our Late memey

*sila klik gambar untuk tumbesaran

owh, masa kepulangan kami sekeluarga ke kedah, kami akan bawak cik hamster iaitu memey bersama. tapi disebabkan kelalaian adik2 yang diberi tugasan untuk menjaga beliau, cik memey telah pun mati pada hari raya ke 2 *sob sob, sedey cik memey merupakan hamster ke 2 keluarga kami setelah kematian hamster pertama iaitu cik brownie sebab kene hempap dengan raga kain *semua kelalaian adik2 juga. our Late memey telah dikebumikan di kampung atok juga pada raya ke3 sebelum pulang ke shah alam. mungkin lepas ni kami sekeluarga ada alasan untuk pulang ke kg untuk menjenguk kubur memey.

gambar terakhir yang berjaya dirakam...

pada hari raya ke 4, kehilangan memey sangat2 dirasai *tipu jek lalu abah mengajak jaja *adik lelakiku ok? untuk membeli hamster baru. sekali 2 ekor daaa. sebab kalau beli 2 dapat murah *abah cakap taw tadaaa presenting.... (nama 2 ekor ni hanya cik epa saja yang panggil)

si garang iaitu Cik Ti (spesis yang agak besar dari pasangannya, jantina kemungkinan betina, sangat garang sebab bila kita cuit, cepat2 mahu menerkam tangan di pencuit *picit kang)

si penakut iaitu Cik Tam (spesis ni pula sangat2 penakutnya, bila dicuit, kelam kabut melarikan diri, cukup suka dengan roda kerana yakin akan pergi ke london bersama roda tersebut, jantina mungkin jantan kot)

depa berdua tuh tak boleh dekat, nanti gaduh. sombong la katakan. gelagat mereka sering diperhatikan oleh paparazi yang tak bertauliah ni...

nyam2

2 comments:

  1. entahla, mati sebab panas kot, ad tgh raye tertinggal dia kat dlm kete...lupe nk amik..huhu

    ReplyDelete