CHAR KEOW TEOW

hanya ilustrasi sahaja


arini cik epa nk kongsi resepi nk wt char keow teow!! peh...sedap btl. lapo lak mlm2 ni. cube la ye???!!

SOS CHAR KEOW TEOW
BAHAN BAHAN
5 senduk sos tiram
3 senduk gula
1 senduk perasa
4 senduk kicap pekat
2 senduk kicap cair
1 senduk minyak bijan

CARANYA

Campur semua bahan-bahan, kacau sebati. Masak dengan api sederhana hingga pekat. Perap selama 2 hari.

BAHAN-BAHAN
1 kilo keow teow
1 kati taugeh
½ kati kucai
1 kati udang – sederhana besar – rebus sekejap
1 kati kerang – celur – kupas
8 biji telur
10 ulas bawang putih-ditumbuk
1 sudu besar cili boh
CARANYA

1. Panaskan kuali. Masukkan 2 senduk minyak. Tumis bawang
putih, biar kekuningan. Masukkan cili boh (ikut pedas). Kacau rata.
2. Masukkan kerang, udang, segenggam keow teow dan 1 senduk sos tadi, taugeh dan kucai. Kacau rata.
3. Tolakkan keow teow ke tepi dan masukkan telur. Kacau rata.

No comments:

Post a Comment