selamat tinggal

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa-rupanya..

Allah nak hadiahkan kita pelangi..


ini merupakan kata-kata semangat yang akan di pegang supaya dapat tenang hadapi segala kenyataan yang sedang dan bakal dihadapi. segala kerumitan dan kekusutan yang dihadapi sejak dua menjak ni membuatkan diriku semakin kuat.

diriku tak kan goyah lagi. biarlah yang terjadi sebagai kesilapan yang perlu dipelajari. aku tak mampu nak berbuat apa-apa lagi. sebab aku yakin Tuhan ada sebab kenapa Dia tentukan jalan sebegini untukku.
agar ku tidak mudah lupa dan alpa terhadapNya.

setelah baca nukilan seorang blogger tentang kisah cintanya, buat aku terdetik, perjalanan dengannya harus ditamatkan. tidak perlu untuk mengharap orang yang tak pernah hargai diriku.

perlu kejujuran di situ.

kalau ikutkan perasaan yang dipendam, mungkin tindakan aku tak seperti orang yang waras. cukuplah sampai di sini aku terpalit untuk sekian kalinya. entah yang ke berapa kali pun aku tak tahu.

payah rasanya untuk teruskan perjalanan ini. aku cukup terseksa. terseksa dengan segala tindak tanduknya. kadang kala buat aku terfikir berulang kali kenapa aku mudah alpa.

mungkin hanya gunakan aku sekadar untuk isi masa terluang? dia masih tidak belajar dari kesilapan yang sama yang pernah dilakukan dulu.

ah, biarlah, what goes around comes around.

aku percaya karma.

hanya ku titipkan doa agar dia bahagia dengan apa yang dia mahukan.
sila jauhi diriku ini.
berilah aku peluang untuk teruskan hidup dengan aman dan orang yang mampu bahagiakan diriku sebenarnya.

namun jangan ingat aku ratapi keputusan ini kerana yang dahulunya lagi meranakan hidupku.

ye, memang aku belajar dari kesilapan yang sama dulu.

ratapannya berbeza sebab aku yakin aku punya keluarga, kawan-kawan yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat diriku ini.

dunia belum berakhir.

selamat tinggal kenangan lama.

5 comments: