bila cik epa jadi sengal :p

mood: haiyaaa, mate tak boleh lelap. mesti sebab petang tadi lame tido. layan gambar la, ingat nak buka cerita dulu2 kala. mesti korang tak caya dengan cerita dahulu kala ni, tapi kene scan gambar sebagai bukti but malas!! sebab dah pagi. besok lah kalau2 ada mood.


kalau korang nak taw, kucing atas ni namanya reese sebab lahir time tu US tengah sibuk2 pilihanraya presiden 2009. Obama ada taw, tapi tak sempat nak besar sebab angah dah langgar dia dulu. so, yang menang reese ajelah, padahal obama yang menang sebenarnya(hahaha, mengarut). bty, nak cerita pasal reese ni, umpama anak bongsu mama la, cik epa pernah kene marah 2 kali dengan mama sebab ingat dia ni larik a.k.a kene amik dengan orang. hilang untuk 1 hari sebab time tu cik epa marah reese yang suke koyakkan ketas (obses dengan ketas, gile kot, hahaha). ketas thesis pula tu, terpakse cik epa buat muke seposen dpn incik supervisor cakap ketas sy kucing sy koyakkan. isk2. sekarang cik epa suka buli die, tadi die kene marah dengan mama pasal semalam gatal xbalik rumah. jalan2 dengan jantan mana ntah. (die betina ok?) :p



mesti la pic cik epa ad jugak. latest pic from me, mase otw g amik mama balik opis. bersiap bagai ni, sebab nak ikut mama g bayar bil hp kat sacc mall. mana taw jumpa opis mate mama yang single and encem2. wakakaka, gatal jap. opis mama cik epa ramai staff mude2 tapi yang best nye, dorg tuh hampir sebaya cik epa (mude or tue dari cik epa) semua panggil mama kak zah. wah, mamaku mude la!! padahal depa xtaw yang kak zah ada anak yang dah boleh kawen. hahahaha, kawenn...ngeee~

oklah, nak tido. penat bebel a.k.a taip! nite semua...muah!!

nota kaki: sekarang xmo pakai p/s, mcm xcool plak.
kenapa perlu kejar bende yang tak pasti? semua pasti ada jawapan masing2. kalau yakin bende yang tak pasti, akan pasti suatu hari nanti, tak salah untuk mencuba sebab kita tak akan rugi serta tak akan menyesal sebab kita dah yakin yang kita telah cuba sedaya upaya. jangan mengalah sebelum mencuba.
biar masa yang tentukan segalanya. doa2kan lah

No comments:

Post a Comment