betul ke kalau lelaki bermata lentik ada campuran mamak

sebenarnya i tak ada story mahu cerita. tapi tangan rasa gatal nak menaip blog ku tersayang ni. hari ini kerja kat ofis i sudah settle. supervisor i kata nak bagi kerja baru tapi dokumen tender yang latest big bos tak ada lagi. nampaknya besok pagi i relax lah dari sebarang aktiviti. yang tak bestnya broadband i sudah kene bar. nak bayar wang nya tak masuk lagi. kalau tak besok i boleh online kat pc i di ofis. pc i kat ofis tuh masih baru lagi. so tak ada line internet. memang mati kutu lah. tadi i dengar pula, supervisor i masuk ofis lambat sebab ada meeting dengan JKR.

sepatutnya besok i pergi site kat bangi tapi JKR punya orang masih cuti sebab anak dia patah tangan main bola. apa? main bola? memang ganas budak-budak zaman la ni kan? main bola boleh sampai patah tangan, gamaknya kene main PS kot. huhu. tapi supervisor i cakap minggu ni juga kene pergi site inspection. so, maybe paling lewat pun hari khamis. sebenarnya i sangat tidak sabar untuk pergi site. sebab kat site baru i boleh tengok dengan mata kasar. selama ni hanya baca dalam BQ saja. tengok live baru faham.

by the way, i sudah mula terima yang i sudah masuk alam working. best juga kadang-kadang. tapi macam tak ada life pun ada. haha. kene start meniaga balik kut.

condition sekarang i tengah sakit perut. tapi paling tak best petang tadi i orang hancurkan mood i. geramnya. i yang tak tahu hujung pangkal kene serang. siapa tak sakit hati kan? i just nak tolong saja. tak pasal-pasal kene. geram betul. SUMPAH! lepas ni tak mahu tolong lagi dah. please! menyusahkan i. buat benda jahat i pula yang kene. okay, semua sudah settle. full stop!

sekarang tengah tengok Tari Tirana. layanlah sekejap. mata letih juga ni. i tengah tunggu cerita Supernatural. rupa-rupanya dah tukar dari hari ahad ke hari selasa. i bukan ikut sangat cerita dia. cerita memang best tapi hero dia lagi best. haha. cukup-cukuplah cik epa oiii. itu pun kalau mata ni tak terlelap.

itu, sebelah kanan. Dean namanya kalau tak silap lah. mata sangat lawa. lentik gitu

5 comments:

  1. tak juga kot... mcm saya family saya semua lentik2 tapi takde pun..

    ReplyDelete
  2. pe da.. post atas x same dgn isi.. ni la org kate, don't judge content by their title..

    ReplyDelete
  3. tak jugak kak..
    anin neh asyik kena anak mami jer padahal tak pun..
    huhu

    ReplyDelete
  4. mate i lentik gak...bila pakai maskar la...eheheheh

    ReplyDelete