Alasan untuk menolak cinta

oklah, kadang2 ramai yang mengalami masalah ni. payah untuk menolak cinta yang kite xnak. cik epa pon kadang2 cam tuh gak. kang bg ayat2 kasar takut terasa ati plak. bg ayat2 lembut halus2, jenis xpaham bahasa plak. aiseh. penin. so nak buat pilihan yang mane 1?? macam cik epa, cik epa suke gune ayat, sori2 la, bf sayer xbagi kasi no tepon kt org laen. nnt die marah. hahahaa, janji boleh lepas diri. pastu kompom xlayan dh cik epa. bagus la tuh. xde la buat perabih duit kredit ak jek. so, nk taw ayat2 laen yang korang2 kat luar sane boleh gunekan, sile bace perenggan seterusnya ok??

*Untuk menolak cinta amat mudah iaitu awak hanya perlu berikan alasan yang baik. Baik di sini bermaksud logik dan bernas. Baiklah awak beberapa alasan untuk menolak cinta seseorang ialah:

=> Katakan bahawa awak bangga dia sudah jatuh cinta pada awak dan
katakan pada dia bahawa awak masih belum dapat membalas cintanya
kerana awak sudah mempunyai teman lelaki.

=> Katakan bahawa pada saat ini awak masih belum bersedia untuk
bercinta kerana ingin memberikan komitmen kepada hal-hal lain
seperti keluarga, kerjaya dan sebagainya.

=> Katakan bahawa awak yakin bahawa dia boleh mendapat wanita yang
jauh lebih baik dan sempurna dari awak.

=> Jelaskan padanya awak lebih sayangkan ikatan persahabatan anda
daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan
bersifat setia.

Dan banyak lagi. Mungkin awak boleh berbincang alasan-alasan lain
bersama kawan awak.

Namun, awak perlu ingat bahawa gunakanlah intonasi yang tenang dan
ramah ketika memberikan alasan. Jangan bernada kasar dan
meninggikan suara. Jika awak melakukannya dengan baik maka si dia
akan lebih mudah menerima.

*kredit to panduancinta.com

2 comments:

  1. Cik Epa. alasan u yg no. 1 tu cm x boleh blah je...menggelitik hatiku
    hehehe...:)

    ReplyDelete
  2. hahaha...betul laa cik bear oii...bangga tu...mmg xboleh blah...xnak ckap jer xnak...xpayah nak lapit2...hehehehe...

    ReplyDelete