mari belajar masak=Kueh teow hailam

baik lah puan2, kita bersama dalam rancangan mari memasak bersama cik epa. amboi2, berangan jek cik epa ni. oklah, bagi sape2 yg folow belog cik epa ni, mesti taw pe yang mencuba masakan terbaru merupakan addicted cik epa masa cuti (eh, sekarang bukan cuti cik epa, dah masuk sem baru ok?? blaja2!!). sebenarnya resepi ni cik epa dah perapkan selama 1 mgu sebabnya malas nak edit gambar. resepi terbaru cik epa cube ialah 'Kueh Tiew Hailam'. macam biasa la, carik dalam internet kemudian olah ikut citarasa cik epa. so, pada siapa2 nak cuba, silakan. huhu...

bahan-bahan:

1. kueh teow/mee/bihun (ikut suke selera kawan2 la, tapi cik epa guna kueh tiew sebab ni cerita pasal kueh teow)
2. cili merah, cili padi (kalau nak rasa pedas2 skit), bawang merah, bawang putih, halia* *ditumbuk bersama sehingga lumat
3. sayur sawi (ni jugak ikut selera kawan2, nak letak lagik banyak jenis sayur pun ok??)
4. daging (cik epa suke kalau daging tuh direbus terlebih dahulu, sebab rasa dia lagik enak, nak tambah sotong or udang ikut selera masing2 jugak)
5. bancuhan tepung jagung
6. garam, gula, sos tiram, cili kisar, kicap cair.


Cara-cara memasak:

1. masukkan bahan2 yang dah ditumbuk lumat. masak sampai naik bau la.
2. masukkan daging. gaul seketika.


3. kemudian, masukkan cili kisar, dan masak sehingga jadi pecah minyak. pastu masukkan sos tiram, kicap cair, garam, gula, dan gaul sebati.
4. masukkan air dan biarkan mendidih.


5 & 6. bila dah mendidih, masukkan sayur sayuran. dan gaul sampai sayur layu sedikit.


7. masukkan bancuhan tepung jagung dan kemudian kueh teow. gaul sehingga rata kesemuanya.
8. siap dan buleh makan!!!

p/s: cuba jangan tak cuba :p

3 comments:

  1. Saya mau char kueh teow kerang campur telur mata satu yea. Lalalala. Saja-saja lalu lalang sambil komen.

    ReplyDelete
  2. xnk masak..nk mkn jer lahh..sis masak!hihih!! :D

    ReplyDelete
  3. hehehe buleh jek..jemput dtg uma...cewahhh

    ReplyDelete