coretan di minggu terakhir Ramadhan Al-Mubarak

salam all...

xtvt minggu lepas adalah sangat2 busy. bukan apa, banyak bersama kawan2. menghadiri kuliah, kira stok, posting dan berbuka di luar. sampai nak update blog pon tak sempat. macam tak percaya yang kita sekarang berada di minggu terakhir di bulan Ramadhan. ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan fadhilat, syawal pula menjengah kembali. nasib baik asignment tak banyak sebab masih minggu ke 4. setiap minggu pasti busy. sibuk dengan persiapan raya. naik cuti ni akan busy dengan kuliah sebab dah start untuk test. nak start juga cari tempat untuk LI. kawan2 yang sedang LI semua dah abis praktikal. owh, kejelesan melanda. diri ni makin bahagia dan berharap akan bahagia ke akhirnya. mungkin berkat kesabaran, berdoa serta tawakal pasti membuahkan hasil. kalau kita yakin dengan jodoh, pasti tidak ke mana. untuk ramai2 blogger sekalian, cik epa nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kalau ada silap dan salah dalam penulisan cik epa di sini. tak dilupakan juga berhati2 di jalan raya ye sempena musim perayaan ni. cik epa mungkin akan bercuti seketika sempena hari raya. biasa la mahu pulang ke kampung. nanti akan diupload story dari kampung. jauh taw, kedah mari. oklah, marilah layan gambar ye?


antara yang hadir..cewahh

hari pertama di kuala selangor, makan seafood kat pasir penambang. 4 orang makan rm48 only. murah. ikan siakap sedang + udang goreng tepung + kerang dll



masa lepaking kat tesco kuala selangor untuk hari ke2 berbuka puasa di luar


nota kaki:
kalau rasa dia tercipta untukku, tak salah untuk kita mencuba kan? harus juga diiringi dengan doa serta berserah kepada Dia, hanya Dia yang tahu terbaik untuk setiap hambanya. salam minggu akhir ramadhan. pasti akan dinantikan ketibaannya lagi. insyallah~

4 comments:

  1. salam cik epa..haah la...arin pun blik rya kedah..tpi blik knduri kawen kawan,, :)

    ReplyDelete
  2. o0o0..yeke? kedah tang mane? cik epa lak xsure blk ke x? ikut family...huhu

    ReplyDelete
  3. semoga berbahagia ke akhir hayat eh Cik Epa :)

    ReplyDelete
  4. 2, 3 KUCING BERAYA..
    MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
    2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
    AMPUN DAN MAAF DARI SAYA..

    TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
    DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
    SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
    IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

    ReplyDelete