sedar tak sedar kan?

sedar tak sedar sedar sekarang sudah masuk tahun baru. besok awal muharram a.k.a tahun baru islam. tinggal lebih kurang 2 minggu lagi nak masuk tahun baru 2010. sebelum tu, salam awal muharram semua. so bila dah start nak masuk tahun baru mesti kita semua akan review apa yang kita buat sepanjang 2009 ini. jangan lupa kene standby untuk azam tahun 2010 pulak. okay, sekarang i nak review sepanjang 2009 ini. masa awal2 tahun sangat excited sebab masuk tahun baru. harapan nak naikkan pointer tercapai tapi tak adalah cemerlang. hope dalam hujung tahun ni dapat la naik ke tahap yang diimpikan. kawan2 semua okay cuma kawan2 yang sama batch dengan i semua dah grad dulu dalam tahun ni. tinggalkan i tapi nasib baik ada besties i 2 org tu. alhamdulilah tercapai jugak impian nak start bisness dengan besties. walaupun hanya bertahan selama 1 sem saja. insyallah kalau ada masa mungkin akan dipertimbangkan semula. banyak jugaklah kenangan dalam 2009 ni, owh, start berblog dalam 2009. ini pun sebab terpengaruh dengan cik yah. tahun ini jugak banyak kali tengok wayang. dalam perhubungan? masih enjoy dengan hidup solo. seronok. tahun ini memang sangat enjoy dengan life sebagai sorang student yang solo. pale pun tak sarat fikir masalah cinta. tahun ini jugak, mak cik ku yang sebaya sudah jadi tunangan orang. me? tunggu la orang datang minang. hehe. family, so far semua dalam keadaan sihat sejahtera. tapi kalau gadoh2 tuh normal la kan? sedangkan lidah lagi tergigit. yang paling ingat tahun 2009 tahun terakhir i bergelar student. lepas ini dah tak merasa buat study group, lepak2 sebelum kelas start. selamat tinggal 2009. segala kenangan akan diingati. welcome 2010!

azam tahun baru untuk awal muharram dan 2010
1. mahu dapat kerja tetap
2. mahu start buat saving untuk masa depan
3. mahu konvo
4. sambung master
5. relationship progress(cara calon suami terus, xmo cintan cintun, buang mase jek :p)
6. develop new biz
7. bantu family

"Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku dalam memenuhi impianku dan azamku. hanya Kau yang tahu jalan terbaik untuk hambaMu ini. amin"

nota kaki: apa azam baru kawan2 lain?

No comments:

Post a Comment