oh bulan

kesian sama i kan? laptop rosak, terpaksa merempat guna laptop orang lain. tapi bila time tuan laptop nak guna terpaksalah bagi. sebab i ni merupakan pengguna tegar, kipas susah mati streamyx. haha. mana tahu streamyx boleh kasi jadi model iklan kan? i tak boleh hidup tanpa internet, laptop, handphone.

handphone sekarang kureng dah. kalau siapa-siapa contact i jarang berangkat sebab i jarang pegang handphone sejak-sejak single ni. letak merata saja. laptop yang i rajin bawa ke hulu ke hilir.

haish, bila lah duit nak jatuh dari langit ni. haha. berangan duit jatuh dari langit?? i sayang betul sama itu laptop. habislah semua gambar kenangan dalam tu. time belajar kat KLIUC, konvo, unisel, thesis i. banyaklah. famili jalan-jalan. i tengah pening dan berbelah bahagi samada nak repair motherboard laptop sebab nak selamatkan data-data dalam tu.

or beli saja laptop baru. tapi i nak semua gambar and data-data dalam tu. macam mana ni. sebab i rasa repair motherboard mahal kot? betul ke? baik beli laptop baru member cakap. tapi kalau beli laptop baru, i rasa macam cool pula tengok orang guna laptop kecik. bila fikir-fikir balik, tengok skrin macam tak puas lah. sebab kecik sangat.


agak envy dengan laptop kecik acer aspire one ni. tapi lepas tengok spec guna intel atom, buat i terfikir balik

lepas tu i rasa intel atom agak tak best lah. slow kot. laju lagi laptop i yang guna intel pentium M lagi. ayoh! complicated pula. ke i saja-saja bagi complicated kot. hehe. ada tak laptop kecik yang guna intel selain intel atom??

i ter-envy dengan laptop acer aspire timeline ni, sebab nipis and boleh tahan bateri for 8 hours! so far i survey, laptop hp paling tahan pun 6 hours. best tu. 8 hours. senang nak surf di tempat yang agak terhad plug. nanti i nak survey harga ni.

i sebenarnya agak kurang dengan laptop acer sebab dulu acer ada problem pasal speaker dia cepat pecah. bunyi tak sedap. laptop i yang rosak guna speaker altec lansing. so, speaker dia memang superb! itu la sebab i agak prefer dengan HP. but now acer dah join dengan Dolby tapi still tak leh tandingi la altec lansing yang memang dah pro sound. i memang macam tu, kalau carik laptop 1st thing i check sound dia.


dulu i suka dengan laptop HP ni. cool gila, boleh pusing and touch screen. tapi bila fikir i just nak guna laptop untuk sampingan or maybe kerja sikit-sikit, takkan nak cari canggih macam gini right? janji boleh install autocad pun okay.

apa-apa tunggu la nanti bulan 2 baru boleh decided kot. last minute pilih yang mana satu. terpaksa lah merempat untuk 1 bulan ni.

4 comments:

  1. yeke??? tula...hp mmg jdk kegilaan....aqilah pakai laptop pe??

    ReplyDelete
  2. haah.. acer ni student2 buat keje sempoi2 ok la.. gamba tu boleh slamatkan ape.. hard disk tak rosak kan? barang kat C n D sume hilang ke?

    ReplyDelete
  3. xrosak rsnye...kene bukak amik harddisk la nnt..buat external aje...cik myra u tukar paki lappy pe now?

    ReplyDelete