bersawang lagi

hehehe...blog cik epa bersawang lagi la. apa khabar semua! sihat? macam tak percaya kan dah masuk hari ke 15 kite semua berpuasa! tinggal lagi 15 hari nak raya. cepat masa berlalu dan tak sedar langsung. puasa kali ni xtvt cik epa penuh dan macam2 bende jadi. sejak2 busy biz ni, memang nak update blog pun tak sempat. kelas tiap2 hari ada. kalau ada masa terluang tu hanya untuk rehat2 gosip2 je. blog walking juga kurang. mintak maaf. tapi cik epa tak pernah lupa pada kawan2 blog. hah, nak buat award untuk follower juga masih tak berkesempatan. tengoklah dalam masa terdekat ataupun lepas raya la. dah alang2 macam bagi duit raya la pada follower ku semuanya.

korang semua dah start shopping raye? belum terlewat lagi kan? minggu depan juga masih ada mase. selamat bershopping tapi jangan membazir pulak. takut lepas raya banyak hutang. huhu. wah, seronoknye shopping.

owh, hari khamis yang lepas famili cik epa dikejutkan dengan insiden yang bengong dan tak patut dilakukan. tayar kereta adik cik epa (savvy) hilang 2 biji depan rumah. banyak cilakak itu orang. bulan pose boleh buat kerje jahat. tayar ke 3 skru die dah longgar maybe tak sempat nak amik sebab time tuh famili tengah sibuk2 nak bersahur. cik epa time tuh ada kat unisel. stupid punye pencopet! doa biar tak berkat idup ko. kawasan rumah cik epa ni memang slalu ilang tayar. sabar jela. nilah nama nya dugaan masa bulan pose. harap ada hikmah di sebaliknya.

oklah, untuk kawan2 sekalian, jenguklah blog shop cik epa ye? sekarang ada koleksi untuk hari raya. cantik2 belaka dan sangat berpatutan. cepat2 beli sebab tengah fast selling ni. takut melepas. hehe sempat buat promotion. marilah bergaya di hari lebaran ni nanti. oklah, salam ramadhan dan selamat hari raya semua!


klik untuk menjenguk

nota kaki: kesian Dia semalam tayar kete pecah lepas Dia amik cik epa kat unisel. tq la kat saudara yang sudi meminjamkan tayar spare kat kami. berkat!!!

No comments:

Post a Comment