nak dapatkan iphone free??


klik banner ni untuk join

okay, sempena bulan kemerdekaan ni, cik epa nak ajak kawan2 join satu contest ni. marilah kita tunjuk semangat patrotik terhadap negara Malaysia yang tercinta. senang saja, tak perlu jawab soalan, tak perlu slogan. hanya register dan tampalkan banner di blog anda. senang kan? nak join? klik pada banner cik epa dan jangan lupa korang kene isikan Referrer's Email dalam registration form tu. tulis kan email cik epa. sebab dorang nak detact email cik epa baru korang boleh send form tersebut.

akuifakosape@yahoo.com

hadiah menanti adalah iphone!!! best tak hadiah dia?? apa lagi cepat2 la join contest ni.

Selamat Hari kemerdekaan

happy merdeka day to all. semoga kemerdekaan kali ni dapat memberi seribu pengertian tentang erti kemerdekaan sebenarnya. bukan hanya merdeka pada nama, tetapi pada hati, minda, pergaulan, percakapan dan sebagainya. saya bangga menjadi anak Malaysia!

salam kemerdekaan yang ke 52 tahun negaraku Malaysia yang tercinta

selamat berbuka puasa


gambar masa berbuka puasa di noodle station khamis lepas

salam all. selamat berbuka puasa. n3 sebelum bukak pose. korang berbuka makan ape ye? kat rumah cik epa ni spesel nya ada karipap. nyam2 my feveret! 1 minggu yang lepas hanya busy dengan kelas saja. jadual dah bertukar. cik epa hanya amik 4 subjek tapi tiap2 hari ada kelas. semuanya 1 hari 1 kelas. jadual semester kali ni paling tak best! baru nak berangan kelas tak banyak. sabar jela. nasib baik dah semester akhir. cik epa sekarang tunggu untuk meeting latihan industri (LI). time tuh barulah start searching untuk tempat praktikal. jualan pulak? alhamdulilah. memberangsangkan. hehe. terima kasih buat semua yang sudi beli shawl dan tudung dari cik epa. tak sempat nak buat iklan kat unisel lagi. hanya jual kepada member dan dalam blog je. so, sapa nak tengok latest update, jenguk2 la sekarang kat blog shop kami. siap ada promotion lagi. mungkin minggu hadapan ada stok baru akan masuk. sempena raya akan datang ni. habis puasa hari ni, tinggal lagi 3 minggu untuk raya! tadi cik epa dah amik baju kurung yang di tempah. hahaha, tak sabar nak raye lah. :p

wah, rindunye

salam kawan2.

nampaknye blog cik epa ni dah bersawang la. rindu nak blog. tapi apakan daya, masa mencemburui cik epa. agak busy dengan kelas dan blog shop. hehe2. mungkin blog juga berpuasa. nanti cik epa update cerita 1 minggu ni ye? kawan2 semua apa cerita???. blog walking juga semakin berkurangan. masih tak dapat nak adapt dengan kelas, blog shop la. MAAF!! cik epa pasti akan curi masa untuk blog walking kat blog kawan. selamat berpuasa. sekejap lagi ada kelas. mari kita countdown raya!! yey!!

korang berbuka puasa pe hari ni?

Align Center
nak makan ape ye? kat rumah ni kejap lagi nak masak bihun goreng, ada nasi lauk2 juga. semalam makan mee rebus + nasi + buah nangka (feveret ku!! sapa tak tahu sila google cari resepi, dia ala2 macam badak berendam la). oklah, hari ini cik epa tak pulang lagi ke unisel. gerak balik besok tenghari la sebab kelas besok start pukul 4. so malam ini kite berterawih la lagik. cik epa dan famili selalu terawih kat masjid batu 3. hah, kawan2 lain pun jangan lupe terawih, rugi kalau tak buat. bukan selalu kan? oklah, nak tunjuk celcom broadband cik epa. haha berlagak. dah boleh pakai dah. suke!! risau juga kalau tak lepas sebab nama cik epa kene blacklisted sebab bil maxis dulu tak habis bayar. malas betul nak bayar. tunggu kerja la. yelah, takut kang masa depan masalah lagi macam dulu cik epa kene. tak lepas nak buat postpaid celcom sebab musabab di atas. pandai ye dorang berlink2 gitu. huhu


mak cik kayo!!!


klik gambar untuk tumbesaran


haha, kaye2!!! berkat selama 4 bulan duk klik nuffnang sendiri (hehehe, sendiri klik sendiri la dapat duit) akhirnye nuffnang cik epa dah mencecah RM100++ suke nya!!! tapi tak mau cash out lagi. mahu tunggu 1 tahun or dah 3 or 4 rat baru seronok cash out kan!! sila jeles. hahahaha

1st week at unisel

salam all. apa kabar semua? sehat? cik epa sehat dan bersemangat untuk semester baru ni. minggu ni agak tenang cuma tak ada masa untuk upload story akibat dari keadaan internet yang agak memungkinkan cik epa untuk berasa tekanan teramat sangat. mari baca cerita cik epa untuk 1 minggu pertama berada di unisel.


isnin malam: biasa la, cik epa akan bertolak ke unisel lepas magrib. parent hantar. sebelum balik berkira-kira barang yang mana lagi penting untuk dibawa pulang. yelah, duduk tingkat 4. TV serta printer telah ditinggalkan di rumah terlebih dahulu. cik epa pun jarang sangat tengok TV kat sana. balik rumah tiap2 minggu. tapi yang penting line internet kene ada. sampai hostel dalam pukul 9 lebih. terus dengan bersemangatnya nak menyapu serta mop bilik. selesai sesi kemas mengemas bilik dan barang dalam pukul 11. malam itu tido lena keseorangan hanya ditemani bantai rumate yang tak dikenali.


pemandangan hostel blok D dari bilik cik epa



selasa: disebabkan malam semalam cik epa dah amik jadual, maka dengan ini, hari selasa cik epa free tanpa sebarang xtvt. cik epa terus YM adik2 mahu ajak keluar dinner bersama-sama. tapi sebab boring sangat, cik epa pun ajak la cik ida dan cik nisa untuk makan lunch bersama2. lantas idea untuk hang out before puasa terbit. lepas habis makan, terus nak call sewa kereta tapi malangnya, semua kereta dah FULL!! kalau dapat kereta time tu, kitorg dah gerak pergi KL. hampa memang hampa. tak ape lah, malamnya, kami berlima(cik epa, cik nisa, cik ida, cik ain, cik wani) keluar dinner kat IPIS dan berjalan2 pusing2 unisel sambil menikmati panorama indah unisel di malam hari.




rabu: hari ni pula, kene PMS!! tunggu cik hawa dan cik bear datang unisel. kami bertiga berjumpa di fakulti. gosip2 kemudian pergi kelas. almaklumlah, hari pertama semangat dan azam baru. sekali kelas pulak batal. kitorg pun terus melaksanakan PLAN bisnes kitorg mencari item di KL. dekat pukul 8 baru gerak pulang. before balik singgah di kampung baru melantak nasi lemak. sampai unisel pukul 11 malam. lepak di hostel cik hawa baru menapak ke 'genting' cik epa. kan best kalau ada kabel car dari rumah cik epa ke rumah cik hawa. hehe



kami yang gile bergambar



khamis: pagi kami bertiga bersiap2 untuk ke kelas wastewater treatment. sebenarnya kami terlewat 30 min. kelas pukul 10.30 pg tapi masuk pukul 11. lec ada tanya tapi cik epa tak dengar. yelah, penat semalamnya tak habis. bangun pagi baru terasa lenguh2 badan. sebab tu siap lambat. habis kelas kami berempat (eh, mana datangnya lagi sekor, haha, incik dony join the club) pergi lunch kat kg. makan kat kedai bridge tu. tak sedap. macam lauk hospital. tawar!! gosip2. lepas makan kitorg pergi jenguk Taman Ilmu unisel, nak usha2 rumah sewa baru. best jugak la, kawasan baru. semua lengkap. fully furnish. rumah 2 tingkat ada 4 bilik 3 bilik air. rasanya dalam 10 org 1 rumah. kalau cik epa ada transport, dah lama sewa situ. owh, sempat cik epa singgah di cafe sebab dapat msg dari cik ida pasal promotion celcom broadband. terus rembat sebiji. lepas ni cik epa online kat unisel guna broadband la kalau internet cam siot. balik hostel terus rehat2 kan badan. tido sekejap tapi badan rasa lenguh sangat2. malam tu, cik hawa datang rumah cik epa. kami sembang sampai la tertido.


di rumah contoh taman ilmu. tukang tangkap gambar incik dony



jumaat: hari ni bangun dengan begitu segar. semua osmate dah gerak balik kampung masing2. cik epa paling lambat balik sebab ada kelas pukul 3 sampai 5. kelas theory of structure. tengahari makan maggie je sebab malas nak turun bawah. turun hanya untuk ke kelas saja. parent datang amik pukul 5 kat fakulti terus gerak balik shah alam. masa OTW ke shah alam, sana sini jem. termasuk dalam section cik epa ni. mama cakap semua orang rush nak balik. memang tiap kali nak puasa memang cam gini. section cik epa memang terperangkap. jalan keluar semua jem. kesian kan? so, malam ni duduk rumah sorang2 sebab masih dalam keadaan PMS. haiya, dah bersemangat nak terawih taw malam ni dan berpuasa untuk esok sekali TAK BOLEH!! mesti tahun ni tak dapat sembahyang raya. tak best betul!! tadi famili jek yang pergi terawih. cik epa kat rumah layan NUR KASIH!! tengok pelakon feveret, REMY ISHAK!! cik epa sangat suka kt die sejak die berlakon sinderela. sebab dia sangat2 sweet. tadi pun sama. die suka buat 1 face yang nakal2 but cute bile dia berlakon jadi romantik!! bestnya kalau dapat bf macam dia. hahahahaha dush dushhh berangan cik epa ni.


hari ni pakai jaket unisel je. amik gambar before kelas start. hehe


perancangan:


sabtu: nak pergi maxis center untuk setelkan bil tertunggak yang lama sebab nama cik epa dah lama kene blacklisted kat maxis. akibat dari itu, tak dapat nak buat postpaid celcom. celcom broadband ni promotor tolong. hehehe, kene setelkan juga sebab nanti susah masa depan.


ahad: duduk rumah kot. bersiap untuk pulang unisel sebab hari isnin petang ada 1 kelas. pukul 4-6. tak best kelas petang2 camgini.


nota kaki: selamat bersahur semua!!!

salam ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan. semoga Ramadhan kali ni akan memberi seribu pengertian dalam hidup kita. marilah kita bersama-sama memperoleh keberkatan serta mendapat keredhaan ilahi. tabahkan hati kita untuk menempuh bulan yang penuh rahmat ini. amin

nota kaki: bulan ramadhan ni boleh sambut besday cik epa yang ikut kalender islam. cik epa lahir 28 ramadhan. 2 hari jek before raya.

convocation my sis



internet kat hostel ni agak kurang memuaskan. dengan penuh kesabaran nak update juga blog cerita pada hari ahad lepas. convocation adik cik epa, cik fyra. adik konvo dulu. cik epa lambat skit. tahun depan. owh, shes taking bachelor electrical engineering at uniten. sekarang dah keje dah pon kat canon as asst. engineer. peh, cik epa geram die dah abis. sabar2 nak abiskan sem ni dengan jayanya. xsabar nak keje. sangat jeles. bty, congrate angah!! abis juga ko belajar.

tensen

current mood: tensen dengan keadaan internet kat hostel ni. macam tuttt. sekarang berkira2 mahu apply celcom broadband tapi mahu ambil pelan paling murah. any suggestion? sebab di rumah ada streamyx already~

underground bubble rings



kali ni cik epa uploadkan video menarik ni. video ni datang dari member cik epa a.k.a tukang cerita plus pelakon. oh, name die incik luznan (cik epa kasi Nan publisiti skit, leh ye?) hehehe hah, sape2 antara kawan2 pandai buat macam member cik epa buat ni, cepat2 tinggalkan komen ye? huhu

family day sirim QAS

tarikh: 15 ogos 2009
masa: 7.30pagi until 2.00pm
xtvt: treasure hunt & family day
lokasi: sirim berhad section2 sehingga ke taman wetland putrajaya

salam all
hari ni cik epa dan famili terlibat dalam xtvt famili day anjuran opis mama, Sirim QAS bertempat kat Taman Wetland, Putrajaya. cik epa dan family pula join acara treasure hunt. kitorg pergi 2 kereta. 7 orang(angah tak ikut sebab dia tak sihat). cik epa pula kene jadi driver untuk 2nd car. disebabkan ketidakhadiran cik fyra. padahal cik epa yang xcited nak jawab soalan dalam treasure hunt tu. so, bila kene drive tak dapat nak fikir betul2. cewah... disebabkan kitorg pergi 2 kereta, cik epa hanya ikut jek abah cik epa drive. kebetulan pula, jalan yang kitorg lalu tu memang offical jalan untuk hantar n amik cik eyra. so memang dh bese jalan tu. kitorg berlepas pukul 8.15pg sampai kat taman wetland tu 9.45 pagi. treasure hunt tu amik masa 2 jam saja. kalau sapa yang sampai lebih kul 10, dh rejected. tapi kitorg tak menang kot, sebab jawapan banyak salah. hehehe

huhu, memang penat la treasure hunt tu. mula2, kitorg dah siap tawaf roundabout kat sec2 (dekat ngn mc d sec 2) 2kali taw, nape ntah abah bawak pusing. pastu lepas start masuk jek highway elite tu, terus pecut jek sampai masuk tol putrajaya. tapi kitorg pun agak penin baca clue2 yang pihak penganjur bagi. maybe 1st time join kot. xpe, lepas ni boleh try lagi. best juga join game cam tu. oklah layan gambar la pula. gambar tak banyak sebab lupa bawak digi cam. so, amik pakai hp je.


before pelepasan, sempat melantak lagi


kami bertiga dalam kereta no 2


posing lepas dah setel treasure hunt


sesi melantak bersama penaja, hehe


ni suasana masa event tu start

oklah, selamat malam semua. penat and nak tido dah. besok kene bangun pagi2, nak pergi adik cik epa konvo lak. kat uniten.

special award form Anaklaut



award kali ni cik epa dapat dari [Anaklaut] sila klik untuk ke blog beliau.
terima kasih tak terhingga kerana sudi memberi award ni pada cik epa. cik epa suka sangat baca blog anak laut ni. banyak info. terima kasih sekali lagi....

ada bakat terpendam ke?

kalau korang nak tahu la kan?
tadi cik epa ada singgah blog my sis [cik eyra] and die cerita die berlakon jadi pelakon tambahan dalam cerita Adik manja the return. watak dia cukup setreotaip la. jadi audience tukang tepuk2 tangan jek, macam watak yang cik epa pernah jadi masa movie main-main cinta. ape cik epa berlakon?!! hahaha, jadi pak pacak je. janji dapat duit. untuk 1 scent dapat rm50. oklah kan? muke pon tak berapa nampak. yelah, duduk pun belakang. meh tengok kat sini...



kalau kawan2 pandai carik cik epa...belek la ye? dalam tu kitorg saja yang pakai tudung. tuh semua geng2 cik epa. lihat minit ke 00:21 dan 00:35

hahaha..nak amik pengalaman jela. nak rasa macam mane hidup sebagai anak wayang. conclusion dia, memang tak masuk dalam jiwa cik epa. peh, tunggu kat set lame2..berjam2...just nak siapkan 1 scent jek..memang tak punya kesabaran yang tinggi serta boring. naseb baik tak jadi pelakon lepas movie tu. owh, penggambaran dibuat di kolej lame cik epa tahun 2005. 4 tahun lepas...

hah, ada lagi 1, kalau kawan2 selalu beli remaja. masa remaja januari 2006, muka cik epa keluar dalam segmen try makanan kat restoran..if i not mistaken la. lupe tajuk story tu. dorang cerita pasal nandos sacc mall. muke cik epa keluar sambil posing pegang makanan bersama manager dan rakan2. remaja tu stil simpan sampai sekarang. nanti cik epa upload pic nya ye???

haha, memang gile publisiti lak rasanya....:p

"happy family contest" by puan ieda

salam all...
harini cik epa mengumumkan join 1 lagi contest. kali ni contest dari [cik puan muda ieda] (sila klik untuk ke blog beliau) contest dia berkenaan "Happy Family Contest"



contest ni senang, tak perlu slogan, jawab soalan or apa2 yang berkaitan la. just buat n3 khas berserta gambar kegembiraan keluarga korang la. macam cik epa ni belum berkawin kan? so upload pic parent dan adik2. then letakkan link blog cik puan muda ieda serta link contest ni ke blog cik puan muda ieda. senang kan? tapi korang kene la jadi follower puan ieda dulu. kalau stil tak paham, sila klik pada link dan banner yang ada kat sini ye?

so pic ni la yang cik epa uploadkan untuk join contest ni. masa ni 1 family pergi jalan2 kat alamanda, putrajaya. hehe, kononkan gambar candid? masing2 jadi sengal termasuklah parent. hehehe...so, ini lah famili kitorg, memang sempoi, sporting..plus gedik skit2.... hehehe



huwaaa...geram = terus shoping

hari ni cik epa selamat mendaftarkan diri untuk semester baru a.k.a LAST SEM kat unisel ni hah. gerak dari rumah dalam pukul 7.30pagi sampai unisel pukul 9.00 pagi!! lame kan? jem nak mati. kat area rumah cik epa ni. tak ada jalan lain. nak keluar dari section sendiri pun jem. area kat bandar tu lagi la jem. kawan2 dah start msg bila nak sampai. cik epa datang bersama parent. hahaha, dh tue pun mak ayah hantar kan? suke, lepas ni depa dah tak hantar dah, sebab dah abis blaja.

sampai unisel punya la excited jumpa adik2ku yang tercayang tu. rindu bangat kat dorg. ingat nk duduk 1 rumah. sekali jana niaga bengong tu kononnya dah tetapkan rumah masing. kuang hajo betul. tak adil langsung, penat datang awal sebab nak COP 1rumah and tingkat rendah. sekali dorang campak cik epa pegi tingkat 4 BLOK D!!! peh, sakit jiwa. blok D xpelah, xkisah sebab betul2 belakang hostel laki. tapi yang dikesahkan tu TINGKAT 4!! mampus nak angkat barang tinggi2. sekarang cik epa dah berkira2 nak bawak TV and printer x naik atas tu. kurus la cik epa cam ni. mentang2 la nak abis belajar, dorang campak tinggi2. cik epa selalu dapat tingkat 1 jek taw. hah, pastu dah terpisah dengan adik2 ku. abis cik epa dah bising2 kat kuanter jana niaga tadi. geram punya pasal. bukan nak cakap, kalau taw daftar hari ahad. parent tak de susah2 nak amik cuti hantar cik epa. oklah, puas membebel pasal jana niaga yang menyakitkan hati tu. tak pe sem ni cik epa bertahan la. mintak2 dapat rumate yang baik. tadi cik epa letak barang terus cabut balik shah alam. cam biasa la kan...hehehe

mood: tak puas hati..tak puas hati...kurus la cm ni...tiap hari naik turun tangga

sepanjang perjalanan membebel jek cik epa. terus ajak mama untuk bershoping. tensen punye pasal. sebelum balik rumah pergi giant nak beli stock barang untuk bawak balik unisel. so sampai rumah kul 12, terus tolong mama masak tenghari. makan2 then cik epa pun gi shoping dengan mama. dah lama tak shoping dengan mama berdua. sangat best!! abah balik rumah tadi terus tido. so tak ajak la, hehee. tadi teman mama beli HP baru!! nak tahu hp ape? LG cookie!! yeay, suka tengok mama happy!! owh, beli hp mama di Plaza alam sentral (PAS) kat kedai yang sama masa beli hp cik epa. kedai tu best sbb banyak 2nd hp yang good quality. so kat rumah ni mama and cik epa pakai touch screen. sedikit berlagak. hahaha



lepas tu cik epa singgah SACC mall, vinci untuk beli heel yang memang sangat2 menambat hati cik epa. tahun ni raya kasut kaler merah. hahaha, mama siap cakap, amboi merah nye mak long... hehehe nak tengok??



nota kaki: iya!! sila jeles untuk kali ke2

cik epa sekarang berada dalam mood cuti semester. upcoming last semester di unisel. yeay!!

p/s: opss, cik epa bukan cuti h1n1 ye kawan2, tapi semester break. baru abis minggu exam. cuti untuk 2 minggu before masuk sem baru. yahooooo (over taw)

assignment dah setel


banyak kan kene buat?

wah, keje sudah setel...yeay!! berpinar mata buat keje abah ni. tulisan kecik2. abah cakap ada sambung lagi. haiya...ingat udah setel..amik ongkos saja. hehehe

cerita seterusnya

current mood: jariku letih sebab duk taip assignment abah bagi (tak siap lagi, ada sikit je lagi..kene relex, kalo tak kejang jari jemariku...)

hurm, nak cerita apa ye kawan2? bagi idea. owh, minggu ini minggu terakhir cik epa berada dirumah. yeay!! nak start sem baru. upcoming project besar dengan kawan2. apa die? tunggu. dan tak dilupakan juga, kita dah nak puasa dah. cepat sangat masa berlalu. macam baru semalam puasa ramadhan, ramadhan datang lagi. xtvt paling digemari cik epa sekeluarga ialah pergi terawih!! yeay, tak sabar nak pergi (kadang2 liat juga, hehe). masjid pilihan antara masjid di area batu 3 or masjid besar shah alam tu. tapi paling suka masjid shah alam sebab sangat cantik!!

hari jumaat (07/08/09), cik epa g setelkan bayaran yuran kat unisel (hehe, dah masuk dah, berdesup pegi setel). kemudian pergi alam sentral. nak tahu buat apa? jeng jeng jeng.... sila scroll lagi bawah (apa la ayat ni)

****

***

**

*

samsung f700..hehehe


sila jeles bagi pihak yang sepatutnya... :p


my 2nd hp, letak no celcom...memang minat pattern hp cam gini...teruja lalu sambar sebiji.

kemudian, lepak di jusco klang untuk makan before balik. perot kenyang suka hati sebab dapat hp baru. malam tu tido dengan lena sekali.

hari sabtu (08/08/09), pergi ke tempat hp ada problem sikit. then tapau kan big apple untuk my brother yang encem tu (encem ke? orang cakap muka dia macam ashraf muslim tu). patutnya semalam but big apple sudah abis. then lepak tasik before balik. lihat muka terpaksa keluar duit untuk budak tu...


mari pekena big apple


testing camera hp dulu...


muka suspek... dia ni memang sengal. nak amik gambar pun susah. kene sekeh pale ni. suspek tutup muka sebab berjaya paw kakak dia ni...

hari ahad (09/08/09), cik epa keluar makan kat william, kelana jaya. sapa pernah pegi tempat ni?? tempat ni femes ye? cik epa baru tahu. hehe, jual macam2 jenis western food, malaysian food pun ada. dorang serves dalam pinggan yang besar. cik epa makan sorang pun tak habis. cik epa amik spageti carbonara. first time cuba, oklah not bad. lepas ni mahu datang lagi cuba makanan lain. owh, dikatakan chef yang masak ni dari hotel. so cik epa suggest kalau sapa nak makan makanan hotel but murah serta tak de la formal sangat environment dia, datang la sini ye?


tengok, tu boleh 2 orang makan tau... air strawberry pisang kot, kalau tak silap. lupe :p

nota kaki: alamak, perot rasa lapar la...

jadi petani moden + singer

okay, sekarang cik epa sangat addicted dengan game kat fesbuk ni. cik epa jadi full time petani moden and part time singer. wah, poyo giler kan?? hahaha addicted sampai nak update blog pun malas.... FarmVille dan Rock Legends. kalau korang ada fesbuk, try la main game ni, seronok!!!



ni game FarmVille, pandangan keseluruhan kebun cik epa. tanaman tak tanam lagi sebab baru lepas tuai hasil.



tuh binatang cik epa bela, ada lembu, kambing biri2, ayam, kambing, babi pun ada. tapi bukan sebab kebun cik epa ye H1N1 tu...huhu



(sila klik untuk tumbuhbesaran)

ni pula Rock Legends! lihat ahli grup cik epa. incik robin pon ada. cik epa siap freelancing untuk grup die? amcam? cemerlang tak cik epa, robin??

malasnya

huwaaa...

cik epa sangat malas nk update blog...

almaklumlah, minggu ni minggu terakhir kat rumah, macam nak relex puas2....

padahal banyak story nak cerita...

nanti cik epa update sikit2 ye??!!


berita terkini hiburan sensasi

huwaaa...dengan ini cik epa mengumumkan yang cik epa memang tak sihat!!! wah, sejak bila tukar profesion dari engineer gi doctor ni?? cik epa sebenarnya baru bangun setelah lena diulit intan akibat dari dos kecil ubat seleseme cikgu!!! peh, tadi sebenarnya cik epa duk pegi toilet 3-4 kali untuk terkucil (selalunya ini terjadi akibat haba yang panas dari dalam badan cik epa).

tadi dah la tengah buat assignment yang abah cik epa bagi before beliau pergi outstation ke JB. sejak bila bapak aku jadi lec ni?? hahaha, tak de lah, suruh key in data keje beliau dari tahun 1996-2005, banyak tu, bapakku ni memang agak fail kalau bab2 menggunakan komputer, kalau taip tuh, macam buat pop corn, oleh sebab itu beliau suka mengupah cik epa or adik2 untuk buat keje beliau.

abah, dah nak siap ni
(tipu jek, baru siap tahun 1997, akibat kemalasan teramat sangat), jangan lupa ongkosnya..mau guna untuk keluar jalan2.... huwaaa....abah cik epa suka colek mama cik epa untuk dibawa ke outstation bersama(suke la tu, mentang2 anak2 dah besar, suke dorang dating berdua taw, jeles!!!) dah la outstation kali ni dorang pergi lama. 1minggu.

abah!! cepat la abiskan keje tu, along boring gila kat rumah ni. mama xde....xde geng nak mgumpat.
owh, mamaku official geng mengumpat ku.

oklah, muke baru bangun tido mengarot kat blog (ingat robin sorang jek boleh mengarot??!!! robinn...busy sangat nampak??)

nota kaki: saya rindu mama saya. hahahaha, tak malu betul. bukan la, bosan gile nak rumah xde geng.....nak kua date la, sape mau kua date ngn cik epa??!! sila tinggalkan jejak di blog...hehehe

nota kaki 2: follower ku dah 100, kene buat award ni. tunggu ye kawan2. doakanlah mood cik epa ada untuk create award...

what do you feel?

apa perasaan anda sekarang??

cik epa??

bosan + boring + bored (bukan same ke meaning dia??)

menunggu......

...result exam keluar + masuk sem baru + jumpa geng2 gosip + tunggu duit PT masuk + shoping + puasa + raya + final exam + LI!!!

.... tak sabar nya.......

nota kaki: cik epa tak sihat!!!! macam nak demam la, dah 2 hari jaga adik 2 orng demam kat rumah ni.

Top 30 Photo Paling Cun!!

salam all....
wah, tak sangka...
photo cik epa has been select to be among Top 30 Photo Paling Cun Contest!!
so, kepada rakan2 sekalian, sudi2 lah vote untuk cik epa ye?? ngee~ vote taw!!! :p

thanks so much pada sapa2 yang sudi vote cik epa!!!




untuk vote klik di sini ----> vote cik epa

cik epa dan kenangan-episod last

oklah, mula2 cik epa nak ucap sorry la banyak2 sebab lambat buat sambung cik epa dan kenangan (ada ke orang tunggu cerita cik epa ni?? hehehe) ni pulak kenangan masa form5. masa time tu lagi galak la cik epa join xtvt. yelah tahun senior kan? nak la try before abis belajar. event yang sama untuk silat tu, pertandingan silat seni sekolah peringkat negeri pahang, still ada. kali ni buat dekat raub, pahang. kitorg menumpang kat hostel sekolah menengah tunku kudin. yang paling cik epa ingat yang mana kitorg naik bus sekolah yang tak ada aircon tu (bus tu pernah hantar kitorg balik KL). peh, time tu pulak pakcik bus duk pasang lagu dikir barat. lagi tak leh handle. tapi dalam duk dengar lagu dikir barat tu, 1 yang cik epa suke. lagu anak tupai, halim yazid. lagu tu stil ingat sampai sekarang. masa otw nak pergi bus tu pulak rosak. kene la tunggu repair kat area temerloh. sampai raub agak lambat time tu, malam. kontijen laen semua dah lapor diri, kitorg paling last.

untuk tournement kali ni, cik epa join tempur tangan kosong. yang ni kitorg kene lawan dengan partner. ala2 bertarung betul2 la, tapi semuanya dah ditetapkan. kali ni punye best sikit sebab siap berangkat2 partner. tapi yang paling cik epa tak boleh lupe, cik epa injured tangan kanan sebab kene buat tangan terlipat kebelakang. masa nak pusing ke depan, tergeliat. sebab itu, tangan cik epa sebelah kanan ni tak berapa kuat. dan urat memang terbelit. tangan kanan ni kalau angkat barang yang tak bape berat, kompom akan rasa lenguh dan sakit. time tu pulak lupe nak urut, sampai sekarang urat tuh masuk angin. abah cik epa dah marah2. hehehe. sekarang pun kadang2 lupe nak urut.

tournement kitorg ni sebenarnya akan dijoin dengan bdk form 5. tapi sebab event tu dekat2 dengan spm. kene la recruit bdk2 form 4. tapi macam mana ntah, hanya cik epa dan partner je form 5 yang lepas pegi. ramai juga la budak terasa hati. yang sedihnya kitorg tak menang pun. masa mule2 nak umum pemenang, dorg umum nama kitorg (ingat tak menang sebab banyak lupe step) punyelah seronok sambil tak percaya. rupe2nya bukan. cehh, sabar jela. sebab silat ni lah jumpa seseorg. mula2 jadi adik angkat lama2 terangkat. dan sebab event ni cik epa dan si dia bergadoh sebab jeles dengan bdk tempur lelaki. apelah, hehehe. oklah, layan gambar.




tangkap gambar lepas tournement. kali ni sekolah sponsorkan baju untuk kitorg. kaler oren??!! apelah...




gambar depan tempat penginapan kitorg. hahaha, kelakar la tengok gambar sendiri. ganas la konon...


inilah partner tempur cik epa.

ni pulak event2 lain yang cik epa join. marilah cari cik epa. hehehehe


masa buat demo untuk budak2 form 4 kot.


yang ni masa silat join ala2 xplorace untuk unit beruniform. ingat kitorg ni pandai silat ke? masak pun pandai taw. ni masak tanpa alatan. kene masak nasi, telur, buat roti lagi. boleh la tahan...


ni pic lepas demo silat. dengan budak2 form 4 sekali. cari la cik epa...

masa form 5 jugak cik epa ada join pertandingan koir peringkat negeri pahang. event tu buat kat kuantan. kitorg punye sekolah terpaksa hantar wakil sebab sekolah lain xmo hantar. itupun memang last minit punye preparation. sekolah kitorg tak menang pun. xpela, janji dapat pengalaman join koir. siap nak join koir tu skip praktis silat. ingat lagi masa tu praktis koir dalam dewan sekali budak2 silat join praktis kat situ gak. hahaha, cik epa segan2 alam dah. sebab dorg tak taw pun cik epa join. jumpa ustaz silat sempat lagik sembang2. dia pun gelak2 tengok kitorg praktis. hahahaha. hah, nak bagitaw rahsia. join silat sebenarnya sebab ustaz yang ajar tuh kuit gile. kecik2 putih. semangat sikit praktis. but lame2 mmg minat la....

lepas jek abis diploma, ingatkan nak sambung silat balik. but usha2 kat KLIUC tu just ada silat cekak hanafi. xmo la...sebab stil minat gayung lagi. lame2 lupa psl silat. masuk je unisel dorang ada gayung malaysia. ingat nak join tapi sebab dah lame tinggal, lupakan niat jek. yelah, lame xbuat kuda2...hehehehe. baru2 ni deal dengan budak silat untuk event environment day kitorg, dorang cam yang cik epa budak silat. siap ajak join lagi. hehehe, xdapat la. nak abis belajar dah. maknenya..xjoin la silat ni. rindu la saat2 belajar silat. sebab ni la cara untuk cik epa release tensen taw.

special n3 for my beloved sis cik fyra


happy besday to u sis. yang ke bape yek? 22 rasenye...hahaha, sweet 22nd!!

jangan degil2 dah. dah besar panjang. rajin2 la turun dapur. cam ne nak jadi suri umtga berjaya kalau malas. dah keje tuh jgn lupe kat famili terutama tahun ni aku dapat duit raye dari ko!! x kire xkire nak jugak!! kate engineer kan....hehehehe

berbaloi-baloi

korang pernah tengok tak iklan sms cinta fahrin ahmad dan scha!! 1st time kuar tv terus tengok sampai abis iklan. sambil gelak sorg2. sumpah!! cute gile dorang tu. memang sesuai sesgt. adei~ melepas la cik epa. baru nak berangan. hehehehe. meh tengok video iklan kat cni. mesti korang sengih2 macam cik epa. so0o0o0 sweet....bestnye kalo mcm ni kan?? chumel!! :p


cik epa dan kenangan-episod 1

okay, kali ni amaran cukup2 keras. tidak sesuai dengan orang yang suke gelak sorang kerana di takuti akan meracau di malam hari. hehehehe eh, tak de lah, saje jek kasi gempak. kali ni cik epa nak bukak cerita gempak sikit. sure korang semua tak percaya la, betul ke cik epa yang vogue the vast tu?? (hahaha, puji diri sendiri). cerita ini cerita masa zaman sekolah teknik dulu. tahun 2001-2002. peh, 7-8 tahun yang lepas. but until now ingat lagi. sebab kenangan best.

masa kat sekolah teknik dulu, tok sah cerita la. punya lah bosan gile(sapa duk teknik mesti taw kan perasaan cik epa). dah la sekolah cik epa tu jauh. dekat muadzam shah, pahang tu. kalo dari KL 4 jam perjalanan taw. balik kg pun 1 bulan sekali jek. kawasan dia memang dalam hutan. (sekarang ni dah maju sikit kot muadzam shah tu, lame tak singgah). so, disebabkan boring la cik epa pun menceburkan diri dalam bidang kokurikulum(terlebih masuk koku la sampai belajar pun main2, hehehe) sebab ada chance la nak keluar sekolah buat xtvt luar kan? kalau nak cerita xtvt koku memang besok pun tak abis, cik epa boleh kumpul sijil sampai 10 helai dalam 1 tahun. yelah, mana tak nye, sekolah cik epa ni memang selalu terpilih untuk wakil mana2 event peringkat negeri or daerah(zaman cik epa ni majoriti budak2 datangnya dari KL, so memang tak segan la sikit nak join untuk tebalkan muka, hehehe)

cik epa paling active kat sana ialah SILAT!! hahaha, sila gelak beramai2, jangan over kang cik epa silatkan korang lak :p silat yang cik epa join ni Silat Gayung Malaysia (so, sape2 rakan segayung cik epa sila angkat kerusi!!). banyak gak la join event untuk silat ni. sampai peringkat negeri pahang je. tapi cik epa banyak fokus kat seni silat. dulu ingat nak join silat olahraga but takut plak kene2 belasah ni, hehehe. nampak sikit cik epa berseni orangnya. tapi ingat senang ke silat seni ni, kelembutan dalam keganasan, hah, sape nak jawab tu. cik epa join silat ni pun hanya bengkung hitam je. tak naik2 sampai la sekarang. hehehe, dulu nak pegi ujian kenaikan bengkung tapi mak tak bagi pegi (mak cik epa tak bape galakan masuk silat, tapi degil masuk gaklah, tu pun main senyap2 je..hehehe). masa tu siap kene panggil dengan cikgu silat pujuk2 suh pegi gak tapi cakap, mak sy tak bagi la ustazah, sedey betul!! kalau korang nak taw silat ni la satu2 nya cara untuk cik epa release tensen wooo. kene tumbuk, kene sepak, terajang, kene angkat, kene hempas, semuanya dah merasa. balik berlatih sure sakit2 badan, malam tido bantal kene ada kat belakang. kalau teruk suruh member tolong urut. bengkak2 badan kene hempas. kalau kat padang tak sakit sangat, tapi pernah berlatih kat dalam dewan sekolah(masa tu dekat2 ngn event dah) peh, tok sah cite la malam tu bape kali kene hempas badan atas lantai.

masa tahun 2001, form 4, cik epa and geng2 masuk pertandingan seni silat peringkat negeri pahang (wakil daerah rompin-event ni semua jenis silat yang ada berlawan same2). geng2 cik epa ni join SENI JURUS SILAT dan dapat no 2. pe tu seni jurus silat?? seni jurus silat ni diwakili oleh empat orang. dan kitorg akan persembahkan seni2 silat yang ada dalam jurus2 silat la (dah lupe la pe jurus silat tapi paling ingat bunga tanjung). so rentak semua sama. adalah lompat2 dan macam2 la. best sgt, 1st time join menang no 2. event tu berlangsung kat dewan sekolah teknik temerloh kot. kitorg punye sekolah no 2 terbaik dalam pertandingan tu. kalo no 1 sure dah wakil negeri pahang peringkat kebangsaan. kitorg kalah dengan gayung harimau kot if i not mistaken. habis event pengetua belanja makan ikan patin yang femes kat temerloh tu. layan gambar ok (korang jgn gelak, mmg lain skit cik epa masa sek, ganas skit...)


hahaha, ada gaya tun teja tak? :p


cari cik epa, pandai yang ada tanda arrow tu. kitorg tido kat PPD temerloh kot. tapi tempat tinggal memang berhabuk. macam stor!! masa ni dengan akak2 senior juga


ni lah piala paling mahal cik epa. hehehe, seronok la kalau tengok piala ni, mesti ingat kenangan dulu2 tu


yang ni dengan geng2 la, bdk silat ngn bdk tex kuan do (betul ke eja??) masa ni rasanya baru lepas persembahan demo silat untuk karnival koku kot. selalu sgt kene buat demo macam ni

rasanya ada sambung n3 ni lah, panjang lagi cerita. jom tunggu kesudahan n3 cik epa ni ye? ada cerita2 hot lagi lepas ni.