kenapa saya suka kereta saya [contest robinhood]


my dream car-nissan fairlady 350z-kereta saya (warna oren pun cantik kan??)

kenapa saya suka kereta saya. kenapa ye?? ada orang cakap kereta saya smart. ada orang cakap kereta saya laju. ada orang cakap kereta saya boleh lawan race dengan lancer. ada orang cakap kereta saya boleh langgar lampu isyarat lepas tu mesti boleh lari dari dikejar dengan mitshubishi lancer polis diraja malaysia yang terbaru tu. kenapa saya sebutkan kereta idaman saya kereta saya? sebab sebagai kata-kata perangsang lah, moga-moga tercapai impian nak pakai kereta ini. nanti saya bagi tumpang ye incik robin!! tapi bagi saya, sebab utama saya suka kereta saya adalah sebab ia kereta saya la. tak kan lah saya tak suka kereta sendiri lepas tu suka kereta orang lain pula kan? walau banyak mana pun saya suka dengan kereta saya, secara realitinya, kereta saya itu hanya dalam angan-angan sahaja. sebab saya mana mampu lagi untuk membelinya. tapi ia tak mematahkan semangat saya untuk mendapatkan kereta saya itu. mungkin saya boleh cuba cara lain untuk mendapatkannya. ya! join contest yang memaparkan hadiah sebiji kereta saya itu. kalau contest incik robinhood bagi kereta saya sebagai hadiah utama, mesti lagi bersemangat saya cerita kenapa saya suka kereta saya kan? hehe jangan marah ye incik robinhood. hah, ataupun dapatkan sahaja lampu aladdin untuk tukarkan cik merah menjadi kereta saya. tapi nanti mesti cik merah kecik hati. tolong jangan bagitaw cik merah saya. oh tidak!! hehe, terlalu drama queen la saya ni. sebenarnya dulu kereta idaman saya cik merah lah. ye, saya memang suka sangat2 dengan myvi. disebabkan dah tercapai impian tu, kenelah tukar kereta idaman baru iaitu kereta saya aka nissan fairlady. mesti cool gile kalau dapat kan? agak-agaknya kalau tambah sayap kat kereta saya tu boleh terbang tak?? tapi kang tak jadi pula kereta idaman, jadi kapal terbang idaman lak, hehehe. hurm, berbalik kepada soalan, kenapa saya suka kereta saya??!! alamak, susah nak bagi sebab lah tapi yang paling penting adalah ianya BEST!! mari kita berlumba...

*picture from yahoo image

5 comments:

  1. wah..menarik menarik...
    suda dinilai...
    (",)

    ReplyDelete
  2. owh, tq2...ad chance niiii...bodek2 juri...hehehe

    ReplyDelete
  3. SALAM KENAL...NICE CAR...DAKU SUKA MPV JE SKRG...RAMAI SKIT LEH MASUK..HUHUHU

    ReplyDelete
  4. miela77: salam kenal jugak!! tula, ramai org suke mpv skng..kdg2 xramai pun syok naek, mcm luas je kann

    ReplyDelete