site inspection klinik kesihatan bandar seri putra bangi

hari jumaat yang lepas, bos i dan supervisor i bawa i pergi site dekat Bandar Seri Putra, Bangi. akhirnya mereka bawa juga i pergi site. teringin nak pergi site dekat senawang projek jalan, tapi tak tahu bila. projek kat bangi ni sudah 80% siap. so i tak dapat lah nak tengok dari mula projek start. kebetulan mereka pergi sebab ada site inspection. orang JKR juga datang nak inspect sebab ini projek kerajaan. buat klinik kesihatan under projek government. so far yang i tengok company ini memang selalu dapat projek government. cuak juga masa mula-mula datang. hehe. bajet tak pernah masuk site je kan? datang sini barulah i kenal dengan staff-staff butsb yang lain. engineer kat situ ingat i budak QS jek.

yang paling teruja i kat sana, workers kat sana siap bela ayam. gamaknya senang kot kalau dorang nak makan. tangkap sembelih jek. hehe. nasib baik kat sana tak hujan walaupun masa sampai kat situ langit already gelap gelita. inilah sedikit gambar yang i tangkap. ini pun ambil curi-curi je sebab segan nak nampak sangat teruja datang site. hahaha


gambar kat atas ni kawasan office klinik lah.


yang ini pula area kuarters. itu kuarters 5 tingkat yang i sibuk isi BQ dia. lagi satu blok tak nampak pula.


ini pula kat dalam office klinik tu. sekarang dorang tengah sibuk pasang furniture segala bagai.


hah, gambar curi dari belakang. hehe. diri sendiri segan nak ambil gambar sendiri. dari kiri miss chai, supervisor i, orang JKR, hujung sekali engineer kat situ.


kitorang bertolak dari office kat shah alam dalam pukul 3 sampai kat sana dalam pukul 4 lebih. pukul 5 sudah gerak pulang. sampai rumah pukul 6 sebab singgah bank dulu bank i duit kat cousin. mama i siap tegur hah, engineer dah balik kerja. huhu

siapa pernah buat kitar semula di rumah?


hari ini mata i teruja tengok Environment Management Plan yang ada kat office ni. dulu masa belajar (haha, bajet lama la tinggal belajar), lecturer ada ajar sedikit masa subjek Environmental Management. so far yang i faham, bila kita mula buat pembangunan, kita kene consider segala macam impact terhadap alam sekitar. sebab kalau tak dikawal, of course pencemaran bertambah teruk. sekarang pun malaysia dalam kategori negara membangun. apa-apa pun semua pihak kenelah bersama-sama jaga alam sekitar kita. hari tu i ada terbaca segala waste yang kita buang setiap hari untuk tahun lepas sudah hampir sama tinggi dengan KLCC tau! OMG! sebab itulah kerajaan kita sangat galakan untuk kitar semula. by the way, famili i memang mengamalkan program kita semula. just food waste saja tak dijalankan. tapi sebenarnya sebab adik i lelaki tu suka collect duit dari kitar semula tu saja. haha. padahal tak banyak mana pun. janji ada inisiatif untuk buat.

so, berbalik topic kat atas tu, bila construction nak buat, benda-benda yang paling mustahak adalah environment. ada 2 jenis. satu dikenali EMP iaitu Environment Management Plan dan lagi satu EIA iaitu Envirnment Impact Assessement. EMP biasanya untuk projek kecil-kecil dan EIA untuk project besar. report dia sangat-sangatlah tebal. consider semua jenis pencemaran termasuk Air pollution, Water pollution, Noise pollution, traffic flow etc. setiap bulan pihak-pihak dari Jabatan Alam Sekitar akan buat inspection di tapak projek. kalau siapa nak tahu lebih lanjut, boleh cari detail guna pakcik G o o g l e

betul ke kalau lelaki bermata lentik ada campuran mamak

sebenarnya i tak ada story mahu cerita. tapi tangan rasa gatal nak menaip blog ku tersayang ni. hari ini kerja kat ofis i sudah settle. supervisor i kata nak bagi kerja baru tapi dokumen tender yang latest big bos tak ada lagi. nampaknya besok pagi i relax lah dari sebarang aktiviti. yang tak bestnya broadband i sudah kene bar. nak bayar wang nya tak masuk lagi. kalau tak besok i boleh online kat pc i di ofis. pc i kat ofis tuh masih baru lagi. so tak ada line internet. memang mati kutu lah. tadi i dengar pula, supervisor i masuk ofis lambat sebab ada meeting dengan JKR.

sepatutnya besok i pergi site kat bangi tapi JKR punya orang masih cuti sebab anak dia patah tangan main bola. apa? main bola? memang ganas budak-budak zaman la ni kan? main bola boleh sampai patah tangan, gamaknya kene main PS kot. huhu. tapi supervisor i cakap minggu ni juga kene pergi site inspection. so, maybe paling lewat pun hari khamis. sebenarnya i sangat tidak sabar untuk pergi site. sebab kat site baru i boleh tengok dengan mata kasar. selama ni hanya baca dalam BQ saja. tengok live baru faham.

by the way, i sudah mula terima yang i sudah masuk alam working. best juga kadang-kadang. tapi macam tak ada life pun ada. haha. kene start meniaga balik kut.

condition sekarang i tengah sakit perut. tapi paling tak best petang tadi i orang hancurkan mood i. geramnya. i yang tak tahu hujung pangkal kene serang. siapa tak sakit hati kan? i just nak tolong saja. tak pasal-pasal kene. geram betul. SUMPAH! lepas ni tak mahu tolong lagi dah. please! menyusahkan i. buat benda jahat i pula yang kene. okay, semua sudah settle. full stop!

sekarang tengah tengok Tari Tirana. layanlah sekejap. mata letih juga ni. i tengah tunggu cerita Supernatural. rupa-rupanya dah tukar dari hari ahad ke hari selasa. i bukan ikut sangat cerita dia. cerita memang best tapi hero dia lagi best. haha. cukup-cukuplah cik epa oiii. itu pun kalau mata ni tak terlelap.

itu, sebelah kanan. Dean namanya kalau tak silap lah. mata sangat lawa. lentik gitu

Suara Rindu

Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya

Tetapi ku takut tidak mungkin dapat ku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri

Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya Kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

by: Azad Jasmin (OST Cinta Balqis)


seminggu berlalu

muka cik di atas pasrah kene kerja hari sabtu. haha. by the way, i sangat enjoy dengan internship ini.

Assalamualaikum WBT. apa khabar semua blogger? sehat? so, mesti hari ahad macam ni ramai yang keluar lepak-lepak pergi shopping kan? i duduk saja di rumah sambil menikmati petang ahad yang tengah hujan. seronok kalau tidur ni. i pula malas nak keluar. rasa penat still tak hilang lagi. besok sudah start minggu baru untuk minggu ke dua i praktikal. i nak update story untuk minggu pertama i start internship.

hari isnin memang malam itu i flat gila-gila. mana tak nya, i tak boleh tidur. pukul 1 baru dapat lelap, then pukul 5 i sudah terjaga. excited kut sampai tak boleh tidur. hehe. pergi office awal sebab nak elak jem kat area rumah i. pukul 7 dah gerak. lepak kat office mama i dulu. office i masuk pukul 8.30 pagi. pukul 8 i sudah gerak dari office mama i sampai dalam pukul 8.25. masa masuk office lama juga i tunggu dorang. masa mula-mula masuk sudah ada kerja. i dapat supervisor perempuan cina. sangat baik tau! peramah gila. dari mula-mula ada perasaan tak seronok akhirnya seronok sebab semua staff baik-baik belaka. tepat pukul 5 i terus cabut balik rumah. malam tu tidur awal sangat. huhu

okaylah, so far hari selasa sampai jumaat i settle kan job task yang supervisor i bagi. i duduk depan pc saja. kadang-kadang tensen jugak. i rasa nak kerja site pun ada. hehe. tengoklah nanti sebab tugas i banyak duduk office kot. site banyak staff lelaki. harap mereka rajin nak bawa i pergi site nanti. yelah, nak rasa suasana site pula. company ini tengah handle 2 project. satu site kat bangi, lagi satu kat seremban. so masing-masing memang tengah busy. i pun ikut busy juga. perlu tolong mereka.

sekarang i sudah pandai sedikit pasal autocad. i kene mahirkan dalam masa terdekat ni. jenuh kalau tak tahu. kang kene marah dengan bos lak. takutt. haha. semalam untuk pertama kali i kene edit drawing guna autocad. hah, time tu terkontang kanting nak edit. bos tak marah pun nasib baik beliau ajar i. haha. menyesal tak belajar dari dulu. sekarang kene lah belajar sendiri. tapi kalau setakat nak edit drawing i dah terer dah. kene belajar nak lukis pula.

untuk pengetahuan, setiap sabtu i akan kerja except sabtu 1st week. boring jugak. tapi nasib baik i jarang keluar. so manfaatlah cuti sabtu dengan kerja kan. kemungkinan hari selasa ni i nak pergi site dengan supervisor. yey! suka lah. so, tengok lah macam mana pengalaman 1st time masuk site kat bangi tu.

tengok my workspace. tu hah, BQ untuk project site kat bangi. kene redo balik untuk 2 kuarters. tak settle lagi tu.

minta maaf semua

just short notice. untuk pengetahuan semua, i sudah start practical training kat BUT sdn bhd. so hari ini hari ke 3. since first day i sudah busy dengan kerja. semakin hari semakin menimbun. blog i juga sudah jarang update and jenguk. sorry for those yang sudi kelik nuff i, i akan balas klik nuff anda sedikit demi sedikit. memang sangat busy. project banyak tertangguh. i kene siapkan yang penting dahulu. jangan risau, nuff anda akan i klik. bagi i masa untuk stabilkan jadual i.

practical? so far okaylah, supervisor i sangat baik. banyak bagi tunjuk ajar. semua staff baik. tapi kadang-kadang bosan juga duduk opis menghadap komputer. tapi supervisor i sudah janji nak bawa i pergi site nanti. doalah cepat-cepat dia bawa i sekali. teringin nak merasa kerja di site. okaylah, sambung buat kerja lagi. take care semua.

Tutorial 2 - Cloud Label

tutorial Cloud Label. telah di request oleh Puan Norma. Cloud Label ni dah banyak kali i try dan banyak kali juga error. akhirnya i jumpa juga yang betul-betul serasi dengan blog i. senang saja.

1) klik Dashboard --> Layout --> Edit Html --> Edit Templates --> klik Expand Widget Templates.

2) Cari coding <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

3) copy coding kat bawah ni dan paste DI BAWAH coding tadi.

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'> <b:includable id='main'> <b:if cond='data:title'> <h2><data:title/></h2> </b:if> <div class='widget-content'> <script src='http://halotemplates.s3.amazonaws.com/wp-cumulus-example/swfobject.js' type='text/javascript'/> <div id='flashcontent'>Blogumulus by <a href='http://www.roytanck.com/'>Roy Tanck</a> and <a href='http://www.bloggerbuster.com'>Amanda Fazani</a></div> <script type='text/javascript'> var so = new SWFObject("http://halotemplates.s3.amazonaws.com/wp-cumulus-example/tagcloud.swf", "tagcloud", "180", "270", "7", "#FFFFFF"); // uncomment next line to enable transparency //so.addParam("wmode", "transparent"); so.addVariable("tcolor", "0xFF0080"); so.addVariable("mode", "tags"); so.addVariable("distr", "true"); so.addVariable("tspeed", "100"); so.addVariable("tagcloud", "<tags><b:loop values='data:labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a></b:loop></tags>"); so.addParam("allowScriptAccess", "always"); so.write("flashcontent"); </script> <b:include name='quickedit'/> </div>> </b:includable> </b:widget>

4) coding yang berwarna merah itu boleh diubah warna Cloud Label nanti. kene guna color coding html. klik di sini. untuk coding warna oren, adjust untuk tinggi dan lebar Cloud Label anda.

5) Preview dulu check ada error ke tak? then Save Templates.

Tutorial 1 - Favicon

hai, entri kali ni i nak buat tutorial. for the first time. bukan apa, i ni jenis suka edit layout blog i. so banyak juga blog yang tunjuk tutorial. tapi setiap kali buat tutorial mesti benda yang sama then i terkial-kial mencari blog yang i ikut tutorial dia. so nak senangkan i, i nak buat tutorial untuk simpanan i then kalau siapa-siapa yang nak cuba pun boleh. semua tutorial yang i buat ni, i dah buat dalam blog i. so ni tutorial i yang pertama versi i sendiri.

tutorial ni i baru cuba semalam. tapi untuk blog orang lain. so tadi i dah buat untuk blog i. ini pun i tengok tutorial dari cik intan. so pada siapa-siapa nak tengok tutorial yang lagi canggih boleh jenguk blog itu ye? dont worry, tutorial beliau sangat senang nak ikut.

apa itu Favicon? kalau anda perasan, kat ada image kecik selalunya tanda blogger but i tadi tukar dengan Huruf E. tengok kat gambar bawah ni.


1) klik Layout --> Edit Html --> Edit Template --> klik Expand Widget Templates

2) cari coding <b:skin><![CDATA[/* gunakan ctrl + F

3) kemudian paste coding di bawah ni di atas coding tadi.

<link href='your url' rel='shortcut icon' type='image/gif'/>


4) isikan URL image anda kat your URL.

5) Preview dulu. Kalau tak ada error boleh klik Save Templates.



IF ONE DAY

internship, bersedia atau tidak?


kalau buat contdown boleh? oh, sangat teruja sebenarnya. hehe. hari ini hari jumaat. minggu terakhir untuk i bersenang lenang di rumah. tinggal 2 hari sebelum i memulakan latihan industri hari isnin ni. sangat sangat sangat teruja. yelah, first time i buat internship. masa diploma dulu tak pernah masuk dalam sylibus pun internship ni. hanya ada final year project. time tu, rasa diri macam tak layak dan bersedia untuk ke alam pekerjaan. now, sangat bersedia! oh, entri kali ini banyak menggunakan ayat SANGAT. nampak excited kan? doakanlah i berjaya harungi alam internship ini. nanti nak kene sediakan report LI dan juga perlu isi log book. kasi warna warni sedikit. biar teruja supervisor. siapa lah lecturer yang akan datang tengok LI i kan? semua dah fikir.

hah, first day nak pakai baju apa ye? baju kurung atau kemeja? nanti amik gambar first day LI. by the way. i akan praktikal di Bina Utama Timur Sdn Bhd. office nya terletak di section 13. sederet dengan klinik umra dan kedai kain. haha. kalau i hilang sila cari di kedai kain okay? dekat saja. 15 minit dari rumah. mungkin menjelang tengahari i akan pulang makan di rumah. mama sudah pesan bangun awal pagi untuk siapkan makan tengahari. site mereka ada di seremban dan bangi. but tak sure samaada turun site or tidak. mungkin turun tapi tak tahu bila.

ramai kawan-kawan lain sudah mula berpraktikal. hari-hari i check website BCI untuk tengok siapa kawan yang dah mula hantar report duty form. form itu akan hantar dalam masa first week kita start. hehe. teruja kan? good luck la kat kawan-kawan yang dah mula LI terutama cik bear. i dan cik hawe start isnin ni. yey, kerja kerja kerja. nanti dah kerja, sibuk nak belajar pula kan? haha


image from Google Image

Blogger - We Care, do you?


i rasa terpanggil untuk sertai membantu keluarga en megat. sangat-sangat bersimpati terhadap nasib keluarga beliau. so bagi sesiapa yang nak tahu kisah mereka ini boleh lah jenguk tangisan-aku-isteri-dan-anak-anak

huh, i cukup-cukup pantang dengar kisah macam ini. buat apa, zaman sekarang ramai sangat ada perasaan hasad dengki. dengki dengan kejayaan dan kesenangan orang lain. lepas tu dengan cara mudah nak rosakkan orang lain dengan cara jijik macam tu. kenapa pendek akal fikiran orang bertindak sedemikian. tak tahu ke balasan yang akan Allah kenakan kepada mereka. Subhanallah. Nauzubillah. mintak simpang. petua i untuk hindarkan terjadi musibah begini, amalkan membaca ayat kursi setiap kali selepas solat 5 waktu. Insyallah akan menjadi pendinding untuk kita.

so bagi sesiapa mahu membantu, mudah saja. dengan letakkan banner Blogger - We Care. setiap banner yang dipamerkan akan didermakan rm1 kepada keluarga en megat. marilah kita bantu mereka. ringankan beban yang dihadapi. semoga mereka sekeluarga tabah dan cekal hadapi dugaan tersebut.

untuk keterangan lanjut, boleh klik pada link khas ini.

notakaki: masa klik nuff Ezany, i terperasan entri banner ini dalam blog dia. syabas buat En Hydir sebab ada inisiatif untuk memulakan Blogger - We Care.

Alvin and the Chipmunks 2

hari ahad yang lepas, kami 1 family pergi kenduri sepupu abah kat cheras. itupun lepas abah umpan mahu belanja tengok wayang! tapi kitorang kene pulang awal sebab malam tu anugerah juara lagu yang dah berminggu tunggu. mahu tengok Faizal Tahir perform. walaupun FT just dapat no3 but should give credit sebab dia masih dalam keadaan sakit. kitorang tengok cerita Alvin and the Chipmunks. cute gila la mereka. teruja nak tengok sebab ada chipmunks betina iaitu chipette. siap nyanyi lagu single ladies tau. haha.

mari kita review cerita tu..


Pop sensations Alvin, Simon and Theodore end up in the care of Dave Seville's twenty-something nephew Toby (Levi). The boys must put aside music superstardom to return to school, and are tasked with saving the school's music program by winning the $25,000 prize in a battle of the bands. But the Chipmunks unexpectedly meet their match in three singing chipmunks known as The Chipettes -– Brittany, Eleanor and Jeanette. Romantic and musical sparks are ignited when the Chipmunks and Chipettes square off. Written by 20th Century Fox

lepas review, layan gambar masa pergi jalan-jalan. tengok wayang pakai baju kurung taw. terus jadi wanita melayu terakhir lah konon kan....




tengok wayang kat Jusco Bukit Tinggi..


acer aspire one, HP dv1000

first lappy.
Jenama: HP dv1000
since: 2006-2009
harga: rm2500, beli di low yat, banyak juga free gift yang dapat
specification: pentium M, windows XP, 40gb HDD, 512 GB Ram
kelebihan: speaker Altec Lansing, memang superb sound. masa beli XP hanya local, tapi rezeki dapat XP original then boleh update. baru 2 kali format. tahun 2008 tukar front dia pakai sticker laptop yang sangat cun.
kekurangan: lepas format speaker terus tak best. motherboard rosak mungkin sudah lama, tapi tak pergi repair. sayang nak buang, just amik hard disk. masih dalam beg lappy kerana terlalu menyayangi lappy ini. nak repair kene sedia duit dekat 1k. adik yang sekolah sibuk pujuk nak lappy ni tapi i tak nak bagi kat dia. biar i simpan buat pekasam. huh



second lappy.
Jenama: Acer aspire one (blue)
since: 9/01/10 until present
harga: rm1300, beli juga di low yat 4th floor, also banyak gift yang dapat
specification: intel atom, windows 7 original, 250 GB HDD, 1 GB Ram
kelebihan: kecil, ringan dan praktikal. senang dibawa ke mana-mana. windows 7 yang sangat best! terasa diriku updated! boleh main game dan running software dengan lancar. bateri tahan sehingga 8 hours.
kekurangan: intel atom sekadar untuk kegunaan yang simple saja. sebab i bukan student dah yang memerlukan lappy yang power untuk siapkan assignment. cukup dapat online, update blog, check email dan lain-lain. speaker dia tak berapa best.


myspace, ruangku


saat-saat terakhir sebelum says bye bye kat myspace ku. akhirnya secara peringkat by peringkat i delete all the data sebab mana tahu i mungkin akan ubah fikiran untuk menarik kembali keputusan i. tapi nampaknya kali ini i nekad. delete saja lah. sebab susah nak managed banyak-banyak akuan dan gambar i yang akan berterabur. jangan tak percaya, semua jenis spesis myspace, friendster, tagged, hi5 dan lain-lain i mesti ada. mungkin sebab usia pun dah meningkat, pandai fikir dah kot. lepas itu, i jumpa belog yang sangat-sangat in dengan jiwa i membuatkan i yakinkan diri sambil pujuk diri. makan masa berbulan juga tahu? sampai ada rakan pujuk jangan delete akuan itu. sorry lah, myspace tidak lagi menjadi in dalam hidupku. bukan apa, ramai sangat add sampai i tak kenal mereka. lagi 1, ramai sangat adik-adik bersekolah add i. mungkin mereka terlalu excited untuk berlawan siapa yang ada lagi ramai friend-list kan? i faham. tapi i tak boleh ikut. selamat tinggal myspace ku. since 2004-2010. 6tahun? banyak kenangan pahit manis dan juga ramai kawan-kawan yang i kenal dengan cara ini. dont worry, walaupun i tidak ada di sana, anda tidak akan i lupakan. mungkin friendster akan ikut jejak langkah myspace, siapa tahu kan? i sekarang hanya cinta gila terhadap belog ini dan juga facebook. cari saja i di sana okay?

farmville macam drug lah


hah, itulah ladang i yang agak tak berapa lawa. haha. dah lama i tak main game farmville ni. sejak-sejak lappy lama ku tak berapa nak support game ni. asik padam jek. sebab makin naik level, farmville ni makin berat loading dia. dulu siap berlumba-lumba dengan kawan-kawan sapa naik level dulu. memang macam drug juga la. haha. kalau dah start balik memang asik melekat depan pc saja. bila tengok ladang sendiri, agak-agaknya boleh jadi petani yang berjaya tak? tapi ladang i tak berapa kreatif dan cantik macam ladang kawan-kawan i lain. siap ada sorang tu level 43. peh, dasyat betul melayan game tu kan. so, siapa ada facebook mesti akan try game ni kan kan? marilah jadi neighbourhood dan majulah farmville untuk facebook anda.

oh bulan

kesian sama i kan? laptop rosak, terpaksa merempat guna laptop orang lain. tapi bila time tuan laptop nak guna terpaksalah bagi. sebab i ni merupakan pengguna tegar, kipas susah mati streamyx. haha. mana tahu streamyx boleh kasi jadi model iklan kan? i tak boleh hidup tanpa internet, laptop, handphone.

handphone sekarang kureng dah. kalau siapa-siapa contact i jarang berangkat sebab i jarang pegang handphone sejak-sejak single ni. letak merata saja. laptop yang i rajin bawa ke hulu ke hilir.

haish, bila lah duit nak jatuh dari langit ni. haha. berangan duit jatuh dari langit?? i sayang betul sama itu laptop. habislah semua gambar kenangan dalam tu. time belajar kat KLIUC, konvo, unisel, thesis i. banyaklah. famili jalan-jalan. i tengah pening dan berbelah bahagi samada nak repair motherboard laptop sebab nak selamatkan data-data dalam tu.

or beli saja laptop baru. tapi i nak semua gambar and data-data dalam tu. macam mana ni. sebab i rasa repair motherboard mahal kot? betul ke? baik beli laptop baru member cakap. tapi kalau beli laptop baru, i rasa macam cool pula tengok orang guna laptop kecik. bila fikir-fikir balik, tengok skrin macam tak puas lah. sebab kecik sangat.


agak envy dengan laptop kecik acer aspire one ni. tapi lepas tengok spec guna intel atom, buat i terfikir balik

lepas tu i rasa intel atom agak tak best lah. slow kot. laju lagi laptop i yang guna intel pentium M lagi. ayoh! complicated pula. ke i saja-saja bagi complicated kot. hehe. ada tak laptop kecik yang guna intel selain intel atom??

i ter-envy dengan laptop acer aspire timeline ni, sebab nipis and boleh tahan bateri for 8 hours! so far i survey, laptop hp paling tahan pun 6 hours. best tu. 8 hours. senang nak surf di tempat yang agak terhad plug. nanti i nak survey harga ni.

i sebenarnya agak kurang dengan laptop acer sebab dulu acer ada problem pasal speaker dia cepat pecah. bunyi tak sedap. laptop i yang rosak guna speaker altec lansing. so, speaker dia memang superb! itu la sebab i agak prefer dengan HP. but now acer dah join dengan Dolby tapi still tak leh tandingi la altec lansing yang memang dah pro sound. i memang macam tu, kalau carik laptop 1st thing i check sound dia.


dulu i suka dengan laptop HP ni. cool gila, boleh pusing and touch screen. tapi bila fikir i just nak guna laptop untuk sampingan or maybe kerja sikit-sikit, takkan nak cari canggih macam gini right? janji boleh install autocad pun okay.

apa-apa tunggu la nanti bulan 2 baru boleh decided kot. last minute pilih yang mana satu. terpaksa lah merempat untuk 1 bulan ni.

eh, apa jiwang-jiwang ni? perlu ke?

apa nak cerita ye? petang-petang macam gini rasa mengantok tahap dewa kan? nak tidur tapi macam malas. hai, M besar sekarang makin menjadi-jadi. okaylah. i nak share beberapa ayat yang menarik ataupun marilah kita berjiwang petang-petang ni. selalu orang jiwang malam-malam, kali ni i buat lain pula.

bagi siapa yang pernah tengok cerita syurga cinta, mesti akan tahu cerita tu banyak beri pengajaran dan pedoman untuk kita. memang boleh diberi 8/10. i tak pernah jumpa lagi cerita malaysia yang macam tu. lain dari yang lain. so, dalam cerita tu banyak ayat-ayat yang boleh bagi pengajaran dan boleh buat kita fikir 2 3 kali tentang perjalanan kita selama hidup di muka bumi ni. antaranya ayat-ayat yang menjadi pilihan i,


Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari DIA datangkan petir dan kilat Kita tertanya-tanya Kemana hilangnya matahari? Rupa-rupanya ALLAH memberikan kita pelangi

part ini syuhadah(Heliza af) cakapkan kat irham (Awal Ashaari) masa teman ikmal (haziq tom-tom bak) main RC.


Jodoh kita telah ditentukan oleh Tuhan
Kita sebagai hamba-NYA perlu berusaha dan bertawakal Agar mendapat jodoh yang disengani oleh ALLAH Insyallah...

part ini, syuhadah cakap kat irham juga. masa bila, lupe..


Jadilah seorang wanita dalam bekas kaca yang sukar disentuh, hanya orang yang mampu sahaja boleh memilikinya

yang ini atok syuhadah bagi pesanan kat syuhadah. my favourite one!


Jika seseorang itu hadir dalam hidupku dan menjadi sebahagian daripadaku, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih.
Terimalah kenyataan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakanku. Jadi saya redha

part ni masa irham tanya syuhadah mengenai cinta dan dikecewakan


Cinta dan hati saya hanya untuk orang yang benar-benar ikhlas menerima saya bukan untuk dipersendakan...

yang ni pula masa irham datang pujuk syuhadah lepas syuhadah dikecewakan oleh irham


Jodoh terbahagi kepada 3...
Jodoh dari syaitan-Kamu berjumpa dan bercinta, lantas berpegangan tangan dan akhirnya Syuhadah mengandung, baru kamu berkahwin.

Jodoh dari Jin-Kamu menyukai Syuhadah tetapi Syuhadah tidak, kamu sihirkan dia dan kamu berkahwin.

Jodoh dari ALLAH-Kamu berjumpa, bertentangan mata lantas menusuk ke hati, kamu meminang Syuhadah, dan Syuhadah menerimanya, kamu berkahwin dan berkekalan. Inilah yang dinamakan Syurga Cinta....


ni pula atok syuhadah cakap kat irham masa irham sibuk mencari syuhadah

itulah serba sedikit ayat yang memang i suka la. bagi i cerita ni tak jemu ditonton berulang-kali. i pun dah tengok cerita ni dekat 10 kali. best! syabas untuk ahmad idham berjaya buat cerita ni dengan jayanya. huhu

terima kasih Yahoo! Image

indah, penat, peluh-peluh

tadi, i bangun agak awal juga lah, sebab bersemangat mahu check result untuk semester lepas. lagi satu sebab kelmarin dapat 'surat cinta' daripada TNB mengenai 'blackout' dari pagi sampai la ke maghrib nanti. tapi result masih tak keluar. dalam pukul 10 lebih member message tanya result, kelam kabut i masuk website unisel, agak berjanggut tunggu loading result, akhirnya.....

sila click untuk besar punya

i lulus dengan cemerlang gemilang terbilang. agak kembang kucup bila tengok resullt tadi. naik juga pointer i, setelah bersusah payah, pahit getir pengorbanan, haha. dengan muka cuak tak ingat lepas jawab exam. lecturer pula buat muka relax siap cakap, awak tak payah amik 3rd test. markah tinggi, fuyoh! subjek repeat tuh, mana i tak cuak secuak-cuaknya. suka, suka, suka!

ALHAMDULILAH, SYUKUR!

disebabkan juga i terlalu teruja, bajet result 3 pointer je. hehe. tak apa, sikit saja lagi. go for L.I pula. mahu grad dengan 3 pointer, tambah azam ni boleh? i kena yakin boleh! SEMANGAT!! lagi satu sebab rumah ketiadaan elektrik, i terus bersiap nak pergi hantar adik bujang i masuk form1. lepas settle semua, balik rumah makan dulu then baru pergi unisel seksyen 7 nak bayar yuran pendaftaran semester akhir.

banyak berjalan dan berpeluh hari ini. rimas juga. tambah dekat rumah tak ada letrik, terus ajak adik i pergi sacc mall sebab nak merasa aircon mereka yang agak kuat bila hari weekdays. kaki pun terus melangkah pergi plaza alam sentral. naik sampai tingkat 4, terus melepak makan sizzling mee(time kaseh kat cik yah banje i) sebab kelaparan tahap dewa. dalam pukul 5 lebih, mama sudah call bising suruh balik, sampai rumah terus elektrik wujud semula. haha.

so, kesimpulan cerita hari ini, hari yang cukup indah, penat, peluh-peluh.

okaylah, nak tidur dengan nyenyak dan mimpi indah-indah belaka.

barang sekolah dah prepare ke belum?

waktu sekarang yang tertulis kat lappy mama ialah 5.40pm. parent i keluar pergi cari barang, my sis yang nak sekolah tengah duk kapur kasut sekolah. i baru lepas jahit lencana untuk adik bujang i yang besok nak masuk sekolah menengah tingkatan 1. hoyehh, besok sekolah dah start. i yang tukang seronok untuk adik-adik. depa punyalah tak suka nak sekolah. padan muka. kene sekolah. i dah habis saat-saat masa belajar sampai la ke universiti. adik-adik i sekarang semua dah masuk sekolah menengah. so, nanti adik i sorang ni nak PMR tahun ni. harap-harap dia berjaya lah.

bila i tengok adik-adik i duk tengah siap kelengkapan nak sekolah, teringat masa sekolah dulu. hujung tahun la paling dinantikan. time tu sibuk nak beli pen, pensel, pemadam la, beg sekolah lah, baju, kasut sekolah, macam-macam lah. pastu bila time first time masuk kelas, time tu lah masing-masing akan tunjuk barang kelengkapan. pastu nanti adalah jeles sikit-sikit. haha. seronoklah fikir time tu. indahnya zaman sekolah! dah 8 tahun berlalu.

tak sangka tahun 2010 ni i dah masuk usia jubli perak. 25 tahun. dulu masa umur belasan selalu terfikir, macam mana lah rasa bila umur kita dah start 25 kan? excited la. macam-macam bayangkan. bila dah sampai umur tu, perasaan tu rasa macam biasa. macam tak ada apa-apa berlaku.

hah, diam tak diam lagi 10 tahun kita nak capai 2020. dulu-dulu, cikgu lukisan mesti suruh kita lukis bayangan anda pada zaman 2020. wawasan 2020 kata Dr. M!! masa tu, excited nak tengok lukisan bayangan kawan-kawan. ada yang bayang kereta terbang, rumah terbang, semua canggih la. automatic lah. hehe. so harap impian zaman kanak-kanak kita tu ada yang jadi kenyataan kan?

btw, bila tengok budak-budak zaman sekarang, lain cara dan gaya pemikiran mereka. budak zaman la ni, lagi advance. otak mereka cepat berkembang. sekarang, main internet, play station. dah tak sama macam kita dulu. kanak-kanak 80an-90an. kita banyak jumpa kawan-kawan, main galah panjang, pondok-pondok, nenek kebayan dan paling i minat main kawen-kawen. haha. indahnya! kanak-kanak la ni mana merasa macam kita rasa. main kotor-kotor. jatuh, luka berdarah. semua dah rasa.

bukan maksud i kanak zaman la ni tak best, cuma mereka lebih kepada perkembangan teknologi dan ini buatkan mereka special. okaylah cukup sekadar imbas kembali. budak-budak zaman sekarang ni, kalau tak ada bimbang dan dorongan dari parent or kakak or abang mereka pasti terhanyut.

semalam family i pergi ke times square. agak lama tak ke sana sebenarnya. tapi bukan itu yang i nak cerita. i sedih tengok anak-anak remaja zaman sekarang berpelesaran tak tentu hala kat sana. rupa masing-masing, dengan gaya berfesyen, agak keterlaluan dan nampak pemberontakan dalam diri mereka. sedih sangat, tak akan ini rupa anak bangsa yang diharapkan untuk memimpim negara. kerajaan dah banyak buat macam-macam program untuk mereka, mungkin pendekatan perlu diubah agar dapat dekat dengan mereka. umur, belasah tahun, tapi berpelesaran. hidup kongkong perlu sebenarnya supaya kita tak terpesong.

kadang-kadang ibubapa juga perlu mendekatkan diri dengan anak-anak, anggap mereka sebagai rakan supaya senang nak ceritakan apa-apa masalah. mungkin ramai yang akan kata, cakap senang lah, bukan kene batang hidung sendiri.

bagi i, apa yang penting, pokok pangkalnya, hati. cekalkan hati untuk tempuhi hidup di zaman moden ni kan? so, i harap sangat adik-adik i akan menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara. harap sangat i dapat bagi contoh dan nasihat pada mereka.

notakaki: i dah resize banner blog i, thanks la cakap kecikkan banner sikit. i lupa la nama dia apa. thanks bagi pandangan!!

Mak kepada Lappy sudah masuk air

huwaaa, frust gila mak!! lappy kesayangan i rosak teruk!! motherboard sudah corrupt!! bukan salah adapter. malu tadi pegi bawak ke kedai tu, depa terus kata terbang rm250 nak repair motherboard. bergenang mata jap. setelah 4 tahun lappy tu hidup bersamaku akhirnya rosak teruk. lappy i problem memang dari dulu. sebab dia suka padam sendiri bila main game or running file besar sangat. member i ni pun sudah bagitahu kat i pasal motherboard i maybe rosak. sekali, kelmarin rosak terus. nampaknya i terpaksa postponed nak repair lappy kesayangan i. kene tunggu duit masuk bulan 2 nanti. kang tak pasal-pasal i terus tukar lappy baru. frust betul! sekarang ni i terpaksa merempat guna lappy my sister ni. kalau tak i terpaksa berebut guna lappy mama. haiyo, lambat lagi nak repair. sorry la for those yang klik nuff i. i akan balas nuff anda but slow-slow la k? kene tunggu lappy clear tak ada orang guna. sorry again dear!! sekian, berita terkini hiburan sensasi dari cik epa vogue the vast.

sepetang di Fraser's Hill

semalam pagi-pagi mama i kejut bangun, katanya nak pergi mandi sungai. dengan muka mamai penuh air liur basi, hehe terpinga-pinga ajak pi mandi sungai? heran betul. suka ajak terkejut2 cam gini. mama cakap nak pi ampang pecah kat kuala kubu baru. owh, suka la time tuh pasai tak pernah pegi kuala kubu baru. teringin nak pi tengok. i terus la bangun nak tolong mama i prepare makanan and apa-apa yg patut. ringkas saja. dalam kul 9lebih kitorang gerak tanpa ditemani angah pasal dia kerja. kesian. haha. kitorang adik-beradik bersiap macam siput sedut, sebab nak tunggu abah gi isi aircon van dulu.


sampai kat RNR rawang, singgah makan pagi. i mati-mati ingat makan berkelah kat situ. haha. mamai lagi kot.


barisan belakang sekali, mestilah gadis-gadis paling vogue kan kan??


lepas dah sampai kuala kubu baru, sekali entah apa yang panah kepala abah, dia ajak pi bukit fraser. i tengok signboard bukit fraser tuh dalam 40km dari pekan kkb tu. heran gak, dekat aje kkb dengan bukit fraser. mama i dah bising-bising bincang pegi tempat lain, tempat lain kita tuju. haha. i dalam hati melonjak gumbira la pasal lama gila tak pergi sana. seingat i lah, last pergi masa sekolah rendah. adik-adik i yang kecik tuh pun tak lahir lagi kot. yuhuuu, lompat katak la time tu.

see, on the way dari kkb ke fraser's hill akan lalu kawasan empangan sungai selangor. besar punya!!! masa lalu situ teruja tahap beruk la. hehe. i pun terus teringat cerita i'm not single buat penggambaran lalu jalan yang sama lah. jalan dia memang cantik la, highway kot. sekali lalu jalan bengkang bengkok i dah tak leh handle! jalan dia memang macam ular sawa lah. pening gila. macam nak terkeluar isi peerut. jauh lak tuh. but masa balik i dah kira, lebih kurang 1 jam dari fraser's hill ke empangan tuh tadi. pergi je rasa lama sebab nak kene daki bukit sikit kan.


gambar berikut semua gambar masa kat fraser's hill.



masa ni kitorang pergi mandi air terjun jeriau. dalam 3 km dari pekan fraser's hill tu. tempat best. air dia sejuk sangat, but fraser's hill dah tak sejuk macam masa i kecik-kecik dulu. so0o0 sad kan?





habis je mandi kat sana, apa lagi, sesi bergambar sampai lebam lah. kami jelajah 1 fraser's hill tu. tak adalah besar sangat tempat dia. kecik saja. so 1 hari cukup untuk jelajah. kat atas sana ada 1 padang golf. maybe orang datang sana maen golf sekali kot. sementara tunggu jalan nak dibukak balik sebab nak naik fraser's hill ada time dia. jalan hanya 1 way. so kene ikut turn untuk naik dan turun.








dalam pukul 6 gate bukak, terus kitorang gerak balik. sampai pekan kkb dah magrib. sampai shah alam dalam pukul 9. terus mandi tido sampai tak sedar diri pagi tadi. haha. yang penting best sangat dapat pergi sana.



notakaki: i online guna lappy mama sebab adapter yang baru beli bulan 11 hari tu tak menyala. bengang ni. nak online susah. besok i nak pergi kedai tu baliik. kuang asam. btw, sedara i datang dari perlis ada kat rumah sebab besok mahu pergi register kat uitm shah alam. dorang dah start belajar. unisel bulan 1 baru start. lambat lagi. 2minggu berada kat rumah.

Happy new year 2010!!

Happy New Year 2010!!!



hope this year we have great year ever!!!




tadi famili i berjalan ke Fraser Hill. esok baru update story sebab now sangat penat dan mengantok. bunyi bunga api dari rumah ni. clear gile!! to all yang klik my nuff, besok i balas k? dont wori.

nite!!