Come and Visit our offical blog shop

STICKY MODE ENTRY!!
welcome and have a nice day
please scroll down for latest entry
thank you!!


antara koleksi kami, tudung CT

Alhamdulilah, syukur ke hadirat ilahi. akhirnya dapat juga kami (cik epa, cik awe, cik bear) nak laksanakan bisnes kami. come and visit to our 1st blog shop. especially for muslimah wear. our choice to those all muslimah out there. kami muslimah juga mampu untuk berfesyen. buat masa sekarang kami berfokuskan shawl serta tudung. insyallah, kami akan menjual pakaian bercirikan muslimah. kami beri jaminan anda akan berpuas hati dengan design2 pilihan kami. kesemuannya cantik2 dan menepati selera semua. kami mahu anda kelihatan cantik dan bergaya juga. harga sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki

untuk exchange link dan melawat, sila klik banner di bawah.





kene risik dah...

amacam? cuak tak tajuk? tak de la kene risik, saja jek cik epa nak tunjuk jari sendiri yang berinai. pakai inai ni memang dah jadi tradisi famili di malam raya. lagipun best pakai sebab nak bagi kuku cantik kan? huhu


hah, penyendal tingkap ni jatuh sendiri masa angin kuat. banyak sangat perabot tak elok dalam hostel ni. tapi nasib baik malam2 bilik sejuk gila, sampai ke pagi selimut jek.


hah, kain langsir ni terkene kipas masa ribut dulu. bukan salah sendiri ye? angin kuat sangat. last2 amik stapler jek sebab benang tak de. huhu

nota kaki: n3 kali ni hanya cerita bergambar saja. nak upload story minggu lepas yang sangat2 busy sampai badan jadi letih semacam.

our Late memey

*sila klik gambar untuk tumbesaran

owh, masa kepulangan kami sekeluarga ke kedah, kami akan bawak cik hamster iaitu memey bersama. tapi disebabkan kelalaian adik2 yang diberi tugasan untuk menjaga beliau, cik memey telah pun mati pada hari raya ke 2 *sob sob, sedey cik memey merupakan hamster ke 2 keluarga kami setelah kematian hamster pertama iaitu cik brownie sebab kene hempap dengan raga kain *semua kelalaian adik2 juga. our Late memey telah dikebumikan di kampung atok juga pada raya ke3 sebelum pulang ke shah alam. mungkin lepas ni kami sekeluarga ada alasan untuk pulang ke kg untuk menjenguk kubur memey.

gambar terakhir yang berjaya dirakam...

pada hari raya ke 4, kehilangan memey sangat2 dirasai *tipu jek lalu abah mengajak jaja *adik lelakiku ok? untuk membeli hamster baru. sekali 2 ekor daaa. sebab kalau beli 2 dapat murah *abah cakap taw tadaaa presenting.... (nama 2 ekor ni hanya cik epa saja yang panggil)

si garang iaitu Cik Ti (spesis yang agak besar dari pasangannya, jantina kemungkinan betina, sangat garang sebab bila kita cuit, cepat2 mahu menerkam tangan di pencuit *picit kang)

si penakut iaitu Cik Tam (spesis ni pula sangat2 penakutnya, bila dicuit, kelam kabut melarikan diri, cukup suka dengan roda kerana yakin akan pergi ke london bersama roda tersebut, jantina mungkin jantan kot)

depa berdua tuh tak boleh dekat, nanti gaduh. sombong la katakan. gelagat mereka sering diperhatikan oleh paparazi yang tak bertauliah ni...

nyam2

M.A.L.A.S.

kenapa ye cik epa rasa sangat malas untuk mengupdate blog. padahal banyak cerita nak dikongsikan. tadi buat blogwalking seronok tengok blog kawan2 terupdate sambil mengamik mood mereka untuk update. hehehe.

mood!!! cepat la datang!! jangan malas2.. tak elok tawwww

tengok..nak tulis report pon malas, tak bergerak dari 10/09 hari tuh, kamis ni lec mahu tengok

hari yang ditunggu telah tiba

tata lesen P!!!

yeay, hari ni lesen cik epa dah Full!! tak de P dah!! suka2. tak sangka dah habis 2 tahun. rasanya macam baru tahun lepas amik lesen. hehe, cik epa dah tua baru nak amik lesen. yelah, masa mude2 dulu tak excited sangat pasal lesen sebab suka jadi penumpang. sampai sekarang suka kalau ada driver. malas nak bawak. tapi bukan bermakna tak reti bawak ok? sekarang cik merah pun tak ada P dah, yela. cian kat mama bawak kereta ada pelekat P. nape ye? orang selalu memperlekehkan pelekat P. tak baik taw. sebab tuh sangat tidak sabar untuk di buang P itu. oklah, berhati2 di jalan raya ye kawan2!!

nota kaki: lupa nak ucapkan terima kasih kepada abah kerana sudi menyapport untuk renew lesenku. 1 tahun jek, baru nak mintak renew untuk 5 tahun terus. huhu kopak bapakku!!

terkasima ke tak?

"awak, saya suka awk taw! byee..."




cik epa: blur~


nota kaki: dua tiga hari ni, dalam 3 or 4 kali asik la call. sampai 1 tahap terpaksa silent my phone. dulu, aku pernah suka kat dia.... iklan japppp

syoknya raya

alhamdulilah, cik epa sekeluarga dah selamat sampi ke shah alam. penat pun tak hilang lagi, terus update blog dan pic kat fb. picture dibawah hanya sebahagian saja ye? raya kali ni meriah juga la macam raya tahun lepas, tapi disebabkan makcikku yang sebaya dengan cik epa baru raya ke2 pulang ke kampung, tak dapat la nak gosip lebih2. tahun ini seperti tahun lepas famili cik epa pulang ke kedah dengan 2 kereta. kami bertolak pun petang raya dan sampai kat kampung pun dah pukul 11. highway sangat2 jem serta rainny day plak sepanjang selangor nak ke perak tu. masa berbuka kami singgah di taiping then teruskan perjalanan.

sehari before raya....

masa ni turn cik epa drive dari taiping ke kedah. peh, sakit pinggang wo drive lame2. mase blk s.alam adik plak drive. malas nak take turn. hahahaha


First day raya....

biasa la, pagi2 raya famili akan sembahyang raya di masjid arau berhadapan istana arau, perlis. tak jauh pon dari kg. sebab utama masjid ini menjadi pilihan sebab lepas sembahyang famili cik epa akan pergi open house raya perlis kat sini. then baru gerak ke rumah sedara mara.

tula driver kami, kami semua berada di kereta ke 2


cik epa 1st raya kaler oren k. 1st time raya pakai kaler ni. selalu bantai tanah kaler putih jek.


second day raya....

famili cik epa and pakcik2 makcik2 semua pergi konvo 3 biji kete ke rumah mak lang di sungai petani. yang sadisnya, cik epa tumpang kete pakcik boleh pulak rosak kat tepi highway tuh. last2 terpakse la menyempit kt 2 biji kete lagi untuk ke SP.

saat2 terakhir sebelum kereta terkandas kat tepi highway kat gurun...

ni la rumah mak lang. kat sini cik epa sempat berniaga lagi. hahahaha. owh, raya ke 2 bergaya dengan tudung CT ye? dapatkan dari kami, TrioLicious

third day raya...

so, hari ke 3 aka hari ni kami sefamili pulang ke shah alam. tak lepak lama2 pun kat kg. janji dapat la tahu gosip2 terbaru kat kg tuh. hehehe

mari bergambar sebelum pulang...

nota kaki: selamat hari raya semua!! besok masih bercuti lagi, tak tahu famili mahu beraya kat mana pulang area KL and s.alam niii...

kenyang sangat

Boston, Jusco Bukit Tinggi, Klang


Hari Jumaat lepas (11/09/09) cik epa bersama Dia berbuka puasa bersama2 di boston bukit tinggi, klang. berbuka puasa terakhir sebelum masing2 pulang ke kampung halaman nanti. Dia amik cik epa di rumah dalam pukul 5 lebih. ada jem sikit masa jalan nak ke hicom. sampai jusco dala pukul 6. terus kitorang pergi boston untuk booking place takut penuh nanti. then jalan2 sampai berbuka. habis berbuka terus lepak2 kat uptown, cuci2 mata usha baju2 raya then baru pulang ke pangkal jalan. kejap jek kua. tapi yang penting sangat kenyang dan puas hati makan di boston. lepas raya mahu layan makan kat William, kelana jaya plak. tetibe mengidam..huhu


banyakkan kan??? jenuh nak abiskan taww

coretan di minggu terakhir Ramadhan Al-Mubarak

salam all...

xtvt minggu lepas adalah sangat2 busy. bukan apa, banyak bersama kawan2. menghadiri kuliah, kira stok, posting dan berbuka di luar. sampai nak update blog pon tak sempat. macam tak percaya yang kita sekarang berada di minggu terakhir di bulan Ramadhan. ramadhan akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan fadhilat, syawal pula menjengah kembali. nasib baik asignment tak banyak sebab masih minggu ke 4. setiap minggu pasti busy. sibuk dengan persiapan raya. naik cuti ni akan busy dengan kuliah sebab dah start untuk test. nak start juga cari tempat untuk LI. kawan2 yang sedang LI semua dah abis praktikal. owh, kejelesan melanda. diri ni makin bahagia dan berharap akan bahagia ke akhirnya. mungkin berkat kesabaran, berdoa serta tawakal pasti membuahkan hasil. kalau kita yakin dengan jodoh, pasti tidak ke mana. untuk ramai2 blogger sekalian, cik epa nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kalau ada silap dan salah dalam penulisan cik epa di sini. tak dilupakan juga berhati2 di jalan raya ye sempena musim perayaan ni. cik epa mungkin akan bercuti seketika sempena hari raya. biasa la mahu pulang ke kampung. nanti akan diupload story dari kampung. jauh taw, kedah mari. oklah, marilah layan gambar ye?


antara yang hadir..cewahh

hari pertama di kuala selangor, makan seafood kat pasir penambang. 4 orang makan rm48 only. murah. ikan siakap sedang + udang goreng tepung + kerang dll



masa lepaking kat tesco kuala selangor untuk hari ke2 berbuka puasa di luar


nota kaki:
kalau rasa dia tercipta untukku, tak salah untuk kita mencuba kan? harus juga diiringi dengan doa serta berserah kepada Dia, hanya Dia yang tahu terbaik untuk setiap hambanya. salam minggu akhir ramadhan. pasti akan dinantikan ketibaannya lagi. insyallah~

bersawang lagi

hehehe...blog cik epa bersawang lagi la. apa khabar semua! sihat? macam tak percaya kan dah masuk hari ke 15 kite semua berpuasa! tinggal lagi 15 hari nak raya. cepat masa berlalu dan tak sedar langsung. puasa kali ni xtvt cik epa penuh dan macam2 bende jadi. sejak2 busy biz ni, memang nak update blog pun tak sempat. kelas tiap2 hari ada. kalau ada masa terluang tu hanya untuk rehat2 gosip2 je. blog walking juga kurang. mintak maaf. tapi cik epa tak pernah lupa pada kawan2 blog. hah, nak buat award untuk follower juga masih tak berkesempatan. tengoklah dalam masa terdekat ataupun lepas raya la. dah alang2 macam bagi duit raya la pada follower ku semuanya.

korang semua dah start shopping raye? belum terlewat lagi kan? minggu depan juga masih ada mase. selamat bershopping tapi jangan membazir pulak. takut lepas raya banyak hutang. huhu. wah, seronoknye shopping.

owh, hari khamis yang lepas famili cik epa dikejutkan dengan insiden yang bengong dan tak patut dilakukan. tayar kereta adik cik epa (savvy) hilang 2 biji depan rumah. banyak cilakak itu orang. bulan pose boleh buat kerje jahat. tayar ke 3 skru die dah longgar maybe tak sempat nak amik sebab time tuh famili tengah sibuk2 nak bersahur. cik epa time tuh ada kat unisel. stupid punye pencopet! doa biar tak berkat idup ko. kawasan rumah cik epa ni memang slalu ilang tayar. sabar jela. nilah nama nya dugaan masa bulan pose. harap ada hikmah di sebaliknya.

oklah, untuk kawan2 sekalian, jenguklah blog shop cik epa ye? sekarang ada koleksi untuk hari raya. cantik2 belaka dan sangat berpatutan. cepat2 beli sebab tengah fast selling ni. takut melepas. hehe sempat buat promotion. marilah bergaya di hari lebaran ni nanti. oklah, salam ramadhan dan selamat hari raya semua!


klik untuk menjenguk

nota kaki: kesian Dia semalam tayar kete pecah lepas Dia amik cik epa kat unisel. tq la kat saudara yang sudi meminjamkan tayar spare kat kami. berkat!!!

hari blur~


hari ni layan syria kaler biru. huhu

salam all
n3 sebelum berbuka puasa. cik epa pulang ke hostel semalam. nampaknye hari ni malam ke2 tido sorang2. rumate tak balik lagi. rasanya esok kot. lupa pulak kelas dia bila. tadi cik epa hanya ada 1 kelas jek. pukul 4 pulak tu. naseb baek kelas 1 jam. dah la blur pulak hari ni dalam kelas. asignment pun naseb baik postpond. sangat blur la hari ni. mungkin sebab dah lama xbelajar. kene freshkan otak secepat mungkin ni. mungkin besok akan mencari stok baru shawl adn tudung. minggu ni terpaksa pulang hari jumaat lepas berbuka. kelas habis kul 6 kot. semalam baru selesai shoping raye! yey! just rembat 2 helai jeans jek. baju tak banyak yang bekenan. minggu ni balik nak buat kuih raye pulak. sape nak rase cik epa punye kuih raye, jemput2 datang rumah ye? oklah selamat berbuka puasa semua! hari ni just masak nasi dan beli lauk kat bazar saja.