Kenapa cinta susah datang


Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan

*kredit to Richie, PanduanCinta.com

3 comments:

  1. soalan yg sukar nak jawab ni..

    ReplyDelete
  2. " Jika Allah mengkehendaki, siapapun bisa menjadi jodohmu" Dialog mak Fahri dlm Ayat-ayat Cinta. hayati filem tu eh cik Epa...

    ReplyDelete
  3. anak laut: hehehe, pening kan??? Tuhan jek yg taw

    bear: wah, kne amk blk cite ayt2 cinta ni..suke banget!! mmg dihayati n byk semangat kt i

    ReplyDelete