba sedikit ayat yang memang i suka la. bagi i cerita ni tak jemu ditonton berulang-kali. i pun dah tengok cerita ni dekat 10 kali. best! syabas untuk ahmad idham berjaya buat cerita ni dengan jayanya. huhu

terima kasih Yahoo! Image

2 comments: