resepi puding biskut kastard


resepi puding biskut kastard

modified from http://www.myresipi.com/top/detail/3827

bahan-bahan;
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit coklat rice
biskut cream crackers

cara-cara;
1. campurkan susu cair, air, tepung kastard, gula, esen vanila dalam periuk, kacau sehingga sebati
2. kemudian letakkan atas dapur dengan api yang perlahan. kacau bahan sehingga pekat(mesti kacau selalu takut berketul-ketul).
3. susun biskut dalam loyang/bekas.
4. setelah adunan pekat, tuang sedikit ke atas lapisan biskut dan ratakan sehingga menutupi semua biskut.
5. taburkan coklat rice di atas lapisan tadi.
6. kemudian, susun biskut lagi ke atas lapisan coklat rice tadi.
7. tuang sekali lagi adunan ke atas lapisan biskut dan ulang langkah 4, 5 (ikut suka nak berapa banyak lapisan, selalu buat 3 lapisan saja)
8. biarkan seketika, kemudian masuk dalam peti sejuk. makan bila sejuk!

nota kaki: semalam 1st time buat puding ini terus jatuh cinta. sedap! tak tipu. nanti cuba la ye?

10 comments:

  1. try cepat! lepas tuh buat n3 taw!! mahu tengok!!

    ReplyDelete
  2. Hi, selamat berkenalan..Welcome u to visit http://anagallery-suhanaoct.blogspot.com..Nice to meet u :)

    ReplyDelete
  3. salam.
    uit cik epa, aku nr nery buat puding ni kt rmh ibu mertua ku..
    klw tk sedap aku sekeh2 ko..
    huhuhu :)
    gurau jerk no..
    no heart feeling tau!

    ReplyDelete
  4. finie! hehehehe...amboi...mama ilham mau sekeh ak?? :p mesti sedap la...try taw!! :)

    ReplyDelete
  5. ye mmg sedap resepi ni..akk dh buat byk kali malah kwn2 minta resepi sbb sdp..tq; hamidah, bt pht jhr

    ReplyDelete
  6. yup kak, sy pon dah lama xbuat..nnt besok nak buat la..mmg best ;)

    ReplyDelete
  7. Tq resepinya...nanti saya nak cuba la

    ReplyDelete