1st week at unisel

salam all. apa kabar semua? sehat? cik epa sehat dan bersemangat untuk semester baru ni. minggu ni agak tenang cuma tak ada masa untuk upload story akibat dari keadaan internet yang agak memungkinkan cik epa untuk berasa tekanan teramat sangat. mari baca cerita cik epa untuk 1 minggu pertama berada di unisel.


isnin malam: biasa la, cik epa akan bertolak ke unisel lepas magrib. parent hantar. sebelum balik berkira-kira barang yang mana lagi penting untuk dibawa pulang. yelah, duduk tingkat 4. TV serta printer telah ditinggalkan di rumah terlebih dahulu. cik epa pun jarang sangat tengok TV kat sana. balik rumah tiap2 minggu. tapi yang penting line internet kene ada. sampai hostel dalam pukul 9 lebih. terus dengan bersemangatnya nak menyapu serta mop bilik. selesai sesi kemas mengemas bilik dan barang dalam pukul 11. malam itu tido lena keseorangan hanya ditemani bantai rumate yang tak dikenali.


pemandangan hostel blok D dari bilik cik epa



selasa: disebabkan malam semalam cik epa dah amik jadual, maka dengan ini, hari selasa cik epa free tanpa sebarang xtvt. cik epa terus YM adik2 mahu ajak keluar dinner bersama-sama. tapi sebab boring sangat, cik epa pun ajak la cik ida dan cik nisa untuk makan lunch bersama2. lantas idea untuk hang out before puasa terbit. lepas habis makan, terus nak call sewa kereta tapi malangnya, semua kereta dah FULL!! kalau dapat kereta time tu, kitorg dah gerak pergi KL. hampa memang hampa. tak ape lah, malamnya, kami berlima(cik epa, cik nisa, cik ida, cik ain, cik wani) keluar dinner kat IPIS dan berjalan2 pusing2 unisel sambil menikmati panorama indah unisel di malam hari.




rabu: hari ni pula, kene PMS!! tunggu cik hawa dan cik bear datang unisel. kami bertiga berjumpa di fakulti. gosip2 kemudian pergi kelas. almaklumlah, hari pertama semangat dan azam baru. sekali kelas pulak batal. kitorg pun terus melaksanakan PLAN bisnes kitorg mencari item di KL. dekat pukul 8 baru gerak pulang. before balik singgah di kampung baru melantak nasi lemak. sampai unisel pukul 11 malam. lepak di hostel cik hawa baru menapak ke 'genting' cik epa. kan best kalau ada kabel car dari rumah cik epa ke rumah cik hawa. hehe



kami yang gile bergambar



khamis: pagi kami bertiga bersiap2 untuk ke kelas wastewater treatment. sebenarnya kami terlewat 30 min. kelas pukul 10.30 pg tapi masuk pukul 11. lec ada tanya tapi cik epa tak dengar. yelah, penat semalamnya tak habis. bangun pagi baru terasa lenguh2 badan. sebab tu siap lambat. habis kelas kami berempat (eh, mana datangnya lagi sekor, haha, incik dony join the club) pergi lunch kat kg. makan kat kedai bridge tu. tak sedap. macam lauk hospital. tawar!! gosip2. lepas makan kitorg pergi jenguk Taman Ilmu unisel, nak usha2 rumah sewa baru. best jugak la, kawasan baru. semua lengkap. fully furnish. rumah 2 tingkat ada 4 bilik 3 bilik air. rasanya dalam 10 org 1 rumah. kalau cik epa ada transport, dah lama sewa situ. owh, sempat cik epa singgah di cafe sebab dapat msg dari cik ida pasal promotion celcom broadband. terus rembat sebiji. lepas ni cik epa online kat unisel guna broadband la kalau internet cam siot. balik hostel terus rehat2 kan badan. tido sekejap tapi badan rasa lenguh sangat2. malam tu, cik hawa datang rumah cik epa. kami sembang sampai la tertido.


di rumah contoh taman ilmu. tukang tangkap gambar incik dony



jumaat: hari ni bangun dengan begitu segar. semua osmate dah gerak balik kampung masing2. cik epa paling lambat balik sebab ada kelas pukul 3 sampai 5. kelas theory of structure. tengahari makan maggie je sebab malas nak turun bawah. turun hanya untuk ke kelas saja. parent datang amik pukul 5 kat fakulti terus gerak balik shah alam. masa OTW ke shah alam, sana sini jem. termasuk dalam section cik epa ni. mama cakap semua orang rush nak balik. memang tiap kali nak puasa memang cam gini. section cik epa memang terperangkap. jalan keluar semua jem. kesian kan? so, malam ni duduk rumah sorang2 sebab masih dalam keadaan PMS. haiya, dah bersemangat nak terawih taw malam ni dan berpuasa untuk esok sekali TAK BOLEH!! mesti tahun ni tak dapat sembahyang raya. tak best betul!! tadi famili jek yang pergi terawih. cik epa kat rumah layan NUR KASIH!! tengok pelakon feveret, REMY ISHAK!! cik epa sangat suka kt die sejak die berlakon sinderela. sebab dia sangat2 sweet. tadi pun sama. die suka buat 1 face yang nakal2 but cute bile dia berlakon jadi romantik!! bestnya kalau dapat bf macam dia. hahahahaha dush dushhh berangan cik epa ni.


hari ni pakai jaket unisel je. amik gambar before kelas start. hehe


perancangan:


sabtu: nak pergi maxis center untuk setelkan bil tertunggak yang lama sebab nama cik epa dah lama kene blacklisted kat maxis. akibat dari itu, tak dapat nak buat postpaid celcom. celcom broadband ni promotor tolong. hehehe, kene setelkan juga sebab nanti susah masa depan.


ahad: duduk rumah kot. bersiap untuk pulang unisel sebab hari isnin petang ada 1 kelas. pukul 4-6. tak best kelas petang2 camgini.


nota kaki: selamat bersahur semua!!!

4 comments:

  1. hehehe...seronok kalo busy...huhu

    ReplyDelete
  2. Interesting article, added his blog to Favorites

    ReplyDelete
  3. I follow her to my bosss houseand watch her go inside. I bought him two sizes of everything,worried that he might outgrow the first before we got home.
    bestiality stories k-9 thumbs
    nifty erotic stories archive.url
    nifty eroric stories
    brother sister taboo stories
    short sensual sexy stories
    I follow her to my bosss houseand watch her go inside. I bought him two sizes of everything,worried that he might outgrow the first before we got home.

    ReplyDelete