mari belajar masak=Bihun goreng singapore

cik epa nak kongsikan resepi Bihun Goreng Singapore. terjumpa resepi dalam internet lantas cik epa pon mencubanya. tapi ikut citarasa cik epa la. sedap taw. kalo rajin cuba la ye??? xrugi taw, sebab cik epa dh cuba and makan sampai 2 kali tambah. hehehe

bahan-bahan:

bihun (direndam terlebih dahulu)
udang, sotong (ikut la berapa banyak nak guna)
bawang merah 4 ulas*
bawang putih 3 ulas*
lada hitam*
(*ditumbuk bersam-sama)
sayur sawi (kalau nak letak carrot pon buleh)
cili merah
garam
sos tiram

cara memasak:

1. mula2 tumiskan bahan2 yang ditumbuk bersama tadi, kemudian masukkan sotong, udang, sos tiram dan garam. biarkan seketika.
2. masukkan sayur sawi dan cili merah.
3. gaulkan bersama2 sehingga sayur layu la.
4. masukkan bihun dan gaul sehingga sebati. kalau bihun tuh masih keras, masukkan air dan gaul sehingga air tersebut kering.


5. taraaa...siap dah!!! selamat mencuba


p/s: sekarang cik epa tengah masak bubur pulut hitam untuk minum petang. adik cik epa, cik wana nak masak cucur bawang dan ikan bilis. nyam2, selamat menjamu selera semua!!

4 comments:

  1. wah2 cedapnye..
    cik bong pun kne blajo resepi sgapore ni..
    nti senang nk jamu bakal suami..
    hohohooho..
    tenkiu cik epa..

    ReplyDelete
  2. nk ckit bubuk pulut itam..
    peberet tu..

    ReplyDelete