barang sekolah dah prepare ke belum?

waktu sekarang yang tertulis kat lappy mama ialah 5.40pm. parent i keluar pergi cari barang, my sis yang nak sekolah tengah duk kapur kasut sekolah. i baru lepas jahit lencana untuk adik bujang i yang besok nak masuk sekolah menengah tingkatan 1. hoyehh, besok sekolah dah start. i yang tukang seronok untuk adik-adik. depa punyalah tak suka nak sekolah. padan muka. kene sekolah. i dah habis saat-saat masa belajar sampai la ke universiti. adik-adik i sekarang semua dah masuk sekolah menengah. so, nanti adik i sorang ni nak PMR tahun ni. harap-harap dia berjaya lah.

bila i tengok adik-adik i duk tengah siap kelengkapan nak sekolah, teringat masa sekolah dulu. hujung tahun la paling dinantikan. time tu sibuk nak beli pen, pensel, pemadam la, beg sekolah lah, baju, kasut sekolah, macam-macam lah. pastu bila time first time masuk kelas, time tu lah masing-masing akan tunjuk barang kelengkapan. pastu nanti adalah jeles sikit-sikit. haha. seronoklah fikir time tu. indahnya zaman sekolah! dah 8 tahun berlalu.

tak sangka tahun 2010 ni i dah masuk usia jubli perak. 25 tahun. dulu masa umur belasan selalu terfikir, macam mana lah rasa bila umur kita dah start 25 kan? excited la. macam-macam bayangkan. bila dah sampai umur tu, perasaan tu rasa macam biasa. macam tak ada apa-apa berlaku.

hah, diam tak diam lagi 10 tahun kita nak capai 2020. dulu-dulu, cikgu lukisan mesti suruh kita lukis bayangan anda pada zaman 2020. wawasan 2020 kata Dr. M!! masa tu, excited nak tengok lukisan bayangan kawan-kawan. ada yang bayang kereta terbang, rumah terbang, semua canggih la. automatic lah. hehe. so harap impian zaman kanak-kanak kita tu ada yang jadi kenyataan kan?

btw, bila tengok budak-budak zaman sekarang, lain cara dan gaya pemikiran mereka. budak zaman la ni, lagi advance. otak mereka cepat berkembang. sekarang, main internet, play station. dah tak sama macam kita dulu. kanak-kanak 80an-90an. kita banyak jumpa kawan-kawan, main galah panjang, pondok-pondok, nenek kebayan dan paling i minat main kawen-kawen. haha. indahnya! kanak-kanak la ni mana merasa macam kita rasa. main kotor-kotor. jatuh, luka berdarah. semua dah rasa.

bukan maksud i kanak zaman la ni tak best, cuma mereka lebih kepada perkembangan teknologi dan ini buatkan mereka special. okaylah cukup sekadar imbas kembali. budak-budak zaman sekarang ni, kalau tak ada bimbang dan dorongan dari parent or kakak or abang mereka pasti terhanyut.

semalam family i pergi ke times square. agak lama tak ke sana sebenarnya. tapi bukan itu yang i nak cerita. i sedih tengok anak-anak remaja zaman sekarang berpelesaran tak tentu hala kat sana. rupa masing-masing, dengan gaya berfesyen, agak keterlaluan dan nampak pemberontakan dalam diri mereka. sedih sangat, tak akan ini rupa anak bangsa yang diharapkan untuk memimpim negara. kerajaan dah banyak buat macam-macam program untuk mereka, mungkin pendekatan perlu diubah agar dapat dekat dengan mereka. umur, belasah tahun, tapi berpelesaran. hidup kongkong perlu sebenarnya supaya kita tak terpesong.

kadang-kadang ibubapa juga perlu mendekatkan diri dengan anak-anak, anggap mereka sebagai rakan supaya senang nak ceritakan apa-apa masalah. mungkin ramai yang akan kata, cakap senang lah, bukan kene batang hidung sendiri.

bagi i, apa yang penting, pokok pangkalnya, hati. cekalkan hati untuk tempuhi hidup di zaman moden ni kan? so, i harap sangat adik-adik i akan menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara. harap sangat i dapat bagi contoh dan nasihat pada mereka.

notakaki: i dah resize banner blog i, thanks la cakap kecikkan banner sikit. i lupa la nama dia apa. thanks bagi pandangan!!

4 comments:

  1. Kepada cik adik punya adik.. selamat ke sekolah! huhu..

    ReplyDelete
  2. bdak skang kalau nak beli kasut sekolah pn berjam2..
    banyak sgt pilihan..
    haish

    ReplyDelete
  3. dulu jarang beli benda baru tiap kali nek skola...

    ReplyDelete
  4. morpheus and diana: tq, selamat jugakkk

    zack: taw xpe, smlm abis 1 times square tawaf sebab nak cr beg sek jek..tensiii

    aqilah: bagus tu, jimat cermat, budak2 skng bukan nak, tiap2 thn nak tukar baru..huhu

    ReplyDelete