cik epa dan kenangan-episod 1

okay, kali ni amaran cukup2 keras. tidak sesuai dengan orang yang suke gelak sorang kerana di takuti akan meracau di malam hari. hehehehe eh, tak de lah, saje jek kasi gempak. kali ni cik epa nak bukak cerita gempak sikit. sure korang semua tak percaya la, betul ke cik epa yang vogue the vast tu?? (hahaha, puji diri sendiri). cerita ini cerita masa zaman sekolah teknik dulu. tahun 2001-2002. peh, 7-8 tahun yang lepas. but until now ingat lagi. sebab kenangan best.

masa kat sekolah teknik dulu, tok sah cerita la. punya lah bosan gile(sapa duk teknik mesti taw kan perasaan cik epa). dah la sekolah cik epa tu jauh. dekat muadzam shah, pahang tu. kalo dari KL 4 jam perjalanan taw. balik kg pun 1 bulan sekali jek. kawasan dia memang dalam hutan. (sekarang ni dah maju sikit kot muadzam shah tu, lame tak singgah). so, disebabkan boring la cik epa pun menceburkan diri dalam bidang kokurikulum(terlebih masuk koku la sampai belajar pun main2, hehehe) sebab ada chance la nak keluar sekolah buat xtvt luar kan? kalau nak cerita xtvt koku memang besok pun tak abis, cik epa boleh kumpul sijil sampai 10 helai dalam 1 tahun. yelah, mana tak nye, sekolah cik epa ni memang selalu terpilih untuk wakil mana2 event peringkat negeri or daerah(zaman cik epa ni majoriti budak2 datangnya dari KL, so memang tak segan la sikit nak join untuk tebalkan muka, hehehe)

cik epa paling active kat sana ialah SILAT!! hahaha, sila gelak beramai2, jangan over kang cik epa silatkan korang lak :p silat yang cik epa join ni Silat Gayung Malaysia (so, sape2 rakan segayung cik epa sila angkat kerusi!!). banyak gak la join event untuk silat ni. sampai peringkat negeri pahang je. tapi cik epa banyak fokus kat seni silat. dulu ingat nak join silat olahraga but takut plak kene2 belasah ni, hehehe. nampak sikit cik epa berseni orangnya. tapi ingat senang ke silat seni ni, kelembutan dalam keganasan, hah, sape nak jawab tu. cik epa join silat ni pun hanya bengkung hitam je. tak naik2 sampai la sekarang. hehehe, dulu nak pegi ujian kenaikan bengkung tapi mak tak bagi pegi (mak cik epa tak bape galakan masuk silat, tapi degil masuk gaklah, tu pun main senyap2 je..hehehe). masa tu siap kene panggil dengan cikgu silat pujuk2 suh pegi gak tapi cakap, mak sy tak bagi la ustazah, sedey betul!! kalau korang nak taw silat ni la satu2 nya cara untuk cik epa release tensen wooo. kene tumbuk, kene sepak, terajang, kene angkat, kene hempas, semuanya dah merasa. balik berlatih sure sakit2 badan, malam tido bantal kene ada kat belakang. kalau teruk suruh member tolong urut. bengkak2 badan kene hempas. kalau kat padang tak sakit sangat, tapi pernah berlatih kat dalam dewan sekolah(masa tu dekat2 ngn event dah) peh, tok sah cite la malam tu bape kali kene hempas badan atas lantai.

masa tahun 2001, form 4, cik epa and geng2 masuk pertandingan seni silat peringkat negeri pahang (wakil daerah rompin-event ni semua jenis silat yang ada berlawan same2). geng2 cik epa ni join SENI JURUS SILAT dan dapat no 2. pe tu seni jurus silat?? seni jurus silat ni diwakili oleh empat orang. dan kitorg akan persembahkan seni2 silat yang ada dalam jurus2 silat la (dah lupe la pe jurus silat tapi paling ingat bunga tanjung). so rentak semua sama. adalah lompat2 dan macam2 la. best sgt, 1st time join menang no 2. event tu berlangsung kat dewan sekolah teknik temerloh kot. kitorg punye sekolah no 2 terbaik dalam pertandingan tu. kalo no 1 sure dah wakil negeri pahang peringkat kebangsaan. kitorg kalah dengan gayung harimau kot if i not mistaken. habis event pengetua belanja makan ikan patin yang femes kat temerloh tu. layan gambar ok (korang jgn gelak, mmg lain skit cik epa masa sek, ganas skit...)


hahaha, ada gaya tun teja tak? :p


cari cik epa, pandai yang ada tanda arrow tu. kitorg tido kat PPD temerloh kot. tapi tempat tinggal memang berhabuk. macam stor!! masa ni dengan akak2 senior juga


ni lah piala paling mahal cik epa. hehehe, seronok la kalau tengok piala ni, mesti ingat kenangan dulu2 tu


yang ni dengan geng2 la, bdk silat ngn bdk tex kuan do (betul ke eja??) masa ni rasanya baru lepas persembahan demo silat untuk karnival koku kot. selalu sgt kene buat demo macam ni

rasanya ada sambung n3 ni lah, panjang lagi cerita. jom tunggu kesudahan n3 cik epa ni ye? ada cerita2 hot lagi lepas ni.

No comments:

Post a Comment