diam tak diam

salam all...
diam tak diam, cik epa dah nak masuk sem terakhir kat unisel. last sem cik epa akan LI (latihan industri). semalam cik epa dah selamat submit report CWP. so next step adalah presentation. mungkin dalam minggu depan present kot. untuk presentation cik epa belum buat slide lagi, masih nak relax dulu. penat semalam pun tak hilang lagi. stay kat unisel semalam sampai kul 4. teman cik hawa jumpa supervisor nak setelkan thesis dia pulak (thesis cik epa dah selamat sem lepas, lepas beban paling besar dalam study!!!)

wah, tak sangka la cik epa nak abis belajar. huh, kalau dikira2 la dah bape lame cik epa belajar civil engineering ni, adalah dekat 8 tahun belajar. dari sekolah teknik, kemudian amik diploma civil engineering dan sekarang amik degree civil engineering. macam tak percaya pun ada juga, yela masa SPM dulu tak dela cemerlang sangat, tapi dengan izin Tuhan (mungkin bagi peluang kat cik epa) cik epa dah berjaya sampai sekarang. syukur alhamdulilah. impian dah nak tercapai. terima kasih buat family dan kawan2 yang sentiasa menyokong cik epa. terima kasih tak terhingga.

tapi cik epa masih lagi ingat segala kenangan pahit manis sepanjang pembelajaran cik epa. cik epa mase sekolah rendah memang di antara pelajar yang cikgu suka la (hehehe, bukan puji la, tapi betul la, memang golongan baek2 je dalam sek, pekse pon dapat no 1-5 jek) mase darjah 6 dapat masuk kelas ke 2 pandai then UPSR dapat 4A 1B. naek sekolah menengah tingkatan 1 sampai 3 cik epa masuk kelas Perdana(kelas perdana ni kelas 1st dlm sek, mmg majoriti semua bdk pandai2, ramai jugakla member kls ni blaja oversea) result PMR pula bese2 jek 4A 4B(mungkin masa tu dah start maen2, tak rajin belajar masa sek rendah) lepas tu, keputusan cik epa mase SPM tak de la cemerlang sgt. xde A langsung. mase tuh memang patah semangat sangat2 sebab semua kawan2 dapat masuk IPTA, cik epa pula tak dapat langsung eventho poli pun cik epa tak dapat. sedeh la sangat2. tapi cik epa nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat parent cik epa yang tak putus2 berusaha untuk pastikan anak dia ni sambung blaja lagi.

berkat dari itu, Alhamdulilah, cik epa dapat sambung jugak blaja dalam bidang yang cik epa minat(sambung kos dari teknik) kat KLIUC aka Kolej ikram. mase tu, suka sangat la dapat sambung. cik epa amik diploma. lepas 1 bulan cik epa masuk ikram, dapat tawaran buat foundation engineering kat unisel (tapi tak amik sebab masa zaman tu kursus foundation tak ramai yang tahu). lepas setahun balaja, hujung tahun 2003 cik epa dapat tawaran poli shah alam tapi amik kos diploma perkayuan (cik epa tak minat kos tu, plus kat poli kne selalu pakai baju kurung, xbest la :p sebab mase teknik dah puas pakai). syukur, lepas berjaya mengharung suka duka masa diploma 2005 cik epa abis balaja. tapi cik epa xdapat nak konvo tahun 2005 (ada prob yang tak dapat dielakkan kene konvo 2006).

lepas abis diploma, cik epa ada keje sekejap kat nandos SACC mall. dekat 6 bulan juga la. mase tu ada apply IPTA sebab nak sambung lagi belaja. tapi apply pertengahan tahun, sure kne fight dgn SPM STPM or diploma dari IPTA. cik epa pula grad dari kolej swasta. cgpa pula, bese2 xsampai 3 pon. IPTA pula xdapat. sedey jugala. putus asa skit, tapi kne sambung juga, next choice cik epa apply unisel (tak nak smbg blaja kat ikram sebab nak tukar new environment tapi cik epa ada dapat tawaran dari situ), dapat juga sambung kt unisel tu. kat rumah ni cik epa jek dalam adik beradik yang blaja dari dip ke degree. adik2 smua masuk foundation dan sambung degree. parent cik epa terutama mak cik epa tak mahu anak2 dia blaja sampai diploma. susah katanya. actually mak cik epa merupakan graduan uitm(dulu orang panggil itm je) yg ada diploma (tahun 70 an) sekarang dia keje even dah nak pencen pon lagik 2 tahun, orang xpandang sangat bdk dip, nak naek pangkat pon susah. orang dip ni umpama, atas pagar jek, tak cecah langit, xjejak tanah. kadang2 orang ckp diploma gred lebih kurang gred bdk SPM je. mak pula harap anak2 dia kalau boleh ada degree, cert lagi tinggi dari dia. amik master pon dia galakkan. mak cik epa dulu lepas blaja diploma ada dapat tawaran sambung blaja kat oversea (mak cik epa pandai taw, cik epa kagum dgn dia), tapi sebab famili dia susah, xde duit nak hantar dia blaja. sekarang ni anak2 dia yang sambung impian dia untuk blaja tinggi2. alhamdulilah, anak2 dia yang bese2 semua blaja tinggi2. adik cik epa ke2 bulan depan dah konvo(insyallah hujung tahun ni dia nak sambung master pula-graduan uniten) tahun depan cik epa(unisel). lagi 2 tahun adik cik epa yang ke3(mmu).

pejam celik pejam celik kat unisel ni, dah masuk last semester dah. xsangka. macam2 pengalaman ada kat unisel ni. alhamdulilah, semua nya dapat di tempuh. insyallah nak konvo dengan cgpa 3 pointer. lagik skit jek nak sampai dah. kene usaha lebih skit last sem ni. i want to make my parent proud with me!! insyallah, hujung tahun depan or 2 tahun lagi cik epa akan sambung master pula. ya ALLAH Kau permudahkanlah jalan hamba Mu ini. kalau ada rezeki bule la sambung balaja kat oversea(seronok tgk ramai kawan2 cik epa balaja oversea!!) teringin jugak nak jejak tempat orang. dulu ada few U oversea cik epa survey. tapi tengokla cam ne. kalau ada rezeki. doa2kan la ye.

panjang betul bebel cik epa kali ni, bukan apa tetibe terniat nak tulis panjang2. ni semua pengalaman blaja cik epa. so bila cik epa dapat kongsikan dengan rakan2 yang baca blog cik epa ni terutama untuk adk2 yang baru abs sekolah, dapat la dorang amik panduan or pedoman dari cerita cik epa. zaman sekarang ni tak xde istilah tak bule sambung blaja. banyak choice dan juga banyak bantuan pinjaman. jangan sekat kemahuan untuk belajar. smuanya untuk masa depan kita dan famili kita jugak. yela Nabi jugak pernah bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negeri china. maksudnya belajar ni sampai bila2, takkan pernah abis. apa2 pun hendak seribu daya tak nak seribu dalah. dan juga banyak2 berdoa pada yang Esa. insyallah Dia akan permudahkan segalanya. AMIN!!

p/s: cik epa sangat2 bersyukur sebab dapat parent yang sangat2 tidak berkira mengenai soal pembelajaran anak2. sebab tu parent tak kesah anta anak2 die balaja kat U swasta asalkan dapat sambung kos yang betul2 minat. memang tak paksa malah begitu supportive even kalau parent tgk bakat or kecenderungan terhadap sesuatu dorang agak bg guide dan galakan. parent cik epa pun pernah cakap, jangan kisah pasal duit, sebab itu memang tugas mereka, mereka tahu dan akan ushakan pasal kewangan, anak2 fokus belajar saja. kami adik beradik syahdu dan terharu dengan pengorbanan mereka. biar susah asalkan anak2 berjya. terima kaseh abah mama!!!!

No comments:

Post a Comment